Itu bukan aku

Monday, March 28, 2011

Perkenalan alam maya ni sebenarnya banyak merubah kita menjadi orang lain. Bila orang tanya 

Siapa ntah : cantik ba kau ni
Aku : Kau salah orang..itu bukan aku..itu gambar..gambar boleh menipu..kenapa orang percaya dengan gambar??

Kita berusaha menjadi yang terbaik di mata orang. Di dalam gambar. Gambar boleh di edit. Kau pernah nampak aku di luar? sebenarnya aku x cantik pun. Kalau gambar tu aku pandai edit. aku tulis di sebelah 'ilusi semata-mata'..ok start sekarang. Kau boleh remove aku dan menyesal awal2. sebab sesal kemudian tidak berguna. HAHAHA

Untuk memenangi hati orang yang kita suka/admire/ada hati kita sanggup jadi seseorang yang bukan diri kita kan? Kalau orang yang kita admire tu minat benda contohnya muziklah. tiba-tiba kita minat muzik yang sama. berusaha mencari tahu. google. yahoo. youtube. semua medium kita guna untuk mencari maklumat. asal ada bahan untuk bercerita. mencari bahan untuk bercerita tidak salah. kata pun minat kan. mesti ada usaha. tapi trying too hard pun x guna juga. sebab hakikatnya itu bukan benda yang kita minat. Hasilnya..akhirnya orang akan tahu juga.

Baru-baru ni makcik aku sjez sorang lelaki ni. yang pernah tanya aku dari dia. kami pernah jumpa sekali. tapi aku x intention pun untuk add2 FB atau apa2. Hai2 n bye. Jumpa pun pasal apply GSTT sma2. Makcik aku cakap lebih kurang ''aku mau suruh dia add kau..tapi gambar2 kau dulu ok?'' aku pun jawab oklah. maksud? makcik aku jawab ''Dia kan uztaz2..sooo faham2lah''.

Di sini..memang aku agak segan juga coz GSTT yang aku apply tu untuk uztazah2. so kalauu dia nampak gambar2 lama aku. segan gua beb..adakah apply jadi uztazah tiba2 nampak muka aku jalan2 melaka pakai short..hahaha..tapi itukan dulu2. Tapi aku nekad tuk tidak membuang gambar2 lama atau sebagainya. itu masih aku. kalau dia ikhlas untuk berkawan. Aku masih orang yang sama. 100% orang yang sama. Yang berubah cuma penampilan. Cara berpakaian. Dia terimalah aku seadanya. Aku tidak mampu berubah untuk orang lain. Aku cuma mau berubah benda yang patut aku ubah untuk diri aku dan Allah. Selain daripada itu. Aku tidak mahu. Jelas?

Kenapa kita harus berubah kepada seseorang yang bukan diri kita? selama mana ia mampu bertahan?? Berubah kerana Allah itu perlu. Terus terang aku cakap aku sendiri pun dalam rangka promosi diri..ehhh..rangka 'mujahadah'. Bukan senang mahu berubah. Kadang-kadang aku kalah. Namanya juga aku manusia. Tapi untuk orang lain hanya demi meng'impress'kan dia. lebih baik tidak. terimalah aku begini. kalau ada yang salah tunjukkanlah aku jalannya. Berubah untuk kebaikkan tu xpalah. Tapi setakat untuk memenuhi kriteria orang lain..aku rasa xperlu..

kalau dia seorang uztaz..aku xperlu jadi uztazah2 untuk berkenalan dengan dia
kalau dia seorang kaki bola..aku xperlu hafal nama setiap pemain n minat khairul fahmi untuk kagumkan dia
aku xkan hafal jenama2 barang branded untuk berkawan dengan orang kaya
aku xkan mengkaji tentang penyakit sifilis untuk berkenalan dengn doktor
kenapa kita selalu cuma kagumkan orang dengan benda yang sama? kononnya kita cari persamaan supaya kita boleh berkawan. apa salahnya dengan perbezaan? bukankah perbezaan boleh membuatkan kita berkongsi. Cthnya movie..aku suka movie ni..kau suka movie lain..kan boleh tukar2 tu? ok kau tgk ni..aku tgk ni..ok?? best?? kan ada bahan cerita tu? so kenapa mesti sama? so kenapa mesti pretend yang kita minat benda yang sama?

penutup(macam karangan la pulak kan? hahaha). Sama ada aku yang dulu atau aku yang yang sekarang. Yang berubah cuma luaran. aku masih orang yang sama. Aku xkisah orang tahu atau tidak. Yang penting Allah, kawan2, family aku masih kenal aku..

Bila kita terlalu berusaha menjadi selain watak kita sendiri. Tanyalah dalam hati ''selama mana kita mampu menipu?''

lelaki tu x add aku pun..hahahaha..memang ada gf lah kot..ade mak kisah nyah? hehehe..lagipun. kalau demi sesi suai kenal aku di minta berubah jadi orang yang bukan aku. lebih baik xpayah. senang cakap..aku bukan pelakon yang baik..aku cuma mampu bawa watak aku sendiri sahaja. lagi satu. aku bukan manusia hebat yang tiada dosa. itu bukan aku. aku cuma watak biasa. manusia yang tidak lepas berbuat salah. kalau suci dari dosa. maaf. itu bukan aku.

''its better to be hated for what you are than to be loved for what your not"
— Marilyn Monroe

0 suka conteng:

Post a Comment