Itu bukan aku

Monday, March 28, 2011

Perkenalan alam maya ni sebenarnya banyak merubah kita menjadi orang lain. Bila orang tanya 

Siapa ntah : cantik ba kau ni
Aku : Kau salah orang..itu bukan aku..itu gambar..gambar boleh menipu..kenapa orang percaya dengan gambar??

Kita berusaha menjadi yang terbaik di mata orang. Di dalam gambar. Gambar boleh di edit. Kau pernah nampak aku di luar? sebenarnya aku x cantik pun. Kalau gambar tu aku pandai edit. aku tulis di sebelah 'ilusi semata-mata'..ok start sekarang. Kau boleh remove aku dan menyesal awal2. sebab sesal kemudian tidak berguna. HAHAHA

Untuk memenangi hati orang yang kita suka/admire/ada hati kita sanggup jadi seseorang yang bukan diri kita kan? Kalau orang yang kita admire tu minat benda contohnya muziklah. tiba-tiba kita minat muzik yang sama. berusaha mencari tahu. google. yahoo. youtube. semua medium kita guna untuk mencari maklumat. asal ada bahan untuk bercerita. mencari bahan untuk bercerita tidak salah. kata pun minat kan. mesti ada usaha. tapi trying too hard pun x guna juga. sebab hakikatnya itu bukan benda yang kita minat. Hasilnya..akhirnya orang akan tahu juga.

Baru-baru ni makcik aku sjez sorang lelaki ni. yang pernah tanya aku dari dia. kami pernah jumpa sekali. tapi aku x intention pun untuk add2 FB atau apa2. Hai2 n bye. Jumpa pun pasal apply GSTT sma2. Makcik aku cakap lebih kurang ''aku mau suruh dia add kau..tapi gambar2 kau dulu ok?'' aku pun jawab oklah. maksud? makcik aku jawab ''Dia kan uztaz2..sooo faham2lah''.

Di sini..memang aku agak segan juga coz GSTT yang aku apply tu untuk uztazah2. so kalauu dia nampak gambar2 lama aku. segan gua beb..adakah apply jadi uztazah tiba2 nampak muka aku jalan2 melaka pakai short..hahaha..tapi itukan dulu2. Tapi aku nekad tuk tidak membuang gambar2 lama atau sebagainya. itu masih aku. kalau dia ikhlas untuk berkawan. Aku masih orang yang sama. 100% orang yang sama. Yang berubah cuma penampilan. Cara berpakaian. Dia terimalah aku seadanya. Aku tidak mampu berubah untuk orang lain. Aku cuma mau berubah benda yang patut aku ubah untuk diri aku dan Allah. Selain daripada itu. Aku tidak mahu. Jelas?

Kenapa kita harus berubah kepada seseorang yang bukan diri kita? selama mana ia mampu bertahan?? Berubah kerana Allah itu perlu. Terus terang aku cakap aku sendiri pun dalam rangka promosi diri..ehhh..rangka 'mujahadah'. Bukan senang mahu berubah. Kadang-kadang aku kalah. Namanya juga aku manusia. Tapi untuk orang lain hanya demi meng'impress'kan dia. lebih baik tidak. terimalah aku begini. kalau ada yang salah tunjukkanlah aku jalannya. Berubah untuk kebaikkan tu xpalah. Tapi setakat untuk memenuhi kriteria orang lain..aku rasa xperlu..

kalau dia seorang uztaz..aku xperlu jadi uztazah2 untuk berkenalan dengan dia
kalau dia seorang kaki bola..aku xperlu hafal nama setiap pemain n minat khairul fahmi untuk kagumkan dia
aku xkan hafal jenama2 barang branded untuk berkawan dengan orang kaya
aku xkan mengkaji tentang penyakit sifilis untuk berkenalan dengn doktor
kenapa kita selalu cuma kagumkan orang dengan benda yang sama? kononnya kita cari persamaan supaya kita boleh berkawan. apa salahnya dengan perbezaan? bukankah perbezaan boleh membuatkan kita berkongsi. Cthnya movie..aku suka movie ni..kau suka movie lain..kan boleh tukar2 tu? ok kau tgk ni..aku tgk ni..ok?? best?? kan ada bahan cerita tu? so kenapa mesti sama? so kenapa mesti pretend yang kita minat benda yang sama?

penutup(macam karangan la pulak kan? hahaha). Sama ada aku yang dulu atau aku yang yang sekarang. Yang berubah cuma luaran. aku masih orang yang sama. Aku xkisah orang tahu atau tidak. Yang penting Allah, kawan2, family aku masih kenal aku..

Bila kita terlalu berusaha menjadi selain watak kita sendiri. Tanyalah dalam hati ''selama mana kita mampu menipu?''

lelaki tu x add aku pun..hahahaha..memang ada gf lah kot..ade mak kisah nyah? hehehe..lagipun. kalau demi sesi suai kenal aku di minta berubah jadi orang yang bukan aku. lebih baik xpayah. senang cakap..aku bukan pelakon yang baik..aku cuma mampu bawa watak aku sendiri sahaja. lagi satu. aku bukan manusia hebat yang tiada dosa. itu bukan aku. aku cuma watak biasa. manusia yang tidak lepas berbuat salah. kalau suci dari dosa. maaf. itu bukan aku.

''its better to be hated for what you are than to be loved for what your not"
— Marilyn Monroe

kenapa?

Thursday, March 24, 2011

Kali ini bukan untuk bacaan umum..maaf atas pengguna bahasa yang tidak teratur.

Ada satu perasaan berat untuk aku luah. aku perlu medium ini.

1. Abah

abah. atau bapa kepada kawan aku fara, menghidap kanser paru-paru stage 4. aku sangat rapat dengan abah. tapi sejak aku balik sabah aku x masa pergi jumpa abah. minggu lalu fara ada cakap abah sakit. aku tau abah memang ada sakit buah pinggang. aku cakap dengan fara aku x transport mau pegi lawat. 

tadi fara suruh kol. aku kol sekejap. fara bagitau abah selalu xdapat tidur. sesak nafas. dr cakap abah kena kanser. n final stage. aku tergamam...........sorry abah..aku mesti datang minggu ni...

2. Jodoh

aku ada seorang makcik yang kerja part time sebagai mutawwif. 2 minggu lepas dia pergi membawa jemaah umrah. macam biasa aku aka msg dia suruh doakan aku. biasanya doa result exam yg bagus. tapi aku sudah habis study. so aku minta doakan kesihatan. rezeki yang baik. 

ada satu malam aku terbangun sekitar jam2. aku teringat seseorang. ada satu rasa yang tersangat-sangat berat . amat-amat berat aku rasa. aku xtau apa. satu perasaan yang...........sumaph aku xtau apa tapi rasa berat betul.....aku takut dengan rasa ini..sangat takut...aku bukan benci dengan perasaan cinta..bukan..tapi aku takut....aku x pandai handle benda ni...kalau aku sakit...MENGAMBIL MASA BERTAHUN TAHUN untuk sembuh....

Tolonglah Ya Allaaaaaaahhhhhhhhhh...jauhkanlah rasa ini kalau dia bukan untuk aku...buangkanlah perasaan ini kalau perlu..bukan niat aku untuk membenci..aku mau kembali perasaan aku yang dulu..ini malam kedua aku begini..besok aku mesti kerja...bukan rasa ini yang aku perlu....

jam4 pagi..aku msg makcik aku yang di Mekah...
''Tolong doakan jodoh yang terbaik untuk aku'' lebih kurang *apa yang terbaik Allah bagi untuk aku..Aku redha...mesti makcik aku cakap..kenapa sewel sudah budak ni??

AKU PERLU MENANGIS SEKARANG

TOLANGLAH CARIKAN AKU MESIN CUCI OTAK DAN CUCI HATIIIII...TOLONGLAHHHH..AKU PERLUUU...


Bulu hidung

Thursday, March 17, 2011

Kenapa post aku sejak akhir-akhir ni macam orang mati laki....

Rasanya aku pernah post pasal pengangguran berjaya aku..
biar aku cerita plak hidup aku sebagai karier women yang 'best amat' ini..
aku berkerja dengan kampeni penghantaran pasti sampai esuk sebagai kuli..
tukang kira duit..kulilah tu..xkan bos plak??
aku bukan despatch..bukan..kalau despatch pakai bahasa macam ni...

hari-hari gua kira duit kampeni..bayar hutang kutip hutang..
duit kampeni semakin bertambah dan duit gua makin bertambah kurang..

Jam lonceng.loceng ka lonceng?
semula
Jam loceng gua start menangis jam5 pagi
lepas gua snooze 45kali gua berjaya bangun jam5.45pm
gua siap2 mandi terus gua update status 'hadir' sama ketua bumi.
gua memang xpernah on time update status ni..
adek gua 'uztaz coklat' pernah tegur gua.
'kalau dekat sabah ni lu kena update status jam5.30' 
Ketua bumi online awal sikit dari tempat lu skolah dulu!! +_+

Gua keluar rumah jam7. gua rembat kueh 2keping + milo 3 in 1 terus gua sarung selipar getah.
Dengan penuh yakin gua melangkah menuju opis gua.
Dalam perjalanan ke bustop gua rembat mee seringgit buat makan lunch.

Pagi tadi gua tunggu bus macam haram jadah bus x layan pun gua.
Dorang layan budak2 skolah yang sibuk2 juga merempat sekitar kk seawal jam7.
Gua sarankan kerajaan jangan bagi cuti sama budak2 ni.
Menghabis duit mama bapak! Kalau gua lebih apdal kiranya jam2 gua sehari2 di buat berhibernasi.

20minit kemudian gua nampak bus kosong. gua tendang macik sebelah masuk longkang. gua duduk depan pasang seatbelt. 

gua fikir2 gua xkan sempat sampai opis on time.
gua nekad ambil taxi.
Ni gua saran jabatan keretapi negeri sabah kalau boleh buat landasan sampai opis gua. ada happy sikit hati gua pergi kerja.

kesimpulannya! gua cuma mau cerita abang taxi tadi menghantui gua sepanjang hari ini. 

gua nasihatkan pada pemandu taxi. kalau ada masa terluang tu tolonglah tolong gunting bulu hidung. sampai sekarang gua terbayang bulu hidung abang taxi tu menari-nari di luar lubang hidung. 

gua sampai opis gua hulur 10ringgit dengan harapan tinggi supaya abang taxi tadi beli gunting bulu hidung.

selamat malam.  


Asing..

Sunday, March 13, 2011


Kita..merupakan dua jasad asing
Bertemu di tempat yang asing
.
.
.
.
Sekarang..
Kita mula berbahasa asing
Tidak mampu aku terjemahkan lagi
Perasaan asing ini (aku perlu kamus baru barangkali)

Hari sudah petang..
Kau sudah melangkah pergi
Eh..aku juga harus pulang
Kenapa aku masih terus di sini??
Ini bukan tempat aku
Aku terasa asing di sini
Biarlah aku pergi
Dan
Cuba belajar memahami perasaan asing ini..



Orang Kecil




Ruang sunyi tanpa tamu..

Wednesday, March 9, 2011

11.13a.m
Hitung kira darab bahagi tambah tolak..lama jugak rupanya aku x blogging ni. 
*fuh fuh..lap2 habuk kasi bersih sikit ini kediaman tanpa tamu.
  
Maaflah ruang sunyi tanpa tamu. Aku melawat cuma kadang-kadang buat pengubat rindu. Maaf kerana tidak dapat sering bertemu. Masa aku di curi 96.76%(ini kau boleh kira pakai formula siti sipir) oleh ruang realiti yang sebenarnya menetapkan sekalian makhluk hidup untuk berterbangan di bumi Tuhan mencari rezeki. Aku tidak terkecuali. 

Apa khabarmu ruang sunyi tanpa tamu? seperti biasa aku bertandang untuk bersembang. Mari kita bercerita tentang kehidupan...seperti yang kau tahu. Menjelang 25tahun kehidupan..25? wtf? 25?? serius wtf?!..eh eh..maaf ruang sunyi atas ketelanjuran kata-kata kasar tadi. Rasanya baru semalam berumur 15 tahun lompat pagar sekolah, escape prep malam, kena rotan uztaz time ketawa2 baca majalah ujang. Kini sudah berumur 25. eh. pembetulan 24.88 tahun. Round up. 25 juga kan? wtf!?

Ruang sunyi...aku baru ingin menetapkan kehidupan di satu garis yang lebih lurus..lebih baik, lebih teratur dan selesa. selesa x selesa sangatlah. Masa seolah-olah terlalu cepat. atau akukah yang bergerak lambat. sedangkan keretapi sabah pun sudah mulai bergerak pantas. Bukan mahu mengeluh itu tidak cukup ini kurang.   tapi aku seolah tidak sabar mahu kehidupan ini jadi lebih baik. Kalau kau faham ruang sunyi..

ehh..di mana ntah sudah aku membebel ni.  

Yang pasti ruang sunyi. semakin aku fikirkan. seolah-olah semakin panjang keluhan aku. sedangkan diberikan   kehidupan itu sudah sepatutnya aku syukuri. ntahlah..macam gundah x bersebab pun ada juga. Walhal aku ni bukan pencinta wang pun. pencinta wanita lagilah bukan. 

Benarlah kata Umar bin Al-khatab 'tidak akan kau berasa gundah jika kau tahu apa yang kau cari'

Terima kasih atas sedikit waktumu ruang sunyi. Semoga bertemu lagi. jangan kau risau. Aku akan terus mencari...

Yang benar..Tamu dalam kesempatan waktu.. 

Escape..

Sunday, March 6, 2011

Carikan aku suatu tempat yang selamat dan selesa. Kadang-kadang aku juga mahu lari dari keadaan......Kalaulah hidup ni kita boleh 'escape'...kalaulah..