Bola lagi..adei..

Thursday, December 30, 2010

 Congrats Malaysia for winning AFF

Sebelum membebel lebih panjang. Biarlah aku tegaskan disini. Aku masih terasa hati dengan hal bola sepak sejak mama aku memiliki TV flat skrin Toshiba 32inch. Maka mama aku diishtihar muflis pada bulan ini dan bulan2 selanjutnya. T_T  Ini menyebabkan tadi aku terpaksa menghulurkan kertas RM buat Fawwaz. Bayangkan? seorang penganggur berjaya seperti aku diberi tugas ini T_________T aku panjangkan sedikit T_________________________________________________T. Ok. Lebih realistik.

Tiadalah ulasan bodoh boleh aku buat. Ini kerana ada lebih kurang 700,869,8604,52348,000 status di Fb sudah mengulas tentang ini. Tiba-tiba dalam satu malam semua manusia yang berwarganegara Malaysia kenal yang namanya Safie dan Khairul Che Mat. HAHAHA. Dalam satu malam mereka mendapat 'Like' seramai 700,869,8604,52348,000. Tahniah! Anda menang motor.

Walaubagaimanapun, ada sedikit humble confession ingin aku buat disini. Perempuan dan bola boleh diibaratkan umpama babi ingin membincangkan sifat2 terpuji anjing. HAHAHA. Dapatlah disimpulkan, babi tadi hanya membuat andaian2 palsu. Lebih kurang begini. Perempuan yang menonton bola akan berusaha buat2 tahu pada hakikatnya entah apa-apalah ulasan mereka. Makanya, jika anda membawa makcik/GF/adik perempuan/nenek/DLL yang berjantina wanita untuk menonton bola sepak. Undang2 pertama menonton bola(bak kata adik2 lelaki aku)

1. DIAM
2. DIAM
3. DIAM
4. Hanya menjerit ketika GOL!

Ini kerana bila mereka berbicara maka terserlahlah ketidaktahuan mereka tentang bola. *_*
Rasanya xperlulah buat2 tahu. Aku sendiri akan menonton dengan berkerut-kerut dahi cuba kosentrasi tapi aku xla faham sangat. Tapi xsalahkan menonton. Support jala kan.

Tidak semua tapi 85% daripada mereka.

Selaku perempuan. Aku sendiri berasa anoyying. Dan bising. Kerana sepanjang perlawanan mereka akan cuba mengulas. T____T

Ada seorang makcik dekat belakang aku ''eh tau tak Malaysia menang blablablablabla'
Dalam hati aku yang suci =P ''Tolonglah makcik, kami pun ada tv, kami pun menonton juga tadi, makcik ingat makcik jala ada tv?' hehe.

Anyway, actually its okey..fun jugalah kalau tengok ramai2 ni tapi tolonglah jangan banyak sangat ulasan. Kalau memang minat sangat mau mengulas. Sila hantar resume di channel2 sukan seperti Awani atau Tv Hijrah. +_+"


Chelsea VS Arsenal- Diulas Oleh Perempuan kaki Bangku ~_~"

Tuesday, December 28, 2010

Seperti yang diketahui, semalam adik aku memaksa relakan aku temankan dia menonton Chelsea VS Arsenal di kedai mamak. Almaklumlah, rumah makcik x Astro.

Sedang aku kosentrasi penuh menonton Rain Main(Tom Cruise+Dustin Hoffman..suggested!serius..)..Tiba2 Fawaz cakap "Nor!! pukul4 sudah! mamak!". Aku balas "malas!! aku malas cuci bedak sejuk!". Fawaz cakap "Cepat kau!! ni Big ni..dua2 kuat..team aku ba ni..marilah''

*Lelaki kalau pasal bola semua pun BIG! Terus aku ingat dua ekor adik aku di rumah Fikri&Daiy yang menjadi pencetus utama kemerosotan ekonomi rumah kami pada bulan ini kerana menyokong kuat niat mama aku untuk membeli TV LCD. Pastilah untuk bola!

Berbekal bedak sejuk yang masih bersisa di tepi2 bibir dan mata dan kening aku gagahi juga menapak ke kedai mamak. Baju mesti mau biru kata pawas. Seluar track biru dan sedikit luntur dan koyak di kangkangan. Hotkan menonton bola? Kena2 lagi ramai jejaka T____T. Jatuh reputasi aku sebanyak 80%. Sudahlah reputasi aku memang 50% sahaja yang tinggal.

Selesai mengoder roti canai dan milo ais. Aku pun menonton dengan mata berat sebelah. Mengantuk. Aku nampaklah juga benda bulat kuning tu bergolek-golek dari satu kaki ke kaki yang lain. Separuh masa pertama tamat dengan 0-0.

Separuh masa kedua.
Permainan bermula dengan bosan. HAHAHA. Sekali lagi aku terjuling-juling mencari-cari bola yang bergolek-golek. Gollllllllll!!!! Huh?? Lost aku T____T. Rupanya satu mata sudah Arsenal. HAHAHA

*Kelihatan Fawaz meneguk keras milo suamnya dengan sedikit keluhan-keluhan seraya mengangkat tangan "Aneeyy!! Pepsi!!". Penuh emosi memesan Pepsi. HAHA

Bola bergolek-golek lagi di padang hijau(ni babi pun boleh mengulas kalau begini, setakat balik2 cakap bola bergolek-golek ja).
GOLLLLL!! mata kedua Arsenal.
*Sekali lagi Fawaz meneguk Pepsi sambil membebel-bebel.
*Aku pulak ralat melihat Lampard yang di fokus di kaca TV. Ehh..hensem..HAHAHA

Gollllll!! Mata ketiga buat Arsenal..
*Kelihatan Fawaz menghabiskan Pepsinya tanpa mengoffer aku..huhu..seraya berkata..''shitlah! mengantuk sudah aku''. HAhaha. Mengantuk ka KACIWA??

Goollllll!! Kali ni Chelsea pulak. Didier Drogba.
Ceh setakat Didier Drogba tu aku kenallah. HAHAHA. Ada lebih kurang 18 kembar dia di sekitar Cheras ni. Belum lagi aku mention Jay-z, Will Smith dan Beyonce. Happening Cheras ni kau xpayah susah2 pergi Afrika Selatanlah.

Keputusannya. Chelsea tewas 3-0 dengan Arsenal. Kekalahan Chelsea tidak dapat diterima oleh peminat tegarnya. HAHAHA. Lalu ada ura2 menyatakan Arsenal menggunakan bomoh siam dan melantik beberapa ekor toyol bermain dalam team mereka. Watepakk punya Arsenal!!

Hasilnya. Aku tidur pukul 6am dan bangun pukul 2pm.

Owh ya....lelaki dan bola sepak memang tidak dapat dipisahkan. Bak kata pepatah umpama anjing dengan bayang2. +_+

Try tanya Bf masing2
Q : Bola sepak atau GF?
A : Bola sepak

Q : TV HD atau GF?
A : TV HD sebab boleh tengok bola dengan gumbira(masih berkaitan bola)

Q : TV HD atau Bola sepak?
A : BOTH

Q : Sex atau bola sepak?
A : Sex while watching?!

WTF!! Then have sex with the TV lah!!

Actually, anda mungkin di senarai yang ke 34 kerana ada banyak lagi senarai lain bagi lelaki seperti, 1.Kereta, 2.Jersi kesayangan 3.Gitar 4.Drum..5,6,7,8,...Tv HD, Bola, Team Fav, Poster Angelina Jolie DLL.

Sekian dulu dari saya, ulasan di bawakan dari perempuan kaki bangku T_____T

Sekurang-kurangnya aku kenallah sudah beberapa nama player 1.Drogba, 2.Lampard(bunyi macam ikan lampam kan? well, kol me when you free Lampard =P) 3. Fabregas(ini sorang bila dia jatuh ja adik aku cakap lakonan..pelakon rupanya ^_^")

Dear Diary

Adik aku Fawwaz akan menghabiskan cuti beberapa harinya di sini

*Sesi SMS
Fawaz : Nor, aku otw pg sana..dekat LRT ni
Aku : Sama sepa kau?
Fawaz : Aku jala
Aku : ermm..kau x duit sudah ni kan?
Fawaz : Ya..HAHAHAH
Aku : Turun Lrt Bandar tasik amek bus 405 atau 408

20minit kemudian

Fawaz : Lambat juga bus ni
Aku : Memamg pun. HAHAHA. ambik la taxi

15minit kemudian

Fawaz : Nor, turun dulu kau..bayar taxi..aku ada RM4 jak ni
Aku : Harum....

Tiada perbualan berlaku..Fawaz sibuk tengok DVD pixar cartoon yang pakcik aku beli dan aku sudah nonton secara marathon. Mari aku review sikit..
1.Wall E(Best!)
2. Ratatatoulle(haram tah macam mana eja ni-pasal tikus try jadi chef..Best2!)
3. Up(ni pasal emmmm susah mau explain.. yng penting Best!!)
4. Legend Of The Guardians(Cerita burung2 hantu..Best!)
5. Valiant(Cerita ayam2..bolehlah)
6. Sammy(Cerita kura2..Oklah)
7. Despicable Me(HAHAHAHA..the Best!!Hilarious dia tulis sini..aku percaya jala)
.
.
.


 Tu ja..eh sudahla..aku cakap aku review sikit jak kan?

*Sesi berbual pulak
Fawaz : Chelsea VS Arsenal Pukul 4am..mamak nor??
Aku : Arggghhhhhhh!!!

Boring life....Nitezz..enjoy this..



Lying here, singing my lullaby
Letting time pass me by
Counting stars in the sky
And don't let the bedbugs bite

Just turn off the light
Make me feel all right
Bidding farewell and goodnight

Lying here, listening my clock tick-tick
Leads me into sweet dreams
It makes me start to think
What do our Teddy bears do?

Just turn off the light
Make me feel all right
Bidding farewell and goodnight

Outside my window
Hear sounds of the little fellow
Oh, but I don't know
Will they sing until tomorrow?

Konon2 diary aku macam kalerful lah..HAHAHA..


 

Jatuh....Josh Turner - Another Try

Monday, December 27, 2010

Saat kita baru belajar berjalan
Kita cuba berlari
Kata mama
JANGAN
Nanti jatuh
Sakit
Mama selalu benar
First rules : Mom always right
second rules : Reread the first rule
Lalu kita Jatuh
Menangis
Dan bangun kembali

Saat usia meningkat remaja
Kita baru kenal dunia
Kita berlari sekuatnya
Kata mama
Jangan laju sangat
Nanti jatuh
Sakit
Sekali lagi mama betul
Lalu kita jatuh
Berdarah
Menangis
Dan bangun kembali

Kini kita telah dewasa
Kita masih berlari
Entah apa kita kejarkan
Kita takut terlambat
Kita takut terlepas
Mama tidak melarang lagi
Kata mama kita sudah dewasa
Kita tahu jaga diri
Lalu kita bilang berjuta kali
JANGAN JATUH LAGI!
NANTI SAKIT
Kita cakap dalam hati
JANGAN JATUH LAGI!
Ya
Tapi kalau jatuh bagaimana?
Salah siapa?
Dan kita jatuh ke sekian kali
Kali ini
Kita bangun sendiri
Dan kata dalam hati
Jangan takut
Tidak apa
Yang penting kita cuba sekali lagi...




Another fucking LAME entry..tapi jatuh sakitkan? F.

Dengar..

Dengar
Tugas pertama sebagai seorang kawan ialah mendengar
Kadang-kadang
Setiap apa yang kita bicarakan itu bukan untuk di selesaikan
Cukuplah sekadar di dengar oleh seseorang
Kurang sedikit beban rasa
Semudah itu cuma...

Tapi
Bukan semua orang pendengar yang baik
Bukan semua orang senang mendengar cerita mu
Manusia cepat bosan
Apalagi kalau itu tiada kaitan dengan mereka

Tapi
Jangan pernah kau lupa
Kau masih ada DIA
Yang tidah pernah bosan mendengar
Setiap aduan mu
Mengadulah padaNYA
Kerna DIA pasti lebih mengerti setiap rasa mu
 DIA KAN MAHA MENDENGAR
Maka mengadulah
Berceritalah
Berdoalah
Memintalah
Merayulah
DIA memahami
DIA pasti cuba memberi
Kalaupun lambat
Bersabarlah
Kalaupun tidak kau dapat
Maka redhalah
Kerna DIA
Sediakan dikau
sesuatu yang jauh lebih baik
Yang tidak engkau ketahui

What a lame entrykan?..watever..nitez and sweet dream..


Daun Yang Jatuh Takkan Membenci Angin.

Saturday, December 25, 2010

Dari I Luv Islam Web......

“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”




Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

Berwajah Baru dan Sangat Selari Dengan Angan2 Romantis Aku -.-''

Friday, December 24, 2010

Bertemankan oren sejuk dan BEDAK SEJUK aku menaip. 1.53am. Waktu tidur yang tidak teratur ini membuatkan aku terpaksa menepek bedak sejuk setiap malam disebabkan pertumbuhan jerawat yang merunsingkan. Pertumbuhan jerawat aku sama meningkatnya dengan kadar ekonomi dan dinar emas semasa. Bezanya, kadar ekonomi dan dinar emas membahagiakan ramai pihak. Tapi pertumbuhan jerawat aku membimbangkan diri aku sendiri.


Berbalik isu wajah tadi. Jangan terburu-buru. Aku bukanlah artis porno yang obses dengan pembedahan plastik dan pembesaran buah dada. Ini berkaitan perubahan wajah blog. See? nampak tidak blog telah menukar baju? Tidak semena-mena aku berasa comel sekali walau hakikatnya aku tidaklah secomel mana. HAHA. Terima kasih tidak terhingga aku ucapkan buat sahabat vujie yang berbesar hati dan berbaik budi menukarkannya ke wajah yang lebih comel dan teratur. Terimakasihpawarut. Anda menang motor. Dengan ini aku usahakan menjadi WaNita CiewmiELL YAnG MenuLis sEbEgiNi RuPa..eWW KiYutT NyA KAn? eh. Mesti ada perkataan english sikit2. Aku try. SeMalaM My FwEnZZ CelEb My BiRthDaY @ ResTorEn YanG GeMpawK Wow. I So TerKeZuT VAvi LiKE WaHH LurVE U oLLss sEmUa. Rasanya aku perlu tukar nama. MIzZKoLMeWheNYoUFrEeCOzISaYunKKaMoLuRvEYiuIamSOoFuCkinGCUtE. Penat aku taip penuh usaha. Menjadi comel agak susah rupanya. Give up T___________T


Mari cerita rutin aku pula selaku penganggur berjaya. Kadang-kadang atas rasa bosan dan hidup umpama tiada arah tujuan dan layang-layang putus tali pusat. Aku berangan2 untuk berkahwin dan menguruskan rumah tangga di kala ini. Nampak x aku bosan tahap dinosor? dianosor? dienosor? *memang aku selalu gagal bab2 ejaan. Itu pasal aku xpernah ikut spelling bee. Jadi tukang sebut perkataan pernah. Sewaktu minggu Bahasa di sekolah aku dulu. Patutlah time tu macam ramai orang terkeluar awal gara-gara tidak dapat mengeja dengan betul. Aku rasa sangat bersalah kerana tidak menyebut dengan baik. Contohnya, condominium. Aku sebut kon-dom-minium. Aku keraskan part KON-DOM-minium. Nah. Hasilnya mereka eja dengan double M. Zaza selaku assistant aku senyum2 sindir. Lalu aku sebut FUCK. Ramai pula angkat tangan mau jawab. Ini konpiden semua orang betul!

Eeh. Ulang cerita angan2. Angan2 terus berlangsung dengan menyediakan sarapan untuk suami. Memasak untuk suami. ceeeh. Berhari minggu bersama suami sambil menonton cd dan berkebun. HAHA. Tiba2 angan2 BERKECAI ketika makcik menghempas pintu gara-gara merajuk dengan suami. Sekarang aku menonoton realiti yang berbeza. Angan2 aku kuburkan dengan kadar segera!


Besok aku angan2 melanconglah pula. Hei, this new year i'll go to Melaka and Sunway. Aku suka jalan2. Tapi bukanlah jalan-jalan di mall. Itu bolehlah juga. Ekceli, aku suka melawat2 tempat yang ada budaya dan makanan unik yang jarang2 aku nampak di tempat aku. aku ingat lagi cuti seminggu aku di Pontian Johor bersama Azie. Satu perkampungan Jawa yang masih mengekalkan adat2 Jawa mereka. Tapi aku cuma tau. 'kabare' dan 'wes mangan' HAHA. Menghadiri majlis perkahwinan dan melihat tarian Kuda Kepang&Mak Yong. Hello, ini Kuda Kepang&Mak Yong original okeh. yang ada main rasuk2. peh. seram mak nyah. Aku paling semangat tapi duduk paling jauh sanbil baca Ayat Kursi. HAHAHA. Nasib time tu tempat penari di pagar. So penari xlah terbang jauh2 sangat. kalau tidak, kompom aku yang terbang balik rumah dulu. HAHA. Aku pergi kenduri 'nasik ambeng'. Dan merasa mkanan2 local di tepi2 jalan. Nun adalah orang yang sangat kurang kadar kemaluan dalam dirinya kalau bab2 begini. Sepanjang jalan bazar Jalan Masjid India tu. Kami laburkan duit lebih kepada makanan daripada barang2 lain. HEHE. Jadi kalau aku mau ke Indonesia. Aku akan ajak Nun, Paija, Ujie, Aisha dan mastermind siapa lagi kalau bukan Silfie and Baby sebagai warga Indonesia. Ini sebab mereka2 ini semua kaki lahap. HAHAHA. Tidak lupa juga makcik aku Midah&Sidah dan dua ekor adik aku Glah&Ani. Patutlah usaha diet aku selalu gagal. Di kelilingi manusia2 karnivor rupanya. Aku salahkan mereka atas penambahan berat aku T______T. Ok. Sekarang aku boleh tidur. ZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzz

Emilie Simon - Flowers

Wednesday, December 22, 2010


Sebenarnya.....


1. Aku bosan

2. Aku berusaha menukar templates blog aku. Gagal. 

3. Blog aku messy. Banyak kesalahan ejaan. Macam2 lagilah kesalahan. Rasa2 kalau di tanda oleh cikgu BM aku dulu. Confident GAGAL aku. HAHAHA!

4. Aku malas edit. Biarlah. Bukan ada orang baca pun. hehe. Kalau kau! ya kau! kalau kau baca itu tandanya kau bukan orang. Kan aku cakap tiada ORANG baca. Kau ALIEN!!

5. Aku rindu kawan aku bercerita sebulan yang lalu. HAHAHA! herankan..kawan aku yang bertahun2 pun aku x rindu. Yang sebulan tu juga yang di ingat. Bila aku ingat dia..aku dengar ni lagu......



Pastu aku akan nyanyi kuat2 part
You are so sweet and Im so alone
Ooo darling please tell me you are the one
I'll buy you flowers
.
.
.
.
Never last forever
Never last forever my love....

Sebenarnya part itu jala yang aku hafal pun. Hehe..


6. Ntahlah. Ini satu rasa yang tersekat..untuk ditulis pun payah....untuk dicerita pun susah..TELAN jala paling senang...Macam ubat..sakit so perlu makan ubat. Tapi makan ubat bukan senang. Sebab pahit. Tapi wajib makan! So, telan jala. eeh..macam bodoh pula perumpaan aku tu. ABAIKAN. HAHA

10. Kau ada rasa macam baca blog Tun Mahathir? sikit punya semangat aku tulis point2 sahaja. 

*Sila cari nombor berapa yang hilang. HAHA

Since this song given by blind man, so, how are you blind man? Pernah aku cerita aku ada seorang pakcik yang buta? Abang arwah bapa aku. Kami tinggal dengan dia lepas bapa aku meninggal. Buta. Tapi dia boleh mengaji Quran(hafal la mungkin), dia boleh main muzik, dia boleh menyanyi. Dialah yang ajar aku zikir. Sebab time aku 8 tahun dia bagi aku tasbih kaler kuning. Tasbih untuk budak2. Cute. When a blind man cries..aku pernah nampak dia nangis. Sewaktu arwah nenek aku meninggal. When a blind man cries, you cannot see his tears. Dia cakap dia sangat susah menangis sebab airmata yang bertakung susah mau keluar. Mungkin sebab mata dia tertutupkan. So, airmata xdapat keluar.. Itulah kali pertama dan terakhir aku nampak dia nangis. Tapi aku belajar ini dari dia 'Di setiap kekurangan itu selalunya kita akan belajar untuk bersyukur'. Walaupun dia buta, dia bersyukur dan menerima. Dan ini mengurangkan dosa mata katanya. Ya, jelas sekali dia xkan menonton porno kan? haha. Dia belajar mengaji, sampai haus tape dia ulang2. sedang yang celik pun ada yang x pandai kan? itu x kisah. tapi yang tidak mahu belajar? terpulanglah. Dia belajar main muzik. Tapi ini kelebihan orang buta. Deria dengar mereka lebih peka. Katanya, kadang2 kelebihan itu selalu buat kita tamak dan sombong. ya time budak2 manala faham kan. Sekarang baru faham. Yang namanya manusia tu memang tidak pernah cukup. Sampai lupa yang kita bukan pemilik kekal sesuatu itu. Dipinjamkan cuma. Sedangkan jasad ini pun bukan milik kita. Bukan menunding kepada sesiapa. Ini lebih untuk diri sendiri. Perempuan biasanya banyak rungutan. Aku sendiri pun sama. Ini xcantik, itu kurang. Tapi lelaki pun apa kurangnya. Melihat pada luaran juga. Kalau boleh mahu perempuan pilihannya serba serbi nampak cantik sempurna. Baru boleh dibawa kesana sini dengan bangga. Jadi bagaimana perempuan tidak jadi 'terlalu berusaha'? Kesimpulannya. Samalah. Lalu bagaimana definisi cantik buat si buta?....He past away six months after arwah bapa. Satu lagi kehilangan buat kami.

Ntah apa2lah aku mengarut ni sudah. Sometimes... I miss having conversation with you Mr Blind. Tapi xpalah, aku bersyukur dipinjamkan kau untuk sebulan. Sekurang-kurangnya kau ingatkan aku apa yang pernah aku lupa. 'Fabi Ayyi Ala Rabbikuma Tukaziban'. Stop crying. There is always a light. Insya-Allah =) 

Entry Bergambar..

Monday, December 20, 2010

Sekarang aku berada di rumah Ainon. Bosan. Nun kerja. so aku duduk rumah depan laptop dan melihat2 foto. laptop ni faizah yang punya. lalu banyaklah gambar2 yang terpampang muka ayu aku. hahaha. Gambar2 gembira balik jam3 pagi. haha. with ejul, roy, nizam, ezam, atai. gambar2 bergembira time diploma. study adalah masa2 paling menggembirakan. Bagi aku, time aku bersekolah di SMALL dan Uitm kk la paling happening. Johor agak bosan sedikit.

One of my fav album ialah sewaktu aku & faizah tolong makcik aku pergi promote pakej umrah dia di Kundasang. hahaha. ekceli kami x kerja. sementara tunggu dia ceramah ka apa dekat sana so kami pergi bergambar di taman peringatan ka apa tu. cantik.



Baru sampai dan terus membeli aiskrim.haha






Di sebabkan x orang mau tolong ambil gambar kami dua.
 Kami dengan kreatifnya meletak kamera atas batu. hahaha!



Berusaha memasukkan diri dalam gamabr yang di set oleh kamera ketik sendiri.



Ini biasalah. Tangkap sendiri.Semat muka paija.HHAHAHA.



Paijah yang berusaha mengangkat tiang! HAHAHA. ni orang suka bergambar sot2 begini. Aku malas upload yang cium selipar jepun tu. HAHAHA


Dua gambar trip ayu di atas untuk menyatakan tempat itu adalah Cantik!!

Entry bergambar memenatkan rupanya. Ntah macam mana durang rajin edit gambar pastu upload dalam blog. Aku upload gambar dalam Fb pun malas mau tunggu. Lambat!! Nasib Fb ada binatang yang main tag2 tu. I miss KK damn much!!! banyak gambar aku suka dalam laptop member aku. 

Selalu ada

Wednesday, December 15, 2010

Aku selalu ada something untuk ditulis. menulis disini bukan hobi. tapi lebih kepada terapi. bila ada sesuatu yang aku fikir lalu ingin diluahkan tapi tidak tahu bagaimana. maksudnya try lah untuk berbual dengan sesiapa pun. masih tersekat. tapi ada sesuatu untuk ditulis disini pun masih belum mampu. tersekat................

Tiba-tiba aku teringat satu dialog dalam 'Perempuan berkalong sorban'.
Nisa : Aku ngak boleh mas hidup tanpa mas (ni untuk husband dia)
Husband(sepanjang cerita tu aku xdapat tangkap nama lelaki ni)
Husband : Kamu boleh nisa..
Nisa : ngak mas!!
Husband : Rumah ngak di bina dalam sehari. kamu pasti boleh Nisa!

mengingatkan aku pada dialog bapa and mama aku. waktu bapa aku sakit.
Mama : Aku xtau macam mana kalau apa2 jadi dengan kau love
Bapa : kalau apa? kalau aku mati? kau tau. pernah aku tengok syiling. aku nampak langit.
Mama : kau mesti sihat macam dulu balik
Bapa : kalau aku mati. kamu kaya.haha (something about insurans). tapi kau mesti sihat. kau mesti hidup sama macam sewaktu aku hidup.

perempuan yang kematian suami jarang kita dengar berkahwin lagi. bagi mama aku, dia takut suaminya nanti tidak dapat menerima kami. 7 orang yang nakal!? siapa sanggup. haha

tapi. lelaki yang kematian isteri biasanya akan berkahwin semula. xsalah. semua orang layak berteman. serius. sunyi bukanlah pilihan yang paling baik. lelaki mungkin sangat benci kesunyian. lagipun selama ini makan pakai ada yang menjaga.

Bila mama memilih untuk tidak berkahwin lagi. aku tau dia sunyi. anak2? sekarangpun jarang semua berada di rumah. ya. aku sendiri pun jauh. kalau dia mahu berkahwin lagi. aku tiada halangan untuk itu. dia berhak bahagia.

Ada betulnya kata nun. masalah lelaki biasanya pada jarak. berjauhan bukanlah pilihan mereka. pada perempuan. jarak bukan masalah besar. tapi bukanlah semua. ini cuma kebanyakan lelaki dan perempuan sifatnya begitu.

Mahu saja aku bertanya pada mama aku. tidakkah rindu? tidakkah pudar rasa itu setelah sekian lama tidak bertemu? tapi aku tidak berani. mahu aku bertanya tentang jarak dan waktu. tapi............

Apa yang lebih jauh jarak dan waktunya bagi mereka? sedangkan mereka terpisah bukan pada jasad. mereka berbeza kehidupan. apa yang lebih jauh jaraknya antara yang masih hidup dan yang telah mati?
tapi mama masih menghidupi cintanya yang walau jasadnya telah mati.

*Love, panggilan buat bapa aku. (i wish someone will call me love someday! hahahaha)
Honey hubby?
Abg Syg?
Darling?
Baby?
 My mum still win! hahaha.
Azim panggil silfie cinta. sweet. haha. nitez

Bingung

Monday, December 13, 2010

Aku sekarang..
  1. sakit kepala
  2. tengah cari kerja
  3. minitranskrip x dapat buka
  4. so resume x dpat update
  5. shah alam mesti mau pigi..tapi belum pigi2 lagi coz xkawan..fuck..ini paling fuck sekali!!
  6. mau balik kk. hahahahaha
  7. tolonglah..aku perlu menghapus jerawat dan turunkan berat..haha..
Semalam kenduri arwah bapa aku. so. adik aku fawwaz datang dengan member dia fekar yang hensem wow wow..hehe..

Fawwaz : makin bulat kau nor
nor : fekar pun *tiba2 past sama org lain. penuh emosi..
fekar : ya..tapi kau jangan jogging sebab bikin besar paha tu..
nor : ah??? jadi amcam mau kurus!!!!! sudahlah memang paha aku besar!!!! *tiba2 aku ingat yon pernah cakap paha aku besar..ini jahanam..manabuli tambah besar!!

fawaz & fekar : kami sudah habis exammmm..neh
nor : dui..aku sudah grad..tapi nganggur..neh
fawaz : kalau kau kerja kasi beli aku drum set ah..
nor : berapa ??
fawaz : 7ribu aku tinguk di sana...
nor : babi la kau..ada hati..pigi kau pinjam keyboard pakcik sn di blik tu..kau main lah!! aku xpandai jg main tu..semak ja..
fawaz : malas..

 xtau mau cerita apa..yang penting aku pening sekarang ni.. huhu..chow..

Opick Rapuh

Sunday, December 12, 2010



Aku ulang lagu ni sebanyak 17kali sehari. hehe.
'meski ku rapuh dalam langkah kadang tak setia mencintaiMU'

Monolog aku.......
Kadang-kadang aku telah cuba dan usaha untuk memenuhi permintaan orang, cuba menjadi yang terbaik untuk orang, sanggup buat macam2 untuk orang lain. Tapi kenapa aku tdak cuba untuk Tuhan? bila aku selalu buat salah. Tuhan tetap bagi apa yang aku minta. Bila aku selalu lupa. Tuhan tidak pernah lupa aku. Sekeras mana usaha aku buat manusia belum tentu aku dihargai. tapi sekecil mana usaha aku untuk Tuhan pasti aku dihargai. Sebesar mana pun cinta aku buat orang, belum tentu dibalas. Tapi bila aku mencintai Allah. Allah pasti membalasnya. Penatkan buat sesuatu untuk orang tapi tidak pernah tercukupkan di mata orang itu...manusia memang tidak pernah cukup...

Jerawat dan Perempuan

Saturday, December 11, 2010

Jerawat.
Kau baca baik2.
Bukan jururawat!! Aku paling sakit hati dengan penyakit ini. Kronologinya begini, seminggu sebelum period akan datanglah dia beberapa biji di muka! atas bibir. bawah bibir. dagu. dahi. dan kaki. salah! kalau kaki itu namanya butir.
Ketika period akan datang lagi beberapa biji. selepas period pula akan tumbuh lagi beberapa biji. sekarang kau kira berapa biji jerawat dalam sebulan!!! dan aku berusaha menghilangkannya dalam masa seminggu. lalu 3minggu akan di tumbuhi jerawat. dan baki seminggu sebulan itu adalah MUKA BERSIH SETELAH BERUSAHA KERAS! SEMINGGU SAHAJA! DAN TUMBUH SEMULA JERAWAT PADA MINGGU SETERUSNYA!!
Bertenang......
Semalam juga aku berusaha keras me'lodding'kan cerita indonesia 'perempuan berkalung sorban'. Seruuuu. haha. maksudnya ceritanya baguslah. Agak bagus untuk penonton Islam. buat penonton bukan Islam. Ia agak mengelirukan mereka dalam hak2 sebenar perempuan Islam. Islam tidak pernah merendahkan martabat dan hak wanita. Wanita boleh menimba ilmu. Bukanlah wanita Islam tu kerjanya cuma duduk rumah jaga anak. ya. critanya juga boleh menimbulkan salah faham seolah olah wanita dalam Islam itu adalah bahan sex semata-mata. Tidak sama sekali. Menggunakan hukum2 dan ayat2 Allah untuk menegakkan satu pihak saja sudah tidak sepatutnya. sedangkan Allah itu adil. Bagi aku, perempuan dalam Islam itu adalah pihak yang sangat2 disayangi dan dilindungi haknya. Makanya, kalau dapat boyfreind yang cepat naik tangan tu apa kata cepat2lah juga angkat kaki. kalau rasa gagah sedikit. kau angkat beruti atau besi lawan dia.

Selamat berehat~

Thursday, December 9, 2010

Menulis di sini kadang2 lebih menyenangkan dari update status di FB. walaupun aku tau tiada yang akan baca apa yang aku tulis. cuma dengan menulis kau boleh meringankan satu beban. lebih kurang begitulah.

beberapa malam lalu aku mimpi. kami menjemput bapa seolah2 baru balik haji. taulah musim2 haji. terbawa dalam mimpi. haha. bapa seperti biasa. bersih dan wangi sekali. dan tersenyum.


Tidak ramai yang tahu. lebih tepat. TIADA yang tahu hari ini, tarikh ini, pada 13 tahun yang lalu adalah tarikh yang paling berat bagi aku. Petang itu aku diminta bersiap untuk melawat bapa aku yang berada di hospital. sudah tiga minggu barangkali kami tidak bertemu. hospital rumah keduanya sepanjang tahun itu. melawat dia di hospital bukanlah sesuatu yang baru. tapi kali ini dia berada agak lama di sana. buat pertama kali, cuti sekolah ini kami habiskan tanpa dia. tiada lagi sesi bermain basikal jatuh-bangun-jatuh balik, tiada sesi mandi pantai, tiada sesi bermain kereta2 masuk token di centre point. hahaha. ceh, kalau dia tahu sampai sekarang aku xpandai memandu. cuti sekolah itu sunyi. tinggal di kampung memang perkara biasa bagi kami. tapi dia akan balik dalam masa seminggu untuk bergumbira bersama. hehe. kami habiskan masa menjaga ani&fikri setiap hari. buat milo&susu malam2. daus, aku & glah ganti2 bangun untuk tengok fikri. baby kan selalu nangis malam2 minta susu. daiy&fawwaz di rumah nenek satu lagi. mama di hospital.



Beberapa hari lepas aku diberitahu bapa mahu pulang, kononnya dia sudah sihat. Ingatkan pada hari ini aku datang untuk membawa dia pulang. teruja. plus2 rindu. dengan memakai kurung kuning kegemarannya. ingin aku bercerita bahawa baju raya yang kami tempah sudah siap. cuma dia belum menempah bajunya. aku ingat lagi katanya xpayah, takut xsempat. ya, betul katanya. dia pergi tepat sehari bermula Ramadhan. sampai hari ini ramadhan pertama masih hari sedih buat mama. eh, tapi dia masih masak untuk berbuka dengan banyak sekali. hehe.


Tiba di katil mu. aku nampak kau merenung aku. aku lihat kau. kurus. bersih sekali wajahmu. owhh..jarang sekali kau mencukur kumis. hahaha. mama cakap kau minta kukumu dan kumismu di buang. ya. kau nampak bersih sekali. tapi aku lihat. pandanganmu kosong. seolah-olah kau tidak mengenal aku. dapat aku rasakan apa sebenarnya yang akan berlaku. dapat aku rasakan itulah kali terakhir aku lihat kau yang masih bernyawa. biarpun hakikatnya kau telah kaku. aku simpan semua cerita ku. aku duduk di sebelahmu hanya untuk mencium pipimu. kau wangi sekali. seribu bauan yang datang dari wad itu tapi kau wangi seperti selalu. tidak sepatah pun aku berkata. aku cuma ke situ untuk mencium wajahmu sampai habis waktu melawat. aku rasa tanganmu di kepalaku. tapi kau kekal kaku.


Bisu. sepanjang perjalanan pulang aku bisu. melihat bulan di tempat duduk belakang. abang rosli ingat aku tidur. aku menangis sepanjang perjalanan. lebih awal. aku dapat menjangkakan waktunya sudah tidak lama lagi. aku harus kuat menerima ini.


12/12/1997.


Aku mimpi bapa datang. meninggalkan pesan buat aku. ringkas. 'jaga diri, jaga mama, jaga adik2, bapa harus pergi jauh, kali ini kau x boleh ikut'. selalu2nya aku akan ikut. anak emas. hahaha. tapi kali ini benar2 jauh. ya. bapa pergi dalam keadaan bersih dan wangi.


Aku di bangunkan dari mimpi pada jam1.30 lebih kurang. pakcik cakap aku perlu kemas rumah. bapa akan pulang. aku tau. inilah harinya. aku siap. g-lah tidak. dia masih berharap satu keajaiban. ya. g-lah berumur 9tahun. pasti masih percaya magik. haha. tapi ini suratan sayang....takdir...kita harus terima.


kau pergi dalam keadaan wangi dan hensem sekali. eh, kau lebih hensem dari ketika hidupmu. percayalah. jangan kau risau. kami baik2 saja. eh, gf kau rindu kau. pernah dia kol aku untuk bercerita yang dia rindu teramat dengan kau pa. o ya..dia masih single. jangan kau risau. katanya dia mau bertemu kau di sana nanti. kalau kau tau, dia teramat rindu kau. katanya, ketika makan. dia nampak kau makan di sebelahnya. ketika masak, dia merasa kau memeluknya dari belakang. gf kau masih cantik seperti dulu. =P


ya. kami semua rindu. beberapa hari lagi ulang tahun pemergian mu. maaf tidak sempat aku mendoakan semoga panjang umur murah rezeki buatmu dulu. tidak pernah kami hadiahkan kek buatmu. cuma yang mampu, kami doakan kau aman di sana. hadiah kami cuma yassin dan Al-fatihah. selamat berehat pa. semoga berjumpa kita di sana nanti.


Al-Fatihah.
In memory of Alidin haji Johari.