Answer to my prayer

Saturday, April 30, 2011

**10/04/11

Kau pernah dengar bagaimana Allah memakbulkan doa? Ini pun aku selalu baca dari bahan2 bacaan tah mana2 tah aku dapat..lebih kurang begini..

1. Allah memakbulkan seperti yang kau minta pada masa yang kau minta
2. Allah menangguhkan sedikit masanya dan memakbulkan pada masa yang lebih tepat
3.Allah tidak memakbulkan apa yang kau minta. Tapi menggantikan dengan yang lebih baik.
Percayalah. Kalau yang dari Allah itu tiada yang kurang dari yang terbaik. 

Bukan berlagak baik/alim. Ini cuma apa yang aku rasa. Menimba pengalaman, belajar dari kesilapan, belajar dari pengalaman membuatkan kita lebih matang dan faham. Kita selalu cakap hidup kita begini begitu. Mengeluh. Life is far from perfect for everyone. Its not just you. Every single of us feel the same way.

Hari ini merupakan hari yang agak menyenangkan bagi aku. I keep questioning myself..bila aku akan rasa selesa kalau kami berjumpa. Bercerita tentang semua. Talking about our past with no hearts feeling. Not that hurts anymore. Today is the day. Where i can look at him as my friend again.

Ada betulnya frasa 'things happen when you less expected'
Bila kita terlalu berharap akan sesuatu. Di situlah kita xdapat apa yang kita mau. Di situlah kesabaran kita di uji. Tapi percayalah kalau kita belum dapat lagi apa yang kita harapkan. Allah telah menetapkan satu waktu yang terbaik untuk kita. Atau kita mungkin mendapatkan yang lebih dari apa yang kita minta.

Pada waktu aku sangat berharap dapat melupakan dia. Terasa mustahil akan sampai saat itu. Tapi. Ketika kami berjumpa baru2 ini. Ada sesuatu yang tenang dalam hati aku. Sekarang aku yakin. Rasa itu telah pergi. Sakit itu tiada lagi, Kami bercerita tentang cerita lama tanpa dendam tanpa sakit hati. Keliru pun tidak lagi.

Doa aku satu waktu dulu di jawab oleh Allah pada waktu yang tepat. Mungkin dulu ketika aku di Johor. Allah masih membiarkan aku dengan rasa itu untuk mengelakkan aku jauh lebih nakal. Ada baiknya, aku orangnya kalau masih sayang pada seseorang aku xkan cuba untuk mengalih sayang dengan orang lain. Oleh sebab itu aku xpernah keluar dengan mana2 lelaki di Uni lama aku. Pandulah kereta apapun. Maaf.

Mungkin sekarang aku perlu menetapkan priority aku kepada keluarga dan dri aku sendiri. memperbaiki kehidupan. Cinta? cinta datang dan pergi. yang kekal cuma dari Allah. Things happen when u less expected kan?

Terima kasih buat seseorang yang singgah dalam hidup untuk beberapa ketika. Walau cuma sekejap, Sedikit sebanyak membantu aku membuang rasa ini sebenarnya. =)

Menagih Syurga

*Memvacum kapet blog..

Penat. Kehidupan kehidupan. Itulah yang selalu kita keluhkan. Penat menunggu kita mengejar. Penat mengejar kita menunggu. Walaubagaimana berat pun kehidupan. Itulah kehidupan. Bersyukur donk diberi peluang untuk hidup. Alhamdulillah. 

Terus terang aku cakap di sini. Mungkin aku antara hamba yang kurang bersyukur. Selalu mengeluh. Di sini kurang. Di sana belum cukup. Betulkan manusia itu tamak? Bila Tuhan berikan begini. Kita mau lebih. Patutlah kata orang kalau kita rasa kurang. Kita jangan lihat orang yang lebih dari kita. Kita cuba lihat orang yang kurang. Supaya kita tahu kita lebih bertuah dari sesetengah orang. Tapi jangan pula terlalu 'bersyukur' dan berserah sampai x mahu berusaha menjadi yang lebih baik.

Aku ingin kongsikan dua watak yang baru aku kenal tapi betul2 membuatkan aku rasa betullah..orang yang Allah sayang itu pasti ada ujiannya. Dan mereka tetap bersabar & bersyukur dengan ketentuan Nya.

Watak pertama. Abang Mat. Buta/bermasalah pada mata sebelah kanan. Berkerja di sebuah restoren. Paling tinggi mungkin dibayar beberapa ratus setiap bulan. Perantau. Kadang2 berduit kadang2 tidak. Pada waktu dia sampai ke rumah makcik aku, dia cuma ada RM10 dalam tangan. Pada sebelah malam dia mengajar Al-Quran kepada sesiapa yang mahu belajar. Dulu makcik aku sempat menghabiskan sehingga Juz11 bersamanya. Baru2 ni makcik aku diminta oleh pihak sekolah untuk mengajar Al-Quran untuk beberapa kelas. Makcik aku atas dasar cuba meyakinkan dan memperbaiki bacaannya. Dia menghubungi abang mat untuk mengajarnya sampai Khatam selama 4 hari. Abang mat tadi dengan senang hati tanpa tahu pun samada dia di bayar atau tidak datang ke rumah makcik aku dan mengajar makcik aku dari selepas subuh
sehingga habis isya'. Bayangkan? tanpa mengharap sedikit bayaran pun. Dia mohon cuti semata-mata menolong makcik aku yang sudah separuh jalan mengaji dengan dia. Cukup 4 hari makcik aku khatam. Berapa ramai antara kita yang sudi mengajar tanpa bayaran? setiap baris setiap perkataan setiap maksud setiap ayat di ajar satu persatu. Terus terang. Aku tidak. Aku di bayar 25ringgit satu sesi mengajar akaun.  
4bab. Sedangakn abang mat. 19Juz. Dengan harapan agar murid2 makcik aku nanti mendapat bacaan yang betul. Dia mungkin bukanlah cikgu berpelajaran tinggi. Tidak di bayar gaji 4 angka untuk setiap kelas. Tiada sijil bersusun di dindidng rumah. Tiada gambar berjubah. Tiada kot mahal. Tidak berkerja di dalam office berhawa dingin. Tapi aku rasa. Kerusinya lebih tinggi dari kerusi yang di rebutkan dalam pilihanraya Sarawak tempoh hari. Akaunnya lebih berisi dari akaun kita yang mendapat ribuan setiap bulan. Dia ada sesuatu yang tidak semua orang ada. Dia ikhlas. Bayarannya lebih mahal di sisi Allah.

Watak kedua. Uztazah Rahmah. Kawan seorang makcik aku. Perantau. Menjual barangan runcit di siang hari. Pada sebelah malam seoarng guru mengaji. seperti abang mat. Menghidap kanser hidung. Dia tidak pernah berkahwin. Tiada anak. Tapi dia menanggung anak-anak buahnya yang kebanyakkannya belajar di sekolah tahfiz. Baik orangnya. Pada waktu dia sakit. Anak-anak yang diajarnya masih datang untuk mengaji. Dalam tiada daya. Dia masih mengajar. Besar sekali dugaannya.

Bila aku lihat dua watak tadi. Bila aku mula mengeluh tentang kehidupan. Aku mula merasakan. Ya. Apa sangatlah apa yang aku hadapi sekarang berbanding mereka. Sedangkan mereka orang yang dekat dengan Allah. Begitu besar lagi dugaan yang menimpa. Tidak pernah aku dengar sebarang keluhan. Tidak pernah bercakap tentang kekurangan. Entah dari mana datangnya sabar yang begitu sekali. 

Sekarang aku lebih faham. Benarlah kiranya, untuk menagih/mengharap Syurga Allah itu bukan mudah. Sedangkan mereka bukan orang 'biasa2' walau pada mata kasarnya kita lihat tidaklah segah ahli politik atau artis2 yang kita puja. Tapi mereka di uji jauh lebih hebat dari kita. Kenapa aku katakan bukan orang biasa2? kerana aku pernah baca satu Hadith "Orang yang terbaik di antara kalian ialah orang yang mengajar dan belajar Al-Quran'' Wallahualam. Betulkan kalau aku salah.

          

Happy Birthday TO ME!!

Friday, April 15, 2011




Happy Birthday Nur Faizura...Gambar di atas di snap time birthday aku ke 21..
Pastu birthday aku yang seterusnya waktu aku duduk nun Segamat Johor. Xpernah aku celebrate2 tiup2 lilin potong kek segala. Kompiden2 semua birthday aku jatuh pada study week dan zaman kemelesetan ekonomi setiap manusia yang bergelar pelajar. So paling best pun member2 bayarkan time makan malam. Paling wangi time aku part6. Setiap manusia dalam rumah sewa aku pulang ke rumah masing2 manakala aku stedi2 nyanyi lagu birthday tiup kompor (dapur gas). WTF?

Harijadi ke 25 ni sikit aku x expect apa2. Gua dah tua dah beb. Gua dah stop tiup lilin segala seawal umur 22tahun. Gua dah imune dah member lupa birthday gua, Gua x kecil hati. Lahir2 aku ke dunia ni pun bukan bawak efek besar mana dengan semua orang. Rasullullah satu2 nya manusia yang mana kelahirannya musti semua manusia yang beragama Islam menurut kad pengenalan masing2 wajib meraikan hari tersebut. Manusia hebat. Aku? manusia biasa. Banyak dosa. 

Tapi tadi aku di kejutkan dengan kek lilin dua batang waktu aku 'pretending busy playing freeding frenzy'. kacaulah. sikit punya busy aku makan2 ikan kecil. Thax a lot for Ainneh senior exec company aku kasi saprais party. Thax for the cake, pink card yg kiut & kasut Voir yang xmuat. HAHAHAHA. Besok aku tukarlah. Aku add sikit ringgit buat beli beg la pulak. Kasut ada tiga pasang aku x pakai pun. I'am falling in love working in this company. TQ sooo much. Besok aku ada dinner plak. eksiden plak dengan makan2 sempena birthday aku dengan sohabat2 kesayangan Silfie & Faizah. Tapi aku mesti pilih yang member2. Sudah tiga kali kot birthday gua x sambut dengan member. Atau lebih tepat X SAMBUT LANGSUNG PUN. 

I'am really happy. Banyak benda yang menggembirakan di sini. This is the place that I belong. My family is here. My friends is here. 

25 cuma angka. Apa yang membezakan kematangan kita sebenarnya ialah pengalaman.
Untuk angka 25 dalam hidup aku. Aku mahu berterima kasih. Alhamdulillah dan Terima Kasih Allah atas peluang menikmati kehidupan di bumi MU ini. Menghirup oksigen setiap hari. Terima kasih atas kurniaan rezeki, kesihatan, keluarga dan kawan2. Terima kasih atas KEHIDUPAN ini. Terima kasih atas pengalaman, kesakitan, kekalahan, kejatuhan, kesilapan, pengajaran atas kesombongan, di situ aku belajar jadi manusia yang lebih matang. Yang tahu menghargai, yang tahu rendah diri, yang tahu memberi. Yang paling penting yang masih waras dan masih punya hati. Bukan bermaksud akulah yang baik. Tapi aku rasa zaman kecintaan harta sekarang ramai yang lupa fungsi sebenar hati.

Untuk angka 25 aku belum mencapai satu tahap yang harus aku banggakan. Aku baru mau start life. Baru start kerja. Baru start saving. Aku harap before aku ada komitmen bulanan yang besar contohnya installment kereta dan macam2. Ini waktu yang baik untuk aku save duit. By 30 InsyAllah kalau di panjangkan usia. Aku & Glah mesti start renovate rumah kami tinggalan ayahda(macam lagu liza abdullah pulak kan?). So aku mesti ada target. *sambil lukis2 atas kertas majong pastu lekat dekat dinding bilik.

Bila kita sampai satu stage dalam hidup kita mestilah rewards diri sendiri. Selain plan bercuti aku tuk reward diri aku tunggang tebalik belajar dulu. aku fikir2 barang haram jadah apa yang aku mau beli untuk menghargai diri sendiri. Beb..kau tunggu orang lain hargai kerja keras kau memang bersarang labah-labah kau tunggu. So mari menghargai diri. yeah.

Ingat mau belikan diri sendiri Lomo kamera. Tapi kalau baru save RM300 sebulan tiba2 beli Lomo kamera pun harga RM300. Memang akulah manusia bangang. Akan aku usahakan jugak nanti dengan nasihat pakar barang2 elektronik begini iaitu adik aku Fawaz. Kalau berbaloi kata dia so aku belilah. Kalau tidak...yaa..tidaklah. So aku decide mau reward diri aku dengan buku. Sejak2 menjadi tua ni. Tiap2 malam aku bertrip sophisticated dengan membaca sebelum tidur. Sekarang aku tengah sibuk2 berlakon sibuk menghabiskan 'where rainbows end' by Cecilia Ahern. 

Oklah, sebelum saya akhiri ceramah saya pada hari ini. Ingin saya mengucapkan selamat hari jadi juga buat kawan saya yang lahir pada tarikh 6 April jaman jepun berasal dari planet marikh. Selamat hari jadi. Semoga beliau terhindar dari gejala penyakit seperti sifilis dan kurap kucing.





A gift from God

Saturday, April 9, 2011

''Yut..kalau kau belum puas hati dengan gaji yang kau dapat dari sana..kau mesti ambil/belajar semua benda yang kau boleh dapat dari sana..xsemestinya duit.x rugi juga tu.. experiences worth hundred times than money..kau boleh guna sampai bila2''(Silviana Hutagalung) such a good advice from such a good friend. 

I'am turning 25 next week..WTF!! 25...
I'm not going to list down my wishessss...
To be honest..i have no wishessss for this year..
However..imma gonna list my appreciation and thankful list..
I have a great family..my mum, all my bros n sistas..yang kadang2 kasi naik darah tinggi aku dengan text2 membina seperti "kak..pinjam ba duit''..pastu x bayar2..omg..sekarang aku tau kenapa aku selalu dalam kategori miskin tegar T____T

I have such a wonderful friendssssss everrr and their family..

kau ada bapak bestfriend kau msg happy birthday n belanja makan n belanja beli baju?? ada?? Thats abah..bapak n mama Faraliza..

Kau ada mum bestfriend kau hantar kuih pagi2 pg opis takut kau x sarapan??? ada?? that ujie punya mum..pastu adik dia siap cakap 'kak bagus kau aku ja bwak kau plg balik kerja ba..satu jln jg'..bukan xmau noim..terlampau bnyk sdh tu..segan maknyah..

Kau ada parents bestfriend kau kasi kau tinggal rumah durang for free pastu hari2 kasi masak kau..kasi masak lagi suru bawak pi opis??? ada?? pastu adek bestfriend kau bawak kau jalan2 KL beli2 barang hari raya..pg2 orang kawen...tinggal2 rmh dia sebab kau mati bosan di rumah belum kerja..blablabla..billion2 kalau aku mau list.. thats Nurfaizah,Ainon,N Abbdullah  family. The best ever

Kau ada bestfriend kasi tinggal free time praktikal...kalau kau pokai kau buli minta job kira sapi..kena bayar RM200 1 hari..kena bawak jalan..blalalalablala..banyak gila babi kalau aku mau list..thats Silviana, Sellina and Boy Hutagalung family.

Kau ada bestfriend yang kasi tinggal ko for free selama kau praktikal..hantar ambil kerja pastu xpayah bayar..pastu selalu kasi nasihat kau benda yang kau x perasan..thats kak pida and family..

Kau ada family yang akan tunggu kau kalau kau pergi Johor? Aku ada..Azizah & Teem family..jamal pun boleh..haha
Negeri 9? Fara & chippo family
KL? unty akulah & Ecah Family
Melaka? Mira & yus family

Kau ada member2 yang kalau kau ada problem kau buli hangout jumpa durang ketawa sampai mati sampai kau lupa kau ada problem?? ada?? aneng, ggiey, mar, fara, sita, ujie,ajie, faiza, sil, nun, baby..member2 adik kau pun kau on ja...miza,peah,fazilah, pikar, apis, noim..member bestfriend kau? fuck..ramai plak..penatlah aku taip..

HELLO!! BE JELESSS OKEYYY??? KAU ADA NI MANUSIA2 begini di sekeliling kau?? ada?? hahaha..neeehhh tiada kan?? 

I must thaxxxx Allah for giving me such a wonderful gift in my life..I Love you Allah..thank you so muchhhhh!!! 

'Tuhan tu terlampau baik dengan kita..kita jak selalu x perasaan'

Mencari sayang di dalam benci

Tuesday, April 5, 2011

Kadang-kadang kita perlu rasa sakit
Itu membuktikan kita masih punya hati
Hati kita masih berfungsi
Berfungsi sebagaimana Allah anugerahkan..

Hati organ manusia yang sangat misteri bukan?
Bukti kebesaran Allah
Dari dasarnya kelihatan sama
Tapi tidak semua orang punya rasa yang sama...

Hati digambarkan indah dalam lukisan
Hakikatnya..cuma seketul darah

Sakit juga membuatkan kita rindu pada Pencipta
Rindu untuk bercerita
Rindu untuk meluah rasa
Mungkin juga di anugerahkan kita rasa sakit kerana Dia juga rindu kepada kita??
Rindu kerena sekian lama kita tidak meminta
Tidak bercerita

Aku berusaha mencari kasih sayang Allah dalam rasa benci atas kesakitan ini..
Allah always know the best
Kita mungkin merancang setapak perjalanan hidup kita
Sedangkan Allah telah merancang keseluruhan hidup kita..kan?