Main kahwin-kahwin

Monday, November 29, 2010

Menjelang musim cuti persekolahan dan hujung tahun. Ramai kawan2 aku melangsungkan perkahwinan. yala, cuti sekolah. musim mengawan. Boleh dikatakan setiap minggu aku dijemput untuk menghadirkan diri di majlis mereka. oleh sebab itu aku malas balik KK. hahaha. plus tiada RM untuk membeli hadiah setiap minggu. Aku doakan kebahagiaan mereka dari jauh. SELAMAT PENGANTIN BARU! aku sound awal2 aku di kejauhan. jadi jangan cari saya! haha

FRUST???

Tuesday, November 23, 2010

Sejak aku deaktif fb ni ramai pula manusia2 mencari aku. Tiba2 durang rajin pula mesej aku..Ada yang siap tanya kenapa aku deactvated? sebab aku frust kah? hahahahahaa. Tah dari mana durang ni dapat berita. Manakala bercinta pun tidak lalu bagaimana pula tiba2 aku frust??? Berapa ramai yang tau aku deactivated sebab aku cenderung ke arah addicted kpd fb? sampai aku sakit kepala dan tidur di ruang tamu lalu makcik aku balik ketuk2 dan gegar2 pintu aku xsedar..dan dia terpaksa panggil student dia untuk kasi pecah pintu..

Lepas ni aku mesti belajar make-up. Siapa tahu dalam seminggu ni aku bakal di wawancara kerana di katakan mengactivated fb gara2 frust bercinta..Aku juga mahu kelihatan menawan di kaca telebisen. Bersua lagi kita di TV8 hendaknya..siaran ulangan berbayar di TV9..atau cuma di Radio Sabah.FM mungkin..

Mencari seorang amah? Sila telipaun saya..

Percaya atau tidak(ayat aku ni lama2 macam misteri nusantara pula rasanya). Ulang. Percaya atau tidak, sejak aku deaktif fb. ceehh..mcm sebulan sudah deaktif padahal satu hari baru. Ulang. Percaya atau tidak, sejak aku deaktif fb. Tidur aku semakin teratur. Jam12 adalah masa tidur yang ideal bagi penganggur berjaya macam aku. Paling lambat adalah jam2 pagi. Masa masa lapang terbuang di depan tv dengan menonton dvd blue..eh eh...maksud aku dvd MOVIE! nasib pak cik aku ni ada collection cerita2 best..Hello..Al Pacino punya muvie okey..tapi mostly cerita2 lama lah..First time aku nonton pretty women. okeylah..Xla mantap betul cerita tu. Bolehlah layan sambil makan2 kerepek dan minum teh orang kampung.

Cerita pasal teh orang kampung ni. Teh ni untuk pelawas ka apa aku pun kurang pasti. Pokoknya kalau kau minum kau akan cek-in jamban dalam 4 ke 5 kali sehari. Ni kawan aku lah sajez. Aku pun terai lah. Tapi macam kurang berkesan ja..Aku minum 1 mug tapi cek-in jamban paling2 pun 3x. Tah apalah aku makan sampai x boleh di cerna oleh teh yang hebat ini. Ka formula pembancuhan aku yang salah? Dalam instruction tulis 2kali sehari selepas makan tengahari dan malam. 1 sudu teh untuk 1mug. direndam dalam 10minit dan tapis.

Formula pembancuhan aku lebih kurang begini. 1sudu teh direndam dalam air panas. Masukkan sedikit gula. Tambahkan sedikit kopi untuk menghilangkan rasa rumput teh tersebut. Tapis dan minum. Kalau aku bancuh mengikut formula original. Aku merasakan seolah olah seekor kambing yang meminum jus rumput. Aku ubah sedikit mengikut selera kemanusiaan aku. Dan sekurang kurangnya boleh di minum tanpa rasa nerves. Ya, aku nerves kalau makan atau minum makanan haiwan. Adakah formula aku telah merosakkan efek teh tersebut?

Cerita pasal rutin aku pula. Hari2 yang seronok ini aku habiskan dengan bertugas sebagai amah. Aku amah yang dedikasi dan efektif. Hari2 aku bangun sekitar jam8 ke jam9 pagi untuk mengemas rumah. Cuci pingan periuk belanga. Cuci kain. Menyapu. Mop lantai. Jemur kain. Lipat baju. Masak nasik. Jaaaaapppppppp.. Rasanya teh telah menjalankan tugasnya..sambung

jam11.00 pagi

jam11.10pagi

Ok. Sambung. Minggu ni makcik aku akan bertugas pagi. So masak nasik adalah tidak perlu. Aku bab2 masak ni fail. Masak air, telur sardin tu bolehlah juga. Lagipun sudah penat aku kemas2 dapur mop lantai segala kenapa perlu aku kotorkan kembali dengan memasak. HAHHAHA. Aku boleh makan roti sampai makcik aku balik untuk masak. Kalau dia suruh aku masak dia mesti inpom awal2. Kalau tidak dia akan nampak dapur dia tersusun rapi. Bukan apa, kalau aku masak aku takut makcik aku terkejut lalu pengsan ka..sedangkan perempuan mengandung tidak boleh menerima berita2 yang mengejutkan contohnya aku memasak. Kalau di rumah aku sendiri. Aku bertugas sebagai bendahari. Mamaku adalah menteri kewangan yang tidak berkelayakan sama sekali. Metematiknya rosak teruk. Setiap bulan dia merasakan wangnya hilang. Padahal hilang di kedai serbaneka. Adik aku jilah seorang chef yang hebat! aku akui itu. Raya hari tu dia boleh bantai masak 4 ke 5 hidangan seorang diri. Sebijik bawang pun aku xsentuh. Mama aku pun hanya meninjau sekejap2. Sudah gaya manejer fast food. Setiap kali aku cakap aku masak. Adik aku Ani akan soal dengan penuh ragu2 dan muka 150% tidak percaya.."uii jangan buhung ba nor..bukan kau yang masak ni.." kalau daiy..ayatnya lebih kurang begini " eh makan2..nor ni masak..amik ba ati nor kalau dia masak.." T____T

Beberapa hari duduk di rumah makcik aku ni. Aku merasakan bukan makanan di rumahnya sahaja yang semakin berkurang. Sabun cuci piring, sabun cuci kain, pewangi lantai juga berkurang dengan hebatnya. Aku sedikit sebanyak rasa bertnggungjawab atas kekurangan yang terjadi. Sebagai amah yang wangi dan comel..maksud aku di sini..dedikasi dan efisen, efesien..ntah macam mana ejanya yang penting kita sama2 faham. Aku akan membersihkan rumah setiap hari. Lagipun aku memang tiada kerja. Lalu aku buatlah semua ni.

Oklah..cukuplah ni..sekarang aku mau mop lantai. Selepas ini bolehlah aku menghantar resume ke pejabat Najib Tun Razak mungkin. Jawatan pembersih pejabat. Atau dengan tulisan2 aku yang skema ni aku patut hantar resume aku ke bilik berita? atau warkah keadilan mungkin? Aku rasa aku boleh menulis tentang kegiatan sodomi dengan baik jika diberi peluang dan sedikit pengalaman sembelit juga mungkin boleh membantu..HAHAHA..fine xlucu..bye..

Wanita..akal senipis rambutnya~

Monday, November 22, 2010

Aku simpan benda ni sejak aku tingkatan 5 lagi. Aku pun kurang pasti sama ada ni sajak atau cuma tulisan biasa. Makcik aku yang bagi. Tapi satu tulisan yang aku kira agak baik jugalah. Aku ingatkan hilang sudah tulisan ni. Tapi still ada lagi dalam file aku. k la..aku share sini. Atleast kalau hilang aku boleh cari di sini. Owh ya..aku sepatutnya creditkan penulis tulisan ni tapi aku sendiri pun xtau siapa yang tulis..so, harus aku minta maaf awal2 sebab ni bukan tulisan aku dan aku xmau dituduh plagiat tulisan orang..Maaf ya ibu2..saya cuman berkongsi..

Wanita, akal senipis rambutnya..

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka , fikiran dan perasaan lelaki resah.
Masih mncari walau ada segalanya.
Apa yang tiada di dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi andai lelaki itu tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah mereka dengan jalan yang ditunjukkan Allah S.W.T.
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa olehNYA.
Didiklah mereka dengan panduan dariNYA.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta.
Kerana nantinya mereka akan semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan.
Kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka dengan ALLAH, zat yang kekal.
Kerana di situ punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya
Tebalkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah dengan iman
Perasaan selembut sutera
Hiasilah dengan akhlak
Suburkanlah ia, kerana dari situlah nanti mereka akan lihat nilai dan keadilan Rabb.
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.
Ia bukan diskriminasi Allah
Sebaliknya di situlah kasih sayang Allah
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur dan tidak menghiburkan

Tanpa ilmu iman dan akhlak mereka tidak akan lurus
Bahkan semakin bengkok
Itulah hakikat wanita tidak kenal Rabbnya
Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki menjadi huru hara
Lelaki pula janganlah mengharap ketaatan semata mata
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi
Pimpinlah diri kepadaNYA
Jinakkanlah diri kepada ALLAH
Nescaya jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.
Janganlah mengharap isteri smulia Fatimah Az-Zahra
Andai diri tidak sehebat Saidina Ali Karamallahu Wajhah.

Baru aku perasan..entry2 aku semua bersikap tenang..jauh sekali dari diri aku yang sebenar..kadang2 mau muntah sendiri aku baca blog aku..tah apa2 lah..nasib ini bukan blog kemersial yang jual2 barang..lantas tiadalah pembaca yang boleh muntah sama2 aku..hahaha..dan tiada sebarang perkataan berbaur lucah dan maki hamun..woww..aku orang yang suci di laman blog..Tahniah buat diri sendiri!!Anda menang moto!!Terimakasihpawaruutt!! nite nite..

Tentang seseorang~

Sunday, November 21, 2010

Aku hadiahkan tulisan cacamarba ini buat seseorang...

Masa berlalu begitu pantas kan? Cerita tentangmu aku dengar lebih kurang 6 tahun yang lalu
Lucunya kita tidak pernah berkawan pun ketika itu.
lebih lucu lagi..kau mencuri pandang teman baik ku..hahaha
Dan kalau kau tahu.
Aku bersama salah seorang teman mu, yang aku kira agak rapat, setidak tidaknya kau kenal
Tiadalah yang menarik ketika itu.
Kita cuma dalam komuniti yang sama.
Seperti mana aku tidak terdetik melihat kau.
Begitu juga dangan kau.

Tapi entah bagaimana 'rahsia' mu menarik hatiku.
Aku ingat cerita kau.
Kau jujur.
Sedangkan aku mana mampu menceritakan kisah sepahit itu pada orang lain.
Bagi aku kisah sedih kita tiada orang sudi berkongsi tangis.
Bagaimana seorang yang kelihatan begitu gembira setiap ketika sebaliknya menyimpan kisah duka sebegitu.
Aku lihat sayu dalam matamu, mujur saja kau xperasan dan mujur saja kau x menangis..hahaha
Aku faham.
Aku pun sama.
Aku menyimpan kisah luka di sebalik tawa.
Tapi mustahil untuk aku bercerita dengan terbuka kerana ini soal keluarga.

Kita pernah berbicara soal REDHA.
Terkesima aku bila kau menjawab soalan ku dengan pandangan yang berbeza.

Kau BEGITU ISTIMEWA. Kalau kau tau saja. Mungkin kau sendiri tidak menyedarinya.
Soalan itu aku tanyakan dengan ramai orang. Cuma kau menjawabnya. Mungkin yang lain ingat aku bercanda.

Tapi..dalam mengharap REDHA ALLAH. Apakah kita redha atas ketentuannya buat kita? Belum sempat aku bertanya yang ini. Redha itu berat skali bagi ku. Redha kah kau sewaktu kau tahu cita2 yang sudah kau genggam tidak dapat kau teruskan? Sakitnya pada waktu itu. Bagaimana kau menghadapinya?
Ingin aku bertanya padamu soal ini 5tahun lalu..namun kita tidak rapat.. =)

Kalau kau tahu. Kita tidak banyak beza.
Kau sombong orangnya..hahaha
Aku pun sama.
Kita berbicara tapi tidak berteman di sana. Laman yang kita panggil facebook.
Sebenarnya pada waktu itu aku ingin ia kekal begitu.
Facebook itu laman penuh pura2 bagiku.

Kita meminati komik yang sama
'KARTINI'
Aku suka pada ceritanya
Suasana yang sama zaman persekolahan aku dulu
Kau suka pada wataknya.
Mungkin pada lukisannya
Kau memakai nama yang sama dengan watak utama
Waktu kau meminta komik itu dariku
Sememangnya aku ikhlaskan ia buatmu
Aku tau kau akan menjaganya lebih baik dariku
Kerna ia sebahagian hidupmu
Bila suatu benda yang kita sayang
Kita berikan buat orang yang menyayanginya lebih dari kita. Itu berbaloi bagiku
Anggaplah ia hadiah perkenalan kita..

Kau perahsia orangnya
Begitu juga aku
Aku tidak ingin bertanya bimbang kau keberatan bercerita
Kau ada rahsiamu
Aku pun juga

Biarlah segalanya terjadi sendirinya
Aku senang dengan kau
Seolah olah kita sudah kenal sekian lama
Kau sangat menyenangkan
Aku sangat selesa denganmu
Bila kau cakap kau menjadi diri sendiri ketika bersamaku
Aku juga merasa yang sama...

Bezanya....
Kau gemar berkias dalam tutur kata
Aku straight orangnya...hahaha
Orang seni memangnya begitu mungkin
Cuma kadang2 aku lambat memahami kehendak mu
Kau sensetif sedangkan aku tidak...

Berkenalan denganmu seolah olah aku melihat ke dalam cermin
Kita sama2 pincang orangnya...hahaha
Kau ada kisah silam mu
Begitu juga aku
Kau juga mungkin dalam healing process
Begitu juga aku
Kau sembarana dalam kata2
Apatah lagi aku...

Apalagi yang aku ketahui tentang kau?
Singkat sungguh masa buat kita
Kau datang saat aku keliru
Kau menghiburkan sunyiku
Kau gamit sedikit rasa yang telah lama hilang
Kau sembuhkan sedikit luka yang masih bersisa
Selama ini bukan mudah aku membuang rasa ini
Sedikit sebanyak kau membuat aku sayang
Kadang2 kau membuat aku rindu..
Tawamu..sikap kau yang bersahaja..dan semberana..hahahaha

Asal kau tahu saja
Aku ego orangnya atau mungkin sahaja aku tiada keberanian itu
Aku lebih pemalu dari yang kau sangka
Bila kau berundur setapak
Aku berlari lebih jauh darimu
Kau kata kau takut
Aku jauh lebih takut dengan rasa ini
Kalau kau belum bersedia
Aku lagilah tiada kudrat untuk lebih kuat
Tidak kan aku mengejarmu
Biarlah ia terjadi dengan sendirinya kan
Mungkin kalau memang kau belum bersedia
Mana mungkin aku mengetahuinya
Sedangkan kau sendiri tidak pernah berkata apa apa..

Cukuplah. Kalau bercerita tentang kau. Pasti tiada hujungnya
Betul kata kau. Mungkin kita perlukan masa dan sedikit ruang
Ambillah seberapa banyak masa yang kau mahu
Semoga berjumpa apa yang kau cari
Kalau kau datang kembali
Aku terima dengan senang hati
Tapi kalau tidak..
Mungkin memang aku bukan tercipta untukmu
Dan kau bukan buatku..siapa tahu?
Terima kasih buat sedikit waktu bersama mu
Short & sweet..aku menghargainya..

Pesanku.. Janganlah kau takut membuka pintu hatimu sayang..
Pasti Allah temukan kau bidadari yang terbaik untukmu
Kau ingat lagi Surah An-Nur itu?
Aku percaya kau lelaki yang baik
Pasti Allah tetapkan yang terbaik buatmu
Janganlah kau ragu..'dia' pasti datang
Aku harap..
Begitu juga dengan aku..

'lalu jodoh itu bagaimana?' katamu
'Jodoh itu rahasia ALLAH' jawabmu juga

Kalau bukan kau yang Allah tetapkan
Aku mohon damailah hatiku dengan ketentuan NYA
Begitu juga dengan kau...

Tapi kalau kau
Jangan kau bimbang sayang
Kerana tulang rusuk itu tidak kan tertukar
Kerana jodoh itu sudah ada ketetapannya kan?

Berpisah hanya jarak
Kita masih merenung bulan yang sama
Berbumbung langit yang sama
Semoga kau sihat2 selalu hendaknya
Asal kau tau saja..Aku akan selalu rindu kau =)

Hilang untuk satu malam. Penulis :-
*Mengedit sedikit agar tidak kelihatan serabut. Tapi gagal. Sudah aku mention cacamarba. so memang cacamarba lah.
*Mengedit untuk kelihatan kurang over. Lagi gagal. Tulisan yang di taip dalam kadar 20minit dengan perasaan yang paling kuat haruslah kelihatan over. Tulisan asal lebih jujur kerana ditaip tanpa fikir panjang.
*Lagipun, hadiah harus ikhlas. Kalau di ambil balik namanya buruk siku. Tapi aku cuma mau berikan yang lebih baik. Gagal. Aku letakkan kembali di tempat asalnya.
*Semakin aku try edit, semakin serabut pula. semakin aku lost.
*Kesimpulannya. Misi gagal!!! Tahniah

Terima Kasih atas rasa itu~~

Thursday, November 18, 2010

Aku pernah merasai sakitnya apabila suatu hubungan gagal..
Tipulah kalau aku cakap aku cukup kuat..xpernah menangis sebelum tidurku..

Mau basah bantal tiap kali teringat..

Betul kata orang ubatnya cuma waktu..

Akhirnya aku sudah dapat melupakanmu..

Tidak pernah aku kesal pernah bersama denganmu..

Dulu pernah aku merasakan hubungan kita, dan perasaan aku adalah satu kesilapan besar pernah aku buat..

Namun, sekarang aku berterima kasih kerana kau pernah mengajar aku rasa kasih..

Sekurang kurangnya aku pernah merasai pengalaman itu..

Maaf jika pernah melukakanmu..

Aku akui ego aku cukup tinggi pada waktu itu..

Tapi aku harus bagaimana sedangkan kau sendiri sudah berpunya?

Aku bukanlah patung untuk kau datang waktu susah dan pergi saat gembira..

Kita pernah kawan..sebagai kawan memang aku sudi mendengar resahmu..

Tapi pernah kau menjadi kawan aku saat aku pula sengsara??

Bukanlah aku minta di balas..cuma kadangkala aku ingin rasa dihargai..

Aku ingin kau jadi tempat ku bersandar..

Saat kau kata kau sayang aku dan dia..

Aku akur dan tidak apa apa..

Silakan kau cinta dia..siapa aku untuk menghalangnya?

Kau tahu aku percaya pada jodoh?

Andainya kita memang tertulis jodohnya di sana..ia tetap akan berlaku..

Maaf bukan aku tidak bersungguh mengejar cinta mu..

Saat itu aku cuma takut ia melukai hatinya..sedangkan kau pun cinta dia..

Aku sendiri xkan sampai hati melakukan itu..aku tahu dia syg amat pada kau..mungkin lebih dari sygku..dan dia lebih berhak..

Lagi pula..bila aku meletakkan diri di tempatnya..aku tau rasa sakitnya nanti..aku percaya pada karma...andai ia berlaku padaku lalu bagaimana?

Lebih2 lagi kasih syg kita yg kita mulakan dengan ikhlas..aku merasa ia menyimpang ke arah yg lain..itu paling menakutkan aku..

Aku cuma perempuan biasa..senipis rambut cuma akalku..

Aku mengharapkan seseorang yang sudi berjalan di sebelahku..memimpin aku..

Bukan kau tidak baik..

Cuma aku tidak cukup baik buatmu..

Aku doakan kau ditemukan ALLAH dengan yang lebih baik..kerana aku kenal kau..aku kenal hatimu dan kebaikkan mu..sejujurnya aku ikhlas..sebab aku pernah sayang..syg xkan hilang..cuma mungkin kurang..

Terima kasih atas rasa itu..dengan ini...aku lepaskan kau pergi..

Blogger boy

Sunday, November 7, 2010

Boleh cakap tiap-tiap minggu aku menonton ini barang..
Cerita pasal Budi yang buat blog pasal life dia dalam bentuk komik..
Serius macam mana tah buat tu..
Episod tadi..Budi and Maya terjumpa seekor arnab..Budi jaga arnab tu sementara sebelum dapat new owner..so Maya tanya xsayangkah dengan arnab tu..and Budi jawab "Dalam hati memang nak sayang, tapi lebih baik jangan..kan orang punya"..ekceli ni refer untuk Maya yang mengaku ada bf dah..

Somehow...tah kenapa ayat si Budi ni REWIND 3MILLION KALI DALAM OTAK AKU...tolonglah...

~Listing~

Monday, November 1, 2010

Bosannya aku malam ini. Bosan sebab tiada kawan becakap. Kau bayangkan setiap hari bercakap di dinding facebook dan di skrin telipaun??

Okey, tinggal dua paper lagi so im done with my study. InsyALLAH..AMIN ramai2 kawan2..love u..Orang cakap kita merancang Allah yang menentukan..betul..tapi kita masih perlu merancangkan? so dengan ini aku mau menyenaraikan benda2 yang aku teramat2 ingin lakukan after study ni...

1) KERJA
Pertama-tama sekali aku perlukan kerja. bukan kerja amal. kerja untuk menampung hidup..SEBAB AKU PUN PERLU MAKAN NASIK. pencarian kerja akan bermula selepas aku rehat2 seminggu. atau 2... atau aku tak sempat rehat pun..hehe...ya aku perlu duit..sangat..

2) KERETA
Cehhhhh...drive pun belum pandai...sepatutnya aku list lesen memandu dulu kan??haha..suka ati aku laa..ni list aku!

3) MELANCONG
cehhh...ini lagilah..patut sudah kaya baru travell..anyway, aku teringin umrah..aku xmau bincang yg ini..ni antara aku dengan Allah..InsyAllah murah rezeki...

4) RUMAH
Sebenarnya..ini patut di list yang pertama..tapi pastilah memakan belanja yg bukan sedikitkan..rumah..bukannya buah, atau sependa yang murah2 senang dapat. Ini adalah benda yang aku sangat mawuuu..bukan aku mau beli rumah baru. Sebenarnya, aku ingin sekali me"renovate'' rumah keluarga yang meninggalkan banyak kenangan kami dengan arwah bapa. Ia satu2nya rumah yang aku pergi ja aku terbayang dia di mana2. di dapur. di bilik. di luar. di garaj. di toilet. semua tempat. Aku boleh nampak di mana dia baca newspaper, baring2, tengok tv. So, aku sangat2 mahu renovate rumah yang beralamat lot114, Taman Bersatu Putatan itu. kelihatan sangat2lah uzur rumah tu..pasti mmemakan belanja yang besarkan..tapi cepat atau lambat akan aku usahakan..chaiyo2!

cukuplah yang ini dulu..ini impian jangka panjang..xkanlah aku mau list beli jeans hanbag segala kan..ni list penting2 ja..choww..nyte nitee