Tentang seseorang~

Sunday, November 21, 2010

Aku hadiahkan tulisan cacamarba ini buat seseorang...

Masa berlalu begitu pantas kan? Cerita tentangmu aku dengar lebih kurang 6 tahun yang lalu
Lucunya kita tidak pernah berkawan pun ketika itu.
lebih lucu lagi..kau mencuri pandang teman baik ku..hahaha
Dan kalau kau tahu.
Aku bersama salah seorang teman mu, yang aku kira agak rapat, setidak tidaknya kau kenal
Tiadalah yang menarik ketika itu.
Kita cuma dalam komuniti yang sama.
Seperti mana aku tidak terdetik melihat kau.
Begitu juga dangan kau.

Tapi entah bagaimana 'rahsia' mu menarik hatiku.
Aku ingat cerita kau.
Kau jujur.
Sedangkan aku mana mampu menceritakan kisah sepahit itu pada orang lain.
Bagi aku kisah sedih kita tiada orang sudi berkongsi tangis.
Bagaimana seorang yang kelihatan begitu gembira setiap ketika sebaliknya menyimpan kisah duka sebegitu.
Aku lihat sayu dalam matamu, mujur saja kau xperasan dan mujur saja kau x menangis..hahaha
Aku faham.
Aku pun sama.
Aku menyimpan kisah luka di sebalik tawa.
Tapi mustahil untuk aku bercerita dengan terbuka kerana ini soal keluarga.

Kita pernah berbicara soal REDHA.
Terkesima aku bila kau menjawab soalan ku dengan pandangan yang berbeza.

Kau BEGITU ISTIMEWA. Kalau kau tau saja. Mungkin kau sendiri tidak menyedarinya.
Soalan itu aku tanyakan dengan ramai orang. Cuma kau menjawabnya. Mungkin yang lain ingat aku bercanda.

Tapi..dalam mengharap REDHA ALLAH. Apakah kita redha atas ketentuannya buat kita? Belum sempat aku bertanya yang ini. Redha itu berat skali bagi ku. Redha kah kau sewaktu kau tahu cita2 yang sudah kau genggam tidak dapat kau teruskan? Sakitnya pada waktu itu. Bagaimana kau menghadapinya?
Ingin aku bertanya padamu soal ini 5tahun lalu..namun kita tidak rapat.. =)

Kalau kau tahu. Kita tidak banyak beza.
Kau sombong orangnya..hahaha
Aku pun sama.
Kita berbicara tapi tidak berteman di sana. Laman yang kita panggil facebook.
Sebenarnya pada waktu itu aku ingin ia kekal begitu.
Facebook itu laman penuh pura2 bagiku.

Kita meminati komik yang sama
'KARTINI'
Aku suka pada ceritanya
Suasana yang sama zaman persekolahan aku dulu
Kau suka pada wataknya.
Mungkin pada lukisannya
Kau memakai nama yang sama dengan watak utama
Waktu kau meminta komik itu dariku
Sememangnya aku ikhlaskan ia buatmu
Aku tau kau akan menjaganya lebih baik dariku
Kerna ia sebahagian hidupmu
Bila suatu benda yang kita sayang
Kita berikan buat orang yang menyayanginya lebih dari kita. Itu berbaloi bagiku
Anggaplah ia hadiah perkenalan kita..

Kau perahsia orangnya
Begitu juga aku
Aku tidak ingin bertanya bimbang kau keberatan bercerita
Kau ada rahsiamu
Aku pun juga

Biarlah segalanya terjadi sendirinya
Aku senang dengan kau
Seolah olah kita sudah kenal sekian lama
Kau sangat menyenangkan
Aku sangat selesa denganmu
Bila kau cakap kau menjadi diri sendiri ketika bersamaku
Aku juga merasa yang sama...

Bezanya....
Kau gemar berkias dalam tutur kata
Aku straight orangnya...hahaha
Orang seni memangnya begitu mungkin
Cuma kadang2 aku lambat memahami kehendak mu
Kau sensetif sedangkan aku tidak...

Berkenalan denganmu seolah olah aku melihat ke dalam cermin
Kita sama2 pincang orangnya...hahaha
Kau ada kisah silam mu
Begitu juga aku
Kau juga mungkin dalam healing process
Begitu juga aku
Kau sembarana dalam kata2
Apatah lagi aku...

Apalagi yang aku ketahui tentang kau?
Singkat sungguh masa buat kita
Kau datang saat aku keliru
Kau menghiburkan sunyiku
Kau gamit sedikit rasa yang telah lama hilang
Kau sembuhkan sedikit luka yang masih bersisa
Selama ini bukan mudah aku membuang rasa ini
Sedikit sebanyak kau membuat aku sayang
Kadang2 kau membuat aku rindu..
Tawamu..sikap kau yang bersahaja..dan semberana..hahahaha

Asal kau tahu saja
Aku ego orangnya atau mungkin sahaja aku tiada keberanian itu
Aku lebih pemalu dari yang kau sangka
Bila kau berundur setapak
Aku berlari lebih jauh darimu
Kau kata kau takut
Aku jauh lebih takut dengan rasa ini
Kalau kau belum bersedia
Aku lagilah tiada kudrat untuk lebih kuat
Tidak kan aku mengejarmu
Biarlah ia terjadi dengan sendirinya kan
Mungkin kalau memang kau belum bersedia
Mana mungkin aku mengetahuinya
Sedangkan kau sendiri tidak pernah berkata apa apa..

Cukuplah. Kalau bercerita tentang kau. Pasti tiada hujungnya
Betul kata kau. Mungkin kita perlukan masa dan sedikit ruang
Ambillah seberapa banyak masa yang kau mahu
Semoga berjumpa apa yang kau cari
Kalau kau datang kembali
Aku terima dengan senang hati
Tapi kalau tidak..
Mungkin memang aku bukan tercipta untukmu
Dan kau bukan buatku..siapa tahu?
Terima kasih buat sedikit waktu bersama mu
Short & sweet..aku menghargainya..

Pesanku.. Janganlah kau takut membuka pintu hatimu sayang..
Pasti Allah temukan kau bidadari yang terbaik untukmu
Kau ingat lagi Surah An-Nur itu?
Aku percaya kau lelaki yang baik
Pasti Allah tetapkan yang terbaik buatmu
Janganlah kau ragu..'dia' pasti datang
Aku harap..
Begitu juga dengan aku..

'lalu jodoh itu bagaimana?' katamu
'Jodoh itu rahasia ALLAH' jawabmu juga

Kalau bukan kau yang Allah tetapkan
Aku mohon damailah hatiku dengan ketentuan NYA
Begitu juga dengan kau...

Tapi kalau kau
Jangan kau bimbang sayang
Kerana tulang rusuk itu tidak kan tertukar
Kerana jodoh itu sudah ada ketetapannya kan?

Berpisah hanya jarak
Kita masih merenung bulan yang sama
Berbumbung langit yang sama
Semoga kau sihat2 selalu hendaknya
Asal kau tau saja..Aku akan selalu rindu kau =)

Hilang untuk satu malam. Penulis :-
*Mengedit sedikit agar tidak kelihatan serabut. Tapi gagal. Sudah aku mention cacamarba. so memang cacamarba lah.
*Mengedit untuk kelihatan kurang over. Lagi gagal. Tulisan yang di taip dalam kadar 20minit dengan perasaan yang paling kuat haruslah kelihatan over. Tulisan asal lebih jujur kerana ditaip tanpa fikir panjang.
*Lagipun, hadiah harus ikhlas. Kalau di ambil balik namanya buruk siku. Tapi aku cuma mau berikan yang lebih baik. Gagal. Aku letakkan kembali di tempat asalnya.
*Semakin aku try edit, semakin serabut pula. semakin aku lost.
*Kesimpulannya. Misi gagal!!! Tahniah

0 suka conteng:

Post a Comment