Ceritera

Sunday, November 6, 2011

Salam Idul Adha buat semua yang beragama Islam menurut kad pengenalan diri masing-masing. Setelah lama xmenaip, kali ini aku kira mahu menaip dengan serius. Ok sila kerut kening pegang dahi bancuh segelas nescafe atau lebih canggih old town white coffee.

 Sempena Hari Raya Korban yang indah ini. Aku ingin berkongsi. Eh bukan berkongsi kasih. Mari berkongsi story.......... 
  
 Hari khamis lepas, aku dengan kadar segera mengambil cuti kecemasan untuk menziarahi abah iaitu bapa kepada kawan baik aku, aku kira agak rapat. Abah menghidap kanser paru-paru. Abah ceria seperti selalunya. Kami bercerita keadaan masing-masing. Kami menemankan abah menjalani rawatan hemodialysis (harap maklum aku mls cari ejaan yg tepat a.k.a cuci buah pinggang) Abah bertanya soalan lazim yang ditnyakan oleh semua ibubapa kawan2 aku yang lain. Jodoh. Perkahwinan. Seperti biasa. Aku tiada jawapan untuk itu. Bukan di tangan aku untuk menentu. 
  Abah : Lelaki yang macam mana lagi yang kamu tunggu?
Senyap...(masih tiada jawapan)
  
Namun. Aku tertarik dengan satu pasangan berusia emas di depan hujung sebelah kanan kami. Berusia lewat 60an atau 70an aku kira. Sedang si isteri menjalani rawatan, suaminya aku lihat tidak berganjak dari tempat duduk. Cuba membuatkan isterinya berasa lebih selesa mungkin. Rawatan ini mengambil masa dalam 4 ke 5 jam lebih kurang. Dia masih di sisi isterinya selama empat jam itu. Membetulkan selimut. Jarum dan wayar2 yang berlingkar. 

Jawapan aku untuk soalan abah. Lelaki seperti itu. Abah senyum.
  
 Semua manusia normal aku rasa mahu berkahwin. Jangan cakap aku boleh hidup seorang diri yang penting ada duit. ada kawan2. tidak sama. nurse yang di bayar untuk menjaga kita sewaktu sakit tidak akan sehebat itu. Dia cuma menjalankan tugas kerana tugas. bukan kerana sayang. jangan cakap isteri/suami itu menyusahkan. anak-anak itu beban. nanti kau tahu nilainya bila kau berada di katil hospital seperti mereka. Atau di saat2 akhir hidupmu seperti arwah bapa. Seingat aku, mama adalah orang yang mengajar kalimah syahadah kepada arwah bapa sebelum dia menghembus nafas terakhir. Mama adalah orang yang tidur di atas tikar nipis di atas lantai demi meneman arwah. mengelap muntah, menyuci najis, memandikan dan membisikkan di telinga arwah 'pergilah..jangan risau tentang kami' pada saat terakhir hidupnya. Tugas ini tidak di lakukan oleh nurse atau kawan2.

Melihat golongan emas ini juga mengingatkan aku kepada kata-kata prof muhaya. Fizikal cuma mewakili 1% daripada diri seorang manusia. dan 99% adalah roh(soul). Kalau kita sayang seseorang. Kita sayang rohnya. Bukan fizikal. Kerana fizikal berubah. Secantik mana pun perempuan. pasti akan tua. tapi roh tidak pernah berubah. Fizikal berubah, roh tetap roh yang sama. 

 Frasa 'Cinta memerlukan pengorbanan' sering di salah tafsir. Kalau golongan remaja, sanggup berkorban wang ringgit, sanggup berkorban 'dara' demi cinta. dulu aku tidak setuju dengan statement ini. sekarang aku faham. bukan pengorbanan mengarut2. maksudnya, kita sanggup berkorban masa dan keselesaan untuk seseorang. sanggup jatuh bangun bersama. susah senang bersama. sihat sakit bersama. dan menjalani hari tua bersama.  
   

Dan aku juga semakin faham bahawa. Sayang bukan bermaksud memiliki. Sedangkan diri kita sendiri bukan milik kita. Kita cuma di pinjamkan untuk menemani antara satu sama lain dan merasa nikmat bahagia berkasih sayang sesama manusia. Oleh itu, andai kata orang yang kita sayang di jemput Allah. Kalau sayang kita mesti merelakan. Kerna Allah lebih sayang. Andai kata kita bukan di tentukan untuk menemani lelaki/perempuan yang berkasih dengan kita pada waktu ini. Jangan marah. Mungkin Allah menetapkan orang yang lebih baik menjadi teman kita.  Tapi, selagi dia menjadi peneman kita. Jagalah dia sebaik mungkin. Sesuatu yang kita pinjam harus kita kembalikan dalam keadaan yang paling baik bukan? Apalagi yang kita pinjam dari Allah. 

Wallahualam. Aku bukan orang yang pandai dalam soal ini. Ini cuma apa yang aku rasa. Nitez