Semalam....

Monday, July 26, 2010

Semalam..malam semalam..ya, lebih kurg 3a.m in the morning..punyalah main susah aku nak lelap. Berserabut otak aku fikir macam2. Apa yang aku fikir semalam aku siap karang lagi dalam otak aku so hari ni kununnya aku nak postlah kat dalam belog yang kepink2an ini..euww..haha..tapi semua hilang. Sayang otak aku tiada button save. Idea itu hanya datang semalam. Its about my late dad. Maybe i miss him. After 12 years he past away. Rasanya macam baru SEMALAM. I wanna write something for my youngest sist&bro. Dearest Anie and Fikri. Ini kerana Fikri perna tanya aku "bapa tu orangnya macammana? baikkah dia?" simple and honest question. Kesian dia tak sempat kenal pun bapa dia. Soalan sesimple itu punyalah susah aku jawab. Punyalah susah macam jawab exam. Punyalah susah macam jawab soalan interview 'berapa berat badan anda?' dan 'berapa size kaki anda?'. Bagi wanita comel dan memiliki kaki bersaiz 8. Soalan begitu amat susah aku jawab(dengan jujur). Hehe. Punyalah susah macam jawab 'kenapa kau lahir?, kalau kau tak wujud dalam dunia ni apa bezanya?'. Ini senang. Tiada beza pun. Cuma rugilah mak bapak aku tak dapat anak secomel aku, rugi kawan2 aku tak kenal kawan secomel aku. Sekali lagi, kuranglah insan2 comel di dunia ini. Rugi kan? So,aku cakap kat dia. Kalaulah kau kenal dia, kau kenal peribadinya. Kalaulah kau kenal kan??..pause dan smile..gantung disitu. Malas sambunglah. Sempat kau masak nasi dan goreng ayam kalau aku sambung cerita ni. Maybe next time aku cerita kat 2ekor monkey tu. Susah sebenarnya nak cerita secara live ni. Mungkin tulisan dapat membantu. Next.

Berbalik kepada Malam. Malam adalah waktu yang indahkan? aku selalu dapat idea malam2. Berfikir malam2. Kita bercinta malam2. Berehat malam2. Bersama keluarga malam2. Bermain facebook malam2.haha..rindu pun datang malam2 kan? Macam aku rindu kat bapa aku. so, disini aku suggest lagu yang berkaitan dengan malam. First,its from mocca band 'on the night like this' and melly go selow 'denting'. Enjoy and love you guys much2..muahx

$$ H.I.L.A.N.G $$

Saturday, July 24, 2010

Apa yang kau cari?
Akhirnya yang hilang itu adalah dirimu sendiri

Apa yang kau cari dalam modenisasi?
Akhirnya kau hilang pekerti
Akhirnya kau hilang hati budi
Akhirnya kau hilang prinsip diri
Akhirnya kau hilang Iman di hati

Apa yang kau cari dalam timbunan harta duniawi
Dalam taburan kemewahan peribadi
Bila kau hilang famili
Hilang rasa kasih
Hilang nilai insani
Hilang rasa simpati
Hilang sifat pemberi
Hilang sifat ingin berkongsi
Sanggup kau gadai sekeping hati
Bagimu nyawa tiada nilai di sisi
Kau agungkan kertas yang tidak hakiki
Hingga kau lupa dari DIA punca rezeki

Apa yang kau cari bila kau sendiri pun tidak abadi
Kau sendiri pun pasti hilang juga nanti
Disini bukan tempatmu lagi
Bila tiba saatnya nanti
Apa yang kau cari selama ini
Tidak sedikitpun kau bawa pergi

Apa yang kau cari?
Akhirnya yang hilang itu adalah dirimu sendiri.

p/s: Bila ramai orang sembang2 topik kekayaan. Hal kewangan negara. Kemelesetan budget menjelang hari raya. Kenaikkan harga minyak dan gula. Sedikit sebanyak mengganggu kestabilan hormon telinga aku ketika menikmati nasik lemak Malaysia RM3.50 di warung Tok Mak. Nyata aku bosan. Ditambah2 lagi kehadiran salam2 yang sedikit merimaskan dari tukang buat air. Akhirnya, terpaksa aku akui kepentingan kertas bernombor itu demi membayar nikmat kenyang tadi.

Berpeleseran itu Hobi!

Last week aku pergi berpeleseran bersama Fairuz dan Timah di JB. Lama pula aku rasanya xberjoli bersama rakan2. Semenjak dua menjak ni life aku maha membosankan!! aku fikir2 sementara aku masih study tempat orang ni seharusnya panjanglah kaki aku untuk berjalan2 kan. Bila lagi??lepas ni maybe aku mesti banyak tangggungjawab lain yang menyekat kebebasan plus tersekat dek kekurangan RM. *ayat seterusnya dibaca sekali nafas macam kau baca lafaz nikah..Ramai member2 aku yang ketegori kurang remaja dan berkerjaya lagi kelihatan stress berat disertakan kedutan2 halus dimuka kerana kerutan yang melampau atas tekanan kerja amat sukar meluangkan masa untuk berjoli2 katak lagi. Simpati buat mereka..hahaha..

Tujuan asal aku ke jb sebenarnya untuk menunaikan janji kepada seorang member aku ni. Sudahlah aku x dapat hadir wedding dia. Dia dapat baby pun aku x tunjuk muka. Walhal minah ni sikit punya baik sama aku. Aku boleh stay rumah dia seminggu. Dengan mak bapa dia pun aku kamcing. kena pulak bapa dia tanya pasal pa aku ni tak datang2 lagi. Terasa aku beb dicop TIDAK KENANG BUDI!durhaka!tanggang! melampau2 la pla..tapi lebih kurangla..demi membersihkan kembali imej aku yang jatuh 98% tu..aku dengan senang jiwa terbuka hati senyum gumbira coz dpt jalan2 pun pergila tengok babygirl dia berusia 4 bulan tu..Comel melampau baby tu..dengan kecomelan dan kegemukan dia aku hadiahkanlah barangan2 bayi kaler pink. Sekarang barang baby cilakak punya mahal! niat aku ingin membelikan gaun2 cindralela termati serta merta. Fulus tidak cukup. Lagi mahal dari harga baju aku. Padahal kain yang dipakai sama ukuran size sependa+bra aku ja. Aku hadiahkan baju tidur and t-shirt la buat baby tu. Sampai rumah member ni. Aku dihidangkan air+bubur durian. Thax azie..luvya sebab aku macam craving bubur durian tyme tu..rezeki la kan..tidak lupa juga *ciken soup for my soul dengan cerita2 azie sepanjang bergelar ibu2 ni. salute gak aku buat ibu2 muda ni. Sikit punya penat. Kerja, balik rumah, masak bg laki makan, urus baby, kurang tidur coz baby meragam subuh2. Kalau dapat husband baik ada jugalah dia bangun ganti bagi susu kat baby tu. Kalau dapat yang buat bodoh ja. Takziah jala aku mampu cakap.

Aku tinggal kat rumah famili Timah. Timah ni aku start rapat time aku inter hari tu. serumah. Bf dia sporting habis bawa aku round kesana kemari. macamlah aku belum pernah datang JB kan. Tapi aku layankan....kau ingat ada orang dengan baik hati nak bawa ko tunjuk semua tempat macam pemandu pelancong dah lagaknya. sampai penjara pun dia tunjuk. hahaha. Dia macam nak suruh aku try semua makanan dia rasa best kat JB ni. Thax sapik, luv u too..hahaha..lots of thax and luv to Timah. Kitorang balik pukul 1 pagi. Mak Timah boleh tunggu kami balik sambil main zuma diiringi bapak dia jadi supporter.diehard fan habis bapak dia ni..ha biru..ha sana lagi..merah2 hah..baling dekat purple sebab ada bom..macam coach pun ada aku tengok.ROMANTIK HABIS..Selesai saja kalah main game.Mak dia boleh bantai bapak dia membebel pasal bapa dia nak jadi RELA kat kawasan taman tu..kakaka..itu GAJI COACH kerana tidak melatih pemain dengan baik..GIRL POWER MAKCIK!!kui3..pakcik kelihatan relex sekali di bebel..ALAH BISA TEGAL BIASA.. =P

Okiela..tu ja..kesimpulannya happy..tiba2 aku nak cakap..antara benda yang aku sangat Syukuri di muka bumi ni ialah KAWAN2. sebab mana2 tempat aku pergi mesti aku jumpa manusia2 yang sangat2 baik yang boleh aku panggil kawan. Miss all my bestfrenz di seberang sana kepulauan Borneo. Miss the good old days. =)

p/s: Kagum tengok orang makan sup gearbox! sedut tulang sum2 lembu pakai straw..terbayang2 aku tahap kolesterol mereka lepas makan benda tu..

Bebelan Kebosanan

Thursday, July 1, 2010

Jam menunjukkan 2.59am. Aku belum bisa tidur. Aku pun kurang pasti samada ini tanda2 atau dalam bahasa lebih tepatnya simptom2 insomnia. Nanti aku tanya Prof Madya Google Bin Lebai Serba tahu. Waktu2 begini aku habiskan dengan menyemak di blog2 orang lain. Bukan manusia kalau tidak menyibuk hal manusia lain. Ini di panggil ambil berat. Aktivity begini menjadi kegemaran masa lapang atau bahasa inggerisnya Hobby untuk sekalian ramainya umat manusia. Kalau tidak masakan rancangan Melodi masih mengunguli rating TV3 hingga ke hari ini. Dan blog2 hiburan murai.com, beutipool nara, sensasi WTF segala mendapat view paling ramai. SIBUK DAN KEPOCHI itu memang sifat manusia amnya. Aku tidak terkecuali. Konon2nya aku turut mgetahui isu semasa agar aku kelihatan in dan tidak ketinggalan dalam bergossip kosong bersama rakan2.

Dalam aku menyemak dan menyibuk2 kan diri dengan kehidupan manusia lain yang sebahagian besarnya aku tidak kenal apalagi tiada kaitan sepupu sepantat dengan aku membuatkan aku terfikir dengan kehidupan aku sendiri. Kita abaikan bab ini bimbang semakin tidak terkawal emosi aku disebabkan ketidakstabilan hormon ketika ini. Aku salahkan diri sendiri yang tidak tahu menjadikan cuti sebagai hari2 yang patut aku raikan. Cuti aku akan digunakan dan diraikan dengan meriah jika berada di tanahairku. Di situ ada famili dan teman2. Aku orangnya muflis harta dan ringgit. Cuma teman2 dan famili yang aku punya. Tapi cukup menggembirakan. Noktah.

Anyway, sepanjang percutian aku yang penuh kebosanan ni. Aku seakan akan addict dengan satu blog ni sila lihat ini. Sharing is caring kan rakan2. Tulisan mamat ni menuntut waktuku yang bukan sedikit. Ada sedikit ganja mungkin dalam ramuan penulisannya. haha. Serius. Selamat membaca. Sila berikan pendapat anda. Kenapa aku boleh addict.

Sekian

187.52 patah perkataan