Selamat Hari Raya!!

Sunday, September 11, 2011

*Mengemop lantai blog...
.........
Macam kurang vocabulary rasanya lepas lama xblogging ni..
Atas faktor2 tuntutan perkerjaan, ketiadaan sumber internet, kekurangan masa, kedatangan ramadhan dan sebagainya..dan faktor positive sebenarnya..kepulangan adik-beradik yang ramai membuatkan komunikasi muka-ke-muka berlaku di sini. Aku lupakan sekejap komunikasi maya yang rata-rata aku tidak kenali secara peribadi begitu juga sebaliknya. 

Selamat Hari Raya maaf zahir batin buat semua umat Islam.
Alhamdulillah kita masih di beri peluang untuk menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga peluang untuk kita tahun akan datang masih ada.
Ramadhan kali ini, terus-terang kadang2 aku rasa banyak yang kurang. Ingin aku salahkan kerja sekali lagi. Tapi sebagai wanita matang.hahahahaha. Seharusnya itu salah aku sendiri. Mudah2an murah rezeki, Satu hari nanti aku mahu menjalani ibadah ini di Tanah suci. Sebulan terus. Barulah cool. Satu benda yang aku perasan sepanjang ramdhan ini. Rasanya kekuatan nafsu itu lebih hebat dari bisikan syaitan. Walaupun syaitan pada waktu ini di rantai. Masih ada manusia yang tidak mampu menjalankan ibadah yang sepatutnya pada bulan ini. Belum kira lagi budak2 yang makan dengan bangga dan bangangnya di khalayak ramai. Xkanlah masih syaitan yang salah??

Oklah. sekarang mau pergi beraya dengan silfie. 

Sepanjang Ramadhan dan syawal tahun ini. Setiap kali aku teringat syawal lalu di mana mak cik aku sakit. Allah mengajar kami untuk bersyukur dan berterima kasih rasanya. Setaip kali Allah ingin memberikan kebaikkan, pasti Dia turunkan ujian dahulu.Selalulah bersangka baik dengan Tuhan. kan?