Ruang sunyi tanpa tamu..

Wednesday, March 9, 2011

11.13a.m
Hitung kira darab bahagi tambah tolak..lama jugak rupanya aku x blogging ni. 
*fuh fuh..lap2 habuk kasi bersih sikit ini kediaman tanpa tamu.
  
Maaflah ruang sunyi tanpa tamu. Aku melawat cuma kadang-kadang buat pengubat rindu. Maaf kerana tidak dapat sering bertemu. Masa aku di curi 96.76%(ini kau boleh kira pakai formula siti sipir) oleh ruang realiti yang sebenarnya menetapkan sekalian makhluk hidup untuk berterbangan di bumi Tuhan mencari rezeki. Aku tidak terkecuali. 

Apa khabarmu ruang sunyi tanpa tamu? seperti biasa aku bertandang untuk bersembang. Mari kita bercerita tentang kehidupan...seperti yang kau tahu. Menjelang 25tahun kehidupan..25? wtf? 25?? serius wtf?!..eh eh..maaf ruang sunyi atas ketelanjuran kata-kata kasar tadi. Rasanya baru semalam berumur 15 tahun lompat pagar sekolah, escape prep malam, kena rotan uztaz time ketawa2 baca majalah ujang. Kini sudah berumur 25. eh. pembetulan 24.88 tahun. Round up. 25 juga kan? wtf!?

Ruang sunyi...aku baru ingin menetapkan kehidupan di satu garis yang lebih lurus..lebih baik, lebih teratur dan selesa. selesa x selesa sangatlah. Masa seolah-olah terlalu cepat. atau akukah yang bergerak lambat. sedangkan keretapi sabah pun sudah mulai bergerak pantas. Bukan mahu mengeluh itu tidak cukup ini kurang.   tapi aku seolah tidak sabar mahu kehidupan ini jadi lebih baik. Kalau kau faham ruang sunyi..

ehh..di mana ntah sudah aku membebel ni.  

Yang pasti ruang sunyi. semakin aku fikirkan. seolah-olah semakin panjang keluhan aku. sedangkan diberikan   kehidupan itu sudah sepatutnya aku syukuri. ntahlah..macam gundah x bersebab pun ada juga. Walhal aku ni bukan pencinta wang pun. pencinta wanita lagilah bukan. 

Benarlah kata Umar bin Al-khatab 'tidak akan kau berasa gundah jika kau tahu apa yang kau cari'

Terima kasih atas sedikit waktumu ruang sunyi. Semoga bertemu lagi. jangan kau risau. Aku akan terus mencari...

Yang benar..Tamu dalam kesempatan waktu.. 

0 suka conteng:

Post a Comment