Nyanyian Irama Merdu Dari Si Buta Buat Si Pekak

Friday, August 6, 2010

Dari Jalan Masjid India..

Dalam hiruk pikuk kesibukan warga kota,
Dia berlagu irama merdu,
Dia berdendang di tengah ramai,
Dia raikan keindahan dunia gelapnya,
Dia lemparkan senyum buat semua,
Dalam lagunya, dia lihat cahaya,
Dalam melodi, dia nampak warna,
Dalam liriknya, dia bayangkan indahnya dunia,
Dia bukanlah siapa siapa,
Cuma watak si buta yang mampu melihat keindahan dengan hatinya,
Dia zahirkan dalam lagunya.

Dari LRT Bandar Tasik Selatan..

Dalam keriuhan manusia pulang ke sarang,
Dia sunyi di suatu ruang,
Berteman barang jajaan,
Sedikit karipap, kropok lekor serta minuman,
Dia melihat orang lalu lalang,
Dia lemparkan senyum buat semua,
Dia diherdik oleh manusia bersuara lantang,
Dia masih senyum,
Di maki hamun oleh manusia yang petah berkata kata,
Dia kekal senyum,
Mungkin tersenyum mengenangkan kesilapannya,
Mungkin baginya setiap kata itu definisinya indah,
Dia bukanlah siapa siapa,
Cuma watak si pekak yang menyusun kata manis dalam senyumannya,
Si bisu petah berbahasa mesra dalam sunyinya.

Sedangkan kita?
Watak hampir sempurna yang buta matahati,
Yang pekak peribadi,
Yang cacat serba serbi,
Yang sering lupa,
Bahawa tiada yang lebih sempurna kecuali DIA yang di atas sana. =)


** Kindness is the language which the deaf can hear and the blind can see ~ Mark Twain

Sesi meeting kedai ali..membincangkan persoalan berat2..APA KABAR?? contohnya..

Tuesday, August 3, 2010

Watak 1 Karpal Fairuz Singh, loyar dari papar. duduk sebelah Fara. Bercita cita tinggi. Ingin menakluk dunia satu hari nanti!

Watak 2 Kiyai Kiki Yukisman, Uztaz rock Fb, pelajar pasantren Tawau. Peniaga sayap ayam berjaya yang kurang gemar istilah MLM.

Watak 3, DR Zulfadli, Seorang pegawai kesihatan yang mengatakan rokok itu gaya hidup sihat. Katakan nak kepada rokok. Tanpa rokok umpama lelaki yg menderitai sindrom ejakulasi dingin.

Kolonel Subri, berada di belakang gambar, seorang warden asrama pesalah tingkat tinggi, merangkap algojo pelaksana hukuman mati. Algojo berhati tisu, penggemar novel2 cinta jga pujangga keberet!

Aku & Fara, watak wanita jelita sebagai penghias gambar..

Angin sepoi2 bahasa...
Subri : jadi? pa crita? amcam bisnis ki? ada maju?
Kiki : kalau xmaju buatpa bisnis...adalah dalam tiga juta selang 17minit berlalu..
Subri : wooo..bila lagi buka di luar kediaman client aku ki? sekitar penjara kajang..lakuu tu
Kiki : cadangan yang bernas lagi bertingkat tinggi..TIDAK JAUH penjara kajang! bijak
Subri : hehe.....

Karpal fairuz : sengsara aku chambering, habis semua aku goreng kering2.
zul & subri : cambering tu paa? kari kambing?
Karpal : persediaan awal sebagai loyar..paling sadis taim entertain client arab
Subri : client aku pling senang entertain..bagi novel..layann..malas2 intertain..surung ja pigi tali gantung..buat pa simpan lama2..kiki..dahi ko itam sdh..sm mcm kebanyakan client2 aku..hehe
kiki : kau ini bi..jagamu student2 mu..jaga mu lari..jangan pulak kau yang masuk dalam sana ganti.

zul : sedap ayam mu ni ki...ko ada jual ayam lain??
kiki : ?????? Astagfirullah..ada2 sja ko..

watak : aku, subri, fara

Subri : jangan control2 gigi fara, mentang2 la bf ko yg amek gambar.
Fara : babi ko bi..
Aku : .....matilah rapat kita ni bi, matilah mrdg cewek ko ni.
Fara : ahhh..cewek dia yang macam singa tu?
Subri : oi..atleast bkn org kelantan..tukar bf ko fara!!knp ko mau org kelantan..keluman bana!
Aku : Racist ko ni bi, apa tu keluman??
Sbri & Fara : KEGATALAN
Aku : BABI KAMU!



Saya ingin meminta pendapat tentang kecomelan sepek baru saya yang bernilai 13.00 matawang Malaysia. Matawang Indonesia mungkin bernilai RP13000.00. hahaha. Kurang pasti. Gambar di atas khas buat tontonan umum ketika ramadhan nanti. MCD dibelanja oleh Subri Mardan warden penjara kajang. Gambar ehsan Faraliza. Aku datang makan dan tolong ketawa ja.

Okie. setakat itu saja sketsa malam ini. Anyway, perjumpaan malam itu sangat fun. Bongkar kembali cerita sekolah agak lucu semua. Kawan2 yang nakal satu ketika dahulu sudah sampai satu tahap perubahan yang mendadak. Semua ada perkerjaan yang baik. Kehidupan yang baik. Mohd Syafiq izuan yang mat rempit boleh jadi polis traffic????karma buat dia. baru padan muka dia kejar2 mat rempit macam polis kejar dia dulu. Paling best..yang nakal2 boleh okey dengan yang mat2 belia time sekolah..sikit pun tiada simpan2 dalam hati..semua boleh bertegur sapa kalau selisih di jalan sinsuran atau di belakang CP.siap kontek2 lagi..ya..past is past..benda2 lama yang busuk2 dulu. pukul2 ragging2 semua tinggal di sekolah..yang baik2 kita simpan sama2..nanti ada masa kita reunion pla..love yaa much2.. =P