Ceritera

Sunday, November 6, 2011

Salam Idul Adha buat semua yang beragama Islam menurut kad pengenalan diri masing-masing. Setelah lama xmenaip, kali ini aku kira mahu menaip dengan serius. Ok sila kerut kening pegang dahi bancuh segelas nescafe atau lebih canggih old town white coffee.

 Sempena Hari Raya Korban yang indah ini. Aku ingin berkongsi. Eh bukan berkongsi kasih. Mari berkongsi story.......... 
  
 Hari khamis lepas, aku dengan kadar segera mengambil cuti kecemasan untuk menziarahi abah iaitu bapa kepada kawan baik aku, aku kira agak rapat. Abah menghidap kanser paru-paru. Abah ceria seperti selalunya. Kami bercerita keadaan masing-masing. Kami menemankan abah menjalani rawatan hemodialysis (harap maklum aku mls cari ejaan yg tepat a.k.a cuci buah pinggang) Abah bertanya soalan lazim yang ditnyakan oleh semua ibubapa kawan2 aku yang lain. Jodoh. Perkahwinan. Seperti biasa. Aku tiada jawapan untuk itu. Bukan di tangan aku untuk menentu. 
  Abah : Lelaki yang macam mana lagi yang kamu tunggu?
Senyap...(masih tiada jawapan)
  
Namun. Aku tertarik dengan satu pasangan berusia emas di depan hujung sebelah kanan kami. Berusia lewat 60an atau 70an aku kira. Sedang si isteri menjalani rawatan, suaminya aku lihat tidak berganjak dari tempat duduk. Cuba membuatkan isterinya berasa lebih selesa mungkin. Rawatan ini mengambil masa dalam 4 ke 5 jam lebih kurang. Dia masih di sisi isterinya selama empat jam itu. Membetulkan selimut. Jarum dan wayar2 yang berlingkar. 

Jawapan aku untuk soalan abah. Lelaki seperti itu. Abah senyum.
  
 Semua manusia normal aku rasa mahu berkahwin. Jangan cakap aku boleh hidup seorang diri yang penting ada duit. ada kawan2. tidak sama. nurse yang di bayar untuk menjaga kita sewaktu sakit tidak akan sehebat itu. Dia cuma menjalankan tugas kerana tugas. bukan kerana sayang. jangan cakap isteri/suami itu menyusahkan. anak-anak itu beban. nanti kau tahu nilainya bila kau berada di katil hospital seperti mereka. Atau di saat2 akhir hidupmu seperti arwah bapa. Seingat aku, mama adalah orang yang mengajar kalimah syahadah kepada arwah bapa sebelum dia menghembus nafas terakhir. Mama adalah orang yang tidur di atas tikar nipis di atas lantai demi meneman arwah. mengelap muntah, menyuci najis, memandikan dan membisikkan di telinga arwah 'pergilah..jangan risau tentang kami' pada saat terakhir hidupnya. Tugas ini tidak di lakukan oleh nurse atau kawan2.

Melihat golongan emas ini juga mengingatkan aku kepada kata-kata prof muhaya. Fizikal cuma mewakili 1% daripada diri seorang manusia. dan 99% adalah roh(soul). Kalau kita sayang seseorang. Kita sayang rohnya. Bukan fizikal. Kerana fizikal berubah. Secantik mana pun perempuan. pasti akan tua. tapi roh tidak pernah berubah. Fizikal berubah, roh tetap roh yang sama. 

 Frasa 'Cinta memerlukan pengorbanan' sering di salah tafsir. Kalau golongan remaja, sanggup berkorban wang ringgit, sanggup berkorban 'dara' demi cinta. dulu aku tidak setuju dengan statement ini. sekarang aku faham. bukan pengorbanan mengarut2. maksudnya, kita sanggup berkorban masa dan keselesaan untuk seseorang. sanggup jatuh bangun bersama. susah senang bersama. sihat sakit bersama. dan menjalani hari tua bersama.  
   

Dan aku juga semakin faham bahawa. Sayang bukan bermaksud memiliki. Sedangkan diri kita sendiri bukan milik kita. Kita cuma di pinjamkan untuk menemani antara satu sama lain dan merasa nikmat bahagia berkasih sayang sesama manusia. Oleh itu, andai kata orang yang kita sayang di jemput Allah. Kalau sayang kita mesti merelakan. Kerna Allah lebih sayang. Andai kata kita bukan di tentukan untuk menemani lelaki/perempuan yang berkasih dengan kita pada waktu ini. Jangan marah. Mungkin Allah menetapkan orang yang lebih baik menjadi teman kita.  Tapi, selagi dia menjadi peneman kita. Jagalah dia sebaik mungkin. Sesuatu yang kita pinjam harus kita kembalikan dalam keadaan yang paling baik bukan? Apalagi yang kita pinjam dari Allah. 

Wallahualam. Aku bukan orang yang pandai dalam soal ini. Ini cuma apa yang aku rasa. Nitez

Perempuan itu

Sunday, October 16, 2011

Perempuan itu...
Setiap kali aku mengeluh penat berkerja..
Perempuan itu menjawab..
Aku berkerja menjaga anak-anakku bertahun-tahun. Penat. Tidak pula dibayar gaji.

Aku mengadu tertekan..
Perempuan itu menjawab.
Aku penghidap schizophrenia. Nyata aku lebih tertekan.

Aku mengadu aku sunyi.
Perempuan itu menjawab..
Aku kematian suami..siapa yang lebih sunyi?

Aku bertanya pada perempuan itu..
Kamu cantik sekali..kamu bahagia?
Aku bahagia kata perempuan itu..
Bagaimana?? kataku..
Aku bersyukur apa yang Allah bagi.
Aku redha apa yang Allah belum atau tidak bagi.
Aku ada kamu. anak-anak ku.

Perempuan itu..Dia ibuku..

Selamat Hari Raya!!

Sunday, September 11, 2011

*Mengemop lantai blog...
.........
Macam kurang vocabulary rasanya lepas lama xblogging ni..
Atas faktor2 tuntutan perkerjaan, ketiadaan sumber internet, kekurangan masa, kedatangan ramadhan dan sebagainya..dan faktor positive sebenarnya..kepulangan adik-beradik yang ramai membuatkan komunikasi muka-ke-muka berlaku di sini. Aku lupakan sekejap komunikasi maya yang rata-rata aku tidak kenali secara peribadi begitu juga sebaliknya. 

Selamat Hari Raya maaf zahir batin buat semua umat Islam.
Alhamdulillah kita masih di beri peluang untuk menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga peluang untuk kita tahun akan datang masih ada.
Ramadhan kali ini, terus-terang kadang2 aku rasa banyak yang kurang. Ingin aku salahkan kerja sekali lagi. Tapi sebagai wanita matang.hahahahaha. Seharusnya itu salah aku sendiri. Mudah2an murah rezeki, Satu hari nanti aku mahu menjalani ibadah ini di Tanah suci. Sebulan terus. Barulah cool. Satu benda yang aku perasan sepanjang ramdhan ini. Rasanya kekuatan nafsu itu lebih hebat dari bisikan syaitan. Walaupun syaitan pada waktu ini di rantai. Masih ada manusia yang tidak mampu menjalankan ibadah yang sepatutnya pada bulan ini. Belum kira lagi budak2 yang makan dengan bangga dan bangangnya di khalayak ramai. Xkanlah masih syaitan yang salah??

Oklah. sekarang mau pergi beraya dengan silfie. 

Sepanjang Ramadhan dan syawal tahun ini. Setiap kali aku teringat syawal lalu di mana mak cik aku sakit. Allah mengajar kami untuk bersyukur dan berterima kasih rasanya. Setaip kali Allah ingin memberikan kebaikkan, pasti Dia turunkan ujian dahulu.Selalulah bersangka baik dengan Tuhan. kan?

Saya ialah....

Tuesday, June 21, 2011

Saya ialah sedang menonton sedikit episod we got married ''adam couple''. Dan entah kenapa hati saya ialah berbunga-bunga setiap kali tengok ne binatang. SILAKAN ANDA KETAWA DENGAN KUAT.
OK CUKUP!! macam budak 15 tahun aku rasa kalau cakap aku tengok korea..padahal memang dari dulu aku fan drama korea..full house drama fav aku sampai sekarang. aku boleh ulang tayang kalah astro ulang rancangan dia..mungkin sebab kpop2 ni makanan budak2 umur 12 ke 20 tahun. yang gambar comel riben atas kepala. pipi kembung. mata besar. aku jadi...alamak..saya ialah sudah tua T__________T..plus..kecomelan saya ialah 15% dari paras laut. Kesimpulannya ialah sangat tidak comel. Kerana memegang prinsip less is more. Saya membuat keputusan untuk tidak terlalu mencuba. Lainlah vujie..hari2 menghadap budak2. sedikit sebanyak terserap juga kecomelan. sila ke blog vujie untuk make-up2 ala doll2. sini tarak..make-up aku hari2 ialah eye-liner + bedak johnson2 + nivea lipbalm(ini pun sebelum ani tapau balik uitm). Tapi serius! setiap kali aku tengok WGM macam ada cupid2 berterbangan bermain panah2 di selang seli LOB2 besar dan di meriahkan lagi oleh bunga-bunga sakura jatuh di tiup angin sepoi2 bahasa bajau. Boleh tahan tinggi imajinasi aku. Aku salahkan pawas mengheret aku nonton bersama dia.

 Semenjak aku menetap kembali di rumah manis rumah ini. Rutin aku ialah berubah. Sekarang aku :
1. Bangun lebih awal. 
2. Iron baju malam before tidur
3. Keluar tunggu bus awal.
4. Rajin bawa bekal(ceh..itupun adik aku prepare pagi2..kalau aku buat sendiri? haram kompom makan biskut jala)
Tapi sini aku emo sikit dengan pacik bus yang aku ikut hari2..dia boleh setedi jalan dari papar jam6.45. Pastu bawak macam gonggok. kau tau gonggok? kelantugi tau? tahap durjana. Pastu mentang2 dia kerja DBKK xlalu tempat kerja aku. Dia parking jak dekat situ. yang aku pagi2 terpaksa lumba jalan kaki dengan unty eksisais tai chee sebab mesti punch card jam8. Kalau kau berada di sekitar jalan gaya antara jam 7.45 -
8 a.m. kau nampak perempuan berjalan laju penuh emosi. itu aku. kau tegur2 lah tanda peramah dan prihatin.

Itu ialah emosi pertama. Emosi kedua aku sejak kembali ke rumah ialah.
AKU RINDU FAWAZ. OKIE TIPU. AKU RINDU PC FAWAZ.
Sejak astro kami rosak. PC fawaz umpama harta paling berharga di rumah ini.
tapi pawas kerja part time petronas sebab cuti sem. jadi dia ulang-alik dari rumah member dia noim. dengan membawa pc nya sekali. Pc pawas umpama harta karun. peti yang mengandungi berratus-ratus rancangan bestt yang dia donlot seperti maharaja lawak, wgm, wgm, maharaja lawak, (benda penting mesti ulang 2x), games, lagu2 best, movie2, drama, opera van java, upen ka cupen toh. banyak lah. mau sebulan belum habis nonton semua. boleh buat tuju lagu kalau berminat. dari lagu melayu arab jawa dangdut rock korea cina. aku pun keliru. apa sebenarnya personaliti budak ni??? xkan semua dia minat??

Pesanan buat pawas..pulanglah di hari raya..bawalah kempiter mu bersama..begitulah harapan kami semua..xoxo..kakakmu, gadis runsing..
eh..boleh aku bagitau aku ialah tukar ringtone secret admirer by mocca di fon pinjam aku. comel tahap tinggi lagu tu sampai aku khayal2 dan lupa angkat fon..nitez
SAYA IALAH MAHU TIDUR!


Bernyawa yang hilang jiwa..

Monday, June 20, 2011

Kosong....

Sejak rasa dahulu itu pergi...

Apa yang aku rasa sekarang cuma K.O.S.O.N.G

Cuma organ yang berfungsi..

 Itu aku....
  
 Manusia bernyawa yang hilang jiwa..  

*setelah yakin rasa dahulu tiada sisa lagi. Aku rasa aku mahu jiwa ini hidup kembali. kau faham? sekurang-kurangnya kalau hidup ni mengecewakan..masih ada sebab untuk kau senyum sebelum kau tidur..sekurang-kurangnya masih ada manusia yang bagi kau harapan bahawa esok lusa mungkin hari kau akan gembira...kalaulah jodoh tu ada hint2 kan bagus??
  
 Kerja macam mesin ni memang menghilangkan jiwa barangkali..berteman sunyi..
  
 Pesanan buat hati : oi hati kau boleh sabar kah!!?? nanti aku isilah..

Baiti Jannahti

Saturday, June 18, 2011

Walaupun astro kami rosak..aku gumbira menonton maharaja lawak yang di donlot fawaz..
Dan...We got married..reality show..sangat best!!! tah bila masa aku jadi K-pop2 ni..
 K mandi dulu..nite sayang..dun lets d bed bugs bite you!


LIFE

Wednesday, June 15, 2011

 Labuan. 3 May - 5 May 2011.
Lebih kurang 7 tahun lalu, aku menjejakkan kaki ke Labuan untuk memenuhi masa cuti. Ok tipu.
Lebih tepat lagi. Aku pergi membawa hati. Dan badan sekali. hehe.
Siapa suruh bangang pergi bercinta ngan bf orang! Kalau ingat2 balik. Bangang jugak aku ni. Belajar tinggi2.
 Biasalah. Cinta punya pasal. Sakit ialah satu risiko yang kita sendiri tau. Dan sanggup hadapi. So kalau sakit tu..pandai2lah ubat sendiri..

Aku datang kembali ke Labuan ni bukannya untuk membuang memori. Datang untuk bercuti. Memandangkan lepas ni memang x cuti dalam jangka masa yang lama. sebenarnya aku penat. penat dengan kehidupan. Seharian berkerja seperti robot. 8jam. keluar selepas subuh. balik menjelang maghrib. Mengharap gaji hujung bulan. lalu digunakan untuk membeli harta benda. kehidupan ni mungkin terlalu laju sampai kita seolah-olah terkejar-terkejar. terkejar2 mencari duit. terkejar2 mengumpul harta. macam2 lagi benda yang kita kejarkan. kita mengejar 'benda' rupanya. benda yang tidak berlari. benda mati. kita yang hidup ini seolah-olah takut tertinggal. bila aku maksudkan kita. aku tegaskan DIRI AKU SENDIRI juga berada di laluan yang sama. Balapan. setelah penat mengejar. aku rasa aku perlukan 'sweet escape'. keluar sebentar dari dunia yang aku kejar. Menghargai keindahan bumi Tuhan. Itu saja yang aku cari di Labuan ini. Bukan perempuan atau club yang di cari2 ramai orang. kita di balapan yang berbeza untuk itu. Cuma untuk mengisi kekosongan jiwa.
 begitulah lebih kurang.




Laut ni macam pentas kehidupan kan? kita seolah-olah berlayar diatasnya. Luas. Dalam. Indah. Kadang2 tenang. Kadang2 berombak. Kadang2 ribut..Di sini kita lihat terbitnya matahari. di sini juga kita lihat ia tenggelam. Macam hidup. Ada naik turunnya. ada pasang surutnya. dan..kita xkan pernah tau di mana dan bagaimana ia berakhir. Semoga kita menyediakan layar yang terbaik dan mendarat dengan selamat.

Semoga kita membuat keputusan yang terbaik dalam menetapkan dan merancang pelayaran kita.
"Selamat bertunang ainon.. =)" tiba2..

Pose lucah gua!

Monday, May 30, 2011

 Ini gambar paling tripppp time2 aku ada friendster dulu..
Aku buka freindster tah berapa bulan ja tahan..bangang betul FS tu..Bosan tahap gaban..
Sudahlah aku outdated time degree baru buka FS..haha
Bawah ni antara gambar2 FS aku..tah mcm mn adik aku masih simpan lagi gambar2 ni..



 Perhhh..tolonglah malaysiaaaa! pernah pulak aku bergambar begini..pastu siap upload lagi dekat FS..bangang2! yuck! itu pasal aku xupload dkt FB..
Sini kan tanah rejab aku..kurang sikit orang sebok mau kempelin..

 Ni time khatam Quran..

 Sila mereng ke sebelah kiri..malas aku rotate
 Majlis kawen makcik aku..
Sekarang dia sudah ada Qistina..
Qistina kesayangan.. =)

 Dua ekor monyet kesayangan mama aku


Sistaaa
GAMBAR PALING LUCAH..hahahaha..

Listen

Sunday, May 29, 2011

Dengarlah..selama kita masih boleh mendengar..kan?

Dulu ada satu member pernah tanya aku..
Kalau aku diberi pilihan. Antara buta atau pekak/tuli. Mana aku pilih?
Sejujurnya. Aku pun xtau. Aku masih mahu mendengar. Aku masih mahu melihat.
Kata kawan aku. Buta lebih baik. Kalau pekak. Kita xdapat dengar azan.

Berapa kali kita dengar azan dalam sehari? 
Aku. 3 kali. Kadang-kadang 2 kali.
Subuh, maghrib & isya.
Kalau di office aku xkan dengar punya azan zuhur & asar.
Subuh pula memang selalu lah terlepas. Kadang2 dengan solatnya pun terlepas.
Betapa kita sangat kurang menghargai pada waktu kita masih boleh mendengar kan?

Aku pernah cerita pasal abang mat di entry lama. Abang mat yang ajar mengaji.
Tadi aku cakap dengan makcik aku. Kalau boleh aku pun mau mengaji dengan dia. Bukan x boleh mengaji sendiri. Tapi bacaan aku pun bukan betul mana.
Tiba-tiba makcik aku cakap. Baik cepat. Mungkin xlama lagi dia x dapat mendengar. Lepas dia check di specialist. Ada urat telinganya yang rosak(lebih kurang begitulah). Itu menyebabkan dia akan hilang pendengaran. Dia xkan dapat ajar mengaji lagi. Makcik aku cakap. Lepas dia dapat tahu dia xdapat mendengar lagi. Dia terus menangis(menangis yang sangat teruk).

Speechless aku.
I go to the bathroom and cry.
Why life being so cruel to him?????
 


Cuti-cuti Malaysia OSEMMMMM!!!

Thursday, May 19, 2011

Im taking my day off for a week..yehaaa..konon2 ambil cuti konvo tapi konvo pun x pergi..
Hari cuti saya di penuhi dengan hingus dan sakit kepala yang kita lebih kenali sebagai demam selesema. OOOSSEMMM!!!!
Mungkin inilah padahnya penipu. Bak kata pepatah, siakap senohong ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Apa bangang kata pepatah ini tuan-tuan? kenapa pulak mencuri berkait rapat dengan membohong? apa kaitan pulak dengan ikan2 yang tidak berdosa di kait-kaitkan?
Melayu memang kaya kata pepatah. Kuat berkias. Miskin ringgit. Kuat kentut. @_@
Seminggu yang aku tunggu2 ini akhirnya tidaklah begitu best seperti yang di jangka. Bak kata pepatah indah khabar dari rupa.
Ni lagi satu bangang. Kau dengar khabar tu apahal! kau tengok gambar lah kalau mau tau macam mana rupa sebenar. Tapi sekarang tuan-tuan. Gambar dekat pesbuk pun bukan boleh percaya. Semua gambar korea. Kau tengok paras sebenar. ekk. Hari tu muka macam jun jee jing. Rupanya, jong jong inai mak ipong rajawali. Macam aku jugak. Kadang2 dan selalu2 aku tengok gambar aku macam kiut. Aku ulangi macam. Aku ulang lagi. MACAM. tapi aku tengok cermin. Ehh. Mana gadis kiut tadi mana? Aku salahkan cermin dalam hal ini terlalu buta menilai kekiutan aku. Tertipu rakan pesbuk sekalian. Maaflah. Salahkan lensa kamera. Dia yang menipu bukan aku!
Berbalik kepada cuti tadi. Niat bercuti tidak kesampaian atas ketidak adaan kenderaan. Kekurangan wang juga menjejaskan sedikit keghairahan aku. Ini sebab adik aku mau masuk sekolah. Adik aku 2 orang tengah cari kerja. So, terpaksa pulak aku mendahulukan yang penting. kasi loan 0% interest la dulu. Xpala, duit boleh di cari. Bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Pun sama bangang jugak. Sikit2 lama2 jadi banyaklah. Apa kaitan pulak dengan bukit!
Kesimpulannya tuan-tuan dan hadirin hadirat sekelian. Bersatu kita tenguh bercerai kawen lain. Yang berat sama di pikul, yang ringan angkat sendiri. Wabilahitaufikwalhidayah. Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallauhualam bilsawaf. Ammabak.

p/s : aku tengah marathon muvie2 best..
HBO : Donnie Brasco & Public Enemy by Johnny Depp (wtf bf berlakon mesti tengok)
The blind side & crita tajuk apa tah tp dua2 Sandra Bullock (kemonlah..sandra bullock mesti tengok)
Besok lusa mau tengok Pirates of  karibien
&
Nur Kasih

Nur Kasihlah..Apahal kau ketawa!!!(tiba2 emo)

Tolong carikan aku movie Cinema Paradiso. Sesiapa jumpa aku bagi rewards dalam bentuk kasih sayang. tolong. tolong.






Kotak Memori

Tuesday, May 17, 2011

2.55PM
Exploring Fawaz punya PC..patutlah pc ni best. skrin besar. macam tengok tv..wtf?? 
Keep listening to Mocca songs..
Tiba2 terdengar lagu On the night like this..buat memori aku..ermm..apa2lah..
But on the night like this always be my fav goodnight song..
TIBA-TIBA aku teringat kotak memori yang aku simpan dari form five..
Ada buku yang aku tulis tah apa2 tah..
Terselit di dalam buku tu
...
1) Gambar konvo diploma aku dengan mama aku
2) Gambar aku & G-lah
3) Gambar G-lah & Ani
4) Gambar Aku & Faizah & Silfie
5) Gambar member2 Limauan --> ujie, fara, ggiey, anieng, ajie, farin, sita (ramai mmber gua bai)
6) Banyak juga gua salin quotes tah apa2 bai...
TIBA-TIBA gua terbaca gua tulis ni
''Pada waktu kau mengalih pandang..aku melepas renung..dengan doa..semoga kau cepat sembuh sayang''

Fuck..sentimental jugak aku ni..HAHAHAHAHA
 

Eh..bertarikh Jan 2011..baru lagi..sekarang aku tau aku tulis untuk siapa..

 Selain itu, buku aku dipenuhi alamat2 & number fon..dari orang2 yang aku xpernah kontek pun sampai sekarang.

Hidup ni macam buku cerita. Buku cerita kita-kita. Dan kamu-kamu. Setiap 'chapter' kita menemui watak-watak berbeza. Sesetengah watak akan kekal ke hujung cerita dan sesetengah watak akan kekal cuma di dalam satu bab sahaja...Yang aku pasti..senarai 1 - 5 adalah watak dalam buku cerita aku yang masih kekal sampai sekarang. =) Masih ramai watak lain lagi sebenarnya..


2011 Berlari

Sunday, May 15, 2011

2011 berlari.

Waktu seolah-olah berlari. tik tok tik tok. 

Dis 2010...

 I was totally fucked up. Stuck in KL. Jobless. Fucking broke. Confuse. 

Jan 2011.
Happy new year!!!
Welcome home
Job hunting for two weeks

Feb 2011
Got a job. Start living. Start paying. Start saving & start giving. 

March 2011
Working my ass harder. If you want to be recognize by your Chinese boss. You do like chinese do. Harder & harder. Grab every single things. Stop complaining. Start learning every fucking things you can. Be one of them. 

April 2011
Turn 25
Keep on going
Hard work finally paid off by good performance appraisal & bunch of tasksss and OF COURSE MONEY!

May 2011.
Life is getting better
G-lah(sist) got a job. *gila babi kot baru habis exam result belum keluar terus dapat kerja. Gudluck G-lah
Ani(youngest sist) back to school. Uitm. Good luck Ani. Enjoy your collage life. Jangan bercinta denagn mana-mana keparat (humble advice from your sister. trust me..dont ruin your study coz any fucking loser look like cool Justin Bibir or any K-Pop artists. Apa jadah tah budak2 sekarang ni excited gila babi dengan lelaki2 muka jambu. Muka macam belum akil baligh pun ada. yeah. Apa2 lah. Maybe aku sudah tua dan x mampu selari dengan trend semasa. K-pop sekarang kan tengah trend. Patutlah budak2 sekarang comel2 macam orang korea. 
Convocation, 19 May. Tapi aku x pergi pun. X kisahlah. Yang penting skrol. Bunga & jubah tu aku memang malas gaban lah mau excited. Tapi cuti konvo gua tetap apply bai. paid leave 3hari. kena pulak leave start 17. Cantikkk. Seminggu gua cuti bai. mesti mau ambil. tapi rancangan vacation macam xjadi. T____T

Rise & shine my sisters.

Alhamdulillah 3x

2011 berlari...LAJU

MU vs CHELSEA = Real Madrid win Copa Del Rey

Saturday, May 7, 2011

12.30PM waktu rehat. Aku dikejutkan satu panggilan marah-marah dari adik aku..

Trett trettt *Vibrator
bukan vibrator sxx.
Vibrator talipaun.

Bero Daiy : NOR!!! KENAPA BU MIDAH X ANGKAT FON!! SIAPA BUANG CHANNEL SPORT!! SIAPA!!!

Aku : mana aku tau..bu midah la tu..kenapa?

Bero : KENAPA DIA BUANG!! SUBSCRIBE BALIK ITUUU..UINA BOSS..PANAS AKU BANGUN2 SUBUH MAU TINGGU BOLA SEKALI AKU PIKIR ASTRO X DIBAYAR..SEKALI CHANNEL LAIN DAPAT..SPORT KENAPA DIBUANG!!!!!! INI MALAM MU MAIN!! 

Aku : BARCA juga menang tu..

XKISAHLAH! INI MALAM AKU MAU BUKA TV ADA SDH ITU CHANNEL..

Mari flashback kejadian dua minggu lalu..

Bu Midah : siuk2 ba wayang HBO ni nor..kamu ada ka? kamu ABO kan?
Aku : yaa..mama bukan tinggu tu..sikit2 wayang antuu
Bu midah : ya?? bagus kamu tukar HBO..sm jak tu rate dia astro kamu sm kami..kami pun byr sm mcm kamu jg tapi kami ambil HBO
Aku: oke....tukarlah bu.

HAHAHAHAHA.

kalau rumah kau ada tv baru flat skrin pastu adik kau subscribe semua channel sport pastu pagi petang siang malam kau tengok bola. sampai mama kau sambut kau balik dengan ucapan ''kau ada tengok semalam real menang ah copa del rey cup!!'' T_T!!

Ntah macam mana mama aku boleh melibatkan diri menonton bola plak ni..Tolonglah jangan cakap dia obses sebab Malaysia menang tempoh hari lalu emosi mahu membeli jersi jalur2 kuning seterusnya mengait nama fahmi di tepi baju. serius watefaking trend is happening here?? *sambil menerika jersi German milik bf adik aku yang aku warisi. hehe.

Biar macam mana emosi pun aku dengan tv flat skrin full package of sport channel. MAHU TIDAK aku terpaksa melepaskan channel HBO aku. Fawwaz balik next week mesti mau nonton bola. Mesti mau pakai jersi Torres sambil makan serunding. mesti mau lekat poster baru chelsea sebelah poster messy fidaiy. mesti mau koyak poster MU dekat dinding bilik mereka. kau percaya chelsea fan boleh duduk serumpun damai dalam satu bilik dengan MU fan? Tapi yang penting..Fikri the happiest person in the world since Real menang piala copa del rey sampai dia sajez suruh aku beli astro HD supaya padang rumput hijau itu dia boleh nampak dengan jelas. watepak!!??

Akhir kata dari saya. Anda peminat bola yang tegar bukan trendy lepas Malaysia menang tempoh hari tiba2 beli jersi jalur2 kuning? Sila baca blog ini ---> sokernet.blogspot.com  dulu aku follow time world cup. sekarang gua x follow dah bai. gua bisi carik makan. bye bye

Spending my night with Aliya...

Thursday, May 5, 2011










Cute kan dia?

Time2 kemelesetan ekonomi nilah Talipaun aku jatuh lalu tamatlah riwayat kesan degil. Aku saspek kalau jatuh lagi sekali memang x dapat di selamatkan lagi. Dan aku benar. Mula2 ninonino ICU. Pastu memang x hidup langsung. Mau repair aku kompiden lagi mahal. Lebih apdal dan bijaksana kiranya aku membeli talipaun baru. TAPI LEBIH BIJAKSANA DAN JIMAT DAN KEDEKUTNYA AKU KIRANYA AKU BACK TO BASIC. DULU2 PUN BUKAN PAKAI HP KAN? SO XPAYAH BELI. STEDI2 XHP. MAKA TERPUTUSLAH HUBUNGAN KOMUNIKASI BISU DENGAN DUNIA LUAR.  MACAM BEST JUGAK KAN? ceh..ekceli xbeza pun ada hp dengan x. bukan ada orang carik pun. hhaha. yeah...

In Love With Christina Perri

Tuesday, May 3, 2011

YES!!! selepas meng'annoyed'kan member baik. Akhirnya..
member : Keluar kau!! bawak laptop tu! aku mau tidur..

Currently listening to Christina Perri..Jar of hearts & Karma tastes so sweet...

I n

I never thought that you would be the one to hold my heart
But you came around and you knocked me off the ground from the start

You put your arms around me
And I believe that it's easier for you to let me go
You put your arms around me and I'm home

How many times will let you me change my mind and turn around
I can't decide if I'll let you save my life or if I'll drown

I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me, 'cause I'm already falling
I'll never let a love get so close
You put your arms around me and I'm home

The world is coming down on me and I can't find a reason to be loved
I never wanna leave you but I can't make you bleed if I'm alone

You put your arms around me
And I believe that it's easier for you to let me go

I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me, 'cause I'm already falling
I'll never let a love get so close
You put your arms around me and I'm home

I tried my best to never let you in to see the truth
And I've never opened up
I've never truly loved 'Till you put your arms around me
And I believe that it's easier for you to let me go


I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me, 'cause I'm already falling
I'll never let a love get so close
You put your arms around me and I'm home

You put your arms around me and I'm home



Bagus juga minah ni..

Answer to my prayer

Saturday, April 30, 2011

**10/04/11

Kau pernah dengar bagaimana Allah memakbulkan doa? Ini pun aku selalu baca dari bahan2 bacaan tah mana2 tah aku dapat..lebih kurang begini..

1. Allah memakbulkan seperti yang kau minta pada masa yang kau minta
2. Allah menangguhkan sedikit masanya dan memakbulkan pada masa yang lebih tepat
3.Allah tidak memakbulkan apa yang kau minta. Tapi menggantikan dengan yang lebih baik.
Percayalah. Kalau yang dari Allah itu tiada yang kurang dari yang terbaik. 

Bukan berlagak baik/alim. Ini cuma apa yang aku rasa. Menimba pengalaman, belajar dari kesilapan, belajar dari pengalaman membuatkan kita lebih matang dan faham. Kita selalu cakap hidup kita begini begitu. Mengeluh. Life is far from perfect for everyone. Its not just you. Every single of us feel the same way.

Hari ini merupakan hari yang agak menyenangkan bagi aku. I keep questioning myself..bila aku akan rasa selesa kalau kami berjumpa. Bercerita tentang semua. Talking about our past with no hearts feeling. Not that hurts anymore. Today is the day. Where i can look at him as my friend again.

Ada betulnya frasa 'things happen when you less expected'
Bila kita terlalu berharap akan sesuatu. Di situlah kita xdapat apa yang kita mau. Di situlah kesabaran kita di uji. Tapi percayalah kalau kita belum dapat lagi apa yang kita harapkan. Allah telah menetapkan satu waktu yang terbaik untuk kita. Atau kita mungkin mendapatkan yang lebih dari apa yang kita minta.

Pada waktu aku sangat berharap dapat melupakan dia. Terasa mustahil akan sampai saat itu. Tapi. Ketika kami berjumpa baru2 ini. Ada sesuatu yang tenang dalam hati aku. Sekarang aku yakin. Rasa itu telah pergi. Sakit itu tiada lagi, Kami bercerita tentang cerita lama tanpa dendam tanpa sakit hati. Keliru pun tidak lagi.

Doa aku satu waktu dulu di jawab oleh Allah pada waktu yang tepat. Mungkin dulu ketika aku di Johor. Allah masih membiarkan aku dengan rasa itu untuk mengelakkan aku jauh lebih nakal. Ada baiknya, aku orangnya kalau masih sayang pada seseorang aku xkan cuba untuk mengalih sayang dengan orang lain. Oleh sebab itu aku xpernah keluar dengan mana2 lelaki di Uni lama aku. Pandulah kereta apapun. Maaf.

Mungkin sekarang aku perlu menetapkan priority aku kepada keluarga dan dri aku sendiri. memperbaiki kehidupan. Cinta? cinta datang dan pergi. yang kekal cuma dari Allah. Things happen when u less expected kan?

Terima kasih buat seseorang yang singgah dalam hidup untuk beberapa ketika. Walau cuma sekejap, Sedikit sebanyak membantu aku membuang rasa ini sebenarnya. =)

Menagih Syurga

*Memvacum kapet blog..

Penat. Kehidupan kehidupan. Itulah yang selalu kita keluhkan. Penat menunggu kita mengejar. Penat mengejar kita menunggu. Walaubagaimana berat pun kehidupan. Itulah kehidupan. Bersyukur donk diberi peluang untuk hidup. Alhamdulillah. 

Terus terang aku cakap di sini. Mungkin aku antara hamba yang kurang bersyukur. Selalu mengeluh. Di sini kurang. Di sana belum cukup. Betulkan manusia itu tamak? Bila Tuhan berikan begini. Kita mau lebih. Patutlah kata orang kalau kita rasa kurang. Kita jangan lihat orang yang lebih dari kita. Kita cuba lihat orang yang kurang. Supaya kita tahu kita lebih bertuah dari sesetengah orang. Tapi jangan pula terlalu 'bersyukur' dan berserah sampai x mahu berusaha menjadi yang lebih baik.

Aku ingin kongsikan dua watak yang baru aku kenal tapi betul2 membuatkan aku rasa betullah..orang yang Allah sayang itu pasti ada ujiannya. Dan mereka tetap bersabar & bersyukur dengan ketentuan Nya.

Watak pertama. Abang Mat. Buta/bermasalah pada mata sebelah kanan. Berkerja di sebuah restoren. Paling tinggi mungkin dibayar beberapa ratus setiap bulan. Perantau. Kadang2 berduit kadang2 tidak. Pada waktu dia sampai ke rumah makcik aku, dia cuma ada RM10 dalam tangan. Pada sebelah malam dia mengajar Al-Quran kepada sesiapa yang mahu belajar. Dulu makcik aku sempat menghabiskan sehingga Juz11 bersamanya. Baru2 ni makcik aku diminta oleh pihak sekolah untuk mengajar Al-Quran untuk beberapa kelas. Makcik aku atas dasar cuba meyakinkan dan memperbaiki bacaannya. Dia menghubungi abang mat untuk mengajarnya sampai Khatam selama 4 hari. Abang mat tadi dengan senang hati tanpa tahu pun samada dia di bayar atau tidak datang ke rumah makcik aku dan mengajar makcik aku dari selepas subuh
sehingga habis isya'. Bayangkan? tanpa mengharap sedikit bayaran pun. Dia mohon cuti semata-mata menolong makcik aku yang sudah separuh jalan mengaji dengan dia. Cukup 4 hari makcik aku khatam. Berapa ramai antara kita yang sudi mengajar tanpa bayaran? setiap baris setiap perkataan setiap maksud setiap ayat di ajar satu persatu. Terus terang. Aku tidak. Aku di bayar 25ringgit satu sesi mengajar akaun.  
4bab. Sedangakn abang mat. 19Juz. Dengan harapan agar murid2 makcik aku nanti mendapat bacaan yang betul. Dia mungkin bukanlah cikgu berpelajaran tinggi. Tidak di bayar gaji 4 angka untuk setiap kelas. Tiada sijil bersusun di dindidng rumah. Tiada gambar berjubah. Tiada kot mahal. Tidak berkerja di dalam office berhawa dingin. Tapi aku rasa. Kerusinya lebih tinggi dari kerusi yang di rebutkan dalam pilihanraya Sarawak tempoh hari. Akaunnya lebih berisi dari akaun kita yang mendapat ribuan setiap bulan. Dia ada sesuatu yang tidak semua orang ada. Dia ikhlas. Bayarannya lebih mahal di sisi Allah.

Watak kedua. Uztazah Rahmah. Kawan seorang makcik aku. Perantau. Menjual barangan runcit di siang hari. Pada sebelah malam seoarng guru mengaji. seperti abang mat. Menghidap kanser hidung. Dia tidak pernah berkahwin. Tiada anak. Tapi dia menanggung anak-anak buahnya yang kebanyakkannya belajar di sekolah tahfiz. Baik orangnya. Pada waktu dia sakit. Anak-anak yang diajarnya masih datang untuk mengaji. Dalam tiada daya. Dia masih mengajar. Besar sekali dugaannya.

Bila aku lihat dua watak tadi. Bila aku mula mengeluh tentang kehidupan. Aku mula merasakan. Ya. Apa sangatlah apa yang aku hadapi sekarang berbanding mereka. Sedangkan mereka orang yang dekat dengan Allah. Begitu besar lagi dugaan yang menimpa. Tidak pernah aku dengar sebarang keluhan. Tidak pernah bercakap tentang kekurangan. Entah dari mana datangnya sabar yang begitu sekali. 

Sekarang aku lebih faham. Benarlah kiranya, untuk menagih/mengharap Syurga Allah itu bukan mudah. Sedangkan mereka bukan orang 'biasa2' walau pada mata kasarnya kita lihat tidaklah segah ahli politik atau artis2 yang kita puja. Tapi mereka di uji jauh lebih hebat dari kita. Kenapa aku katakan bukan orang biasa2? kerana aku pernah baca satu Hadith "Orang yang terbaik di antara kalian ialah orang yang mengajar dan belajar Al-Quran'' Wallahualam. Betulkan kalau aku salah.

          

Happy Birthday TO ME!!

Friday, April 15, 2011




Happy Birthday Nur Faizura...Gambar di atas di snap time birthday aku ke 21..
Pastu birthday aku yang seterusnya waktu aku duduk nun Segamat Johor. Xpernah aku celebrate2 tiup2 lilin potong kek segala. Kompiden2 semua birthday aku jatuh pada study week dan zaman kemelesetan ekonomi setiap manusia yang bergelar pelajar. So paling best pun member2 bayarkan time makan malam. Paling wangi time aku part6. Setiap manusia dalam rumah sewa aku pulang ke rumah masing2 manakala aku stedi2 nyanyi lagu birthday tiup kompor (dapur gas). WTF?

Harijadi ke 25 ni sikit aku x expect apa2. Gua dah tua dah beb. Gua dah stop tiup lilin segala seawal umur 22tahun. Gua dah imune dah member lupa birthday gua, Gua x kecil hati. Lahir2 aku ke dunia ni pun bukan bawak efek besar mana dengan semua orang. Rasullullah satu2 nya manusia yang mana kelahirannya musti semua manusia yang beragama Islam menurut kad pengenalan masing2 wajib meraikan hari tersebut. Manusia hebat. Aku? manusia biasa. Banyak dosa. 

Tapi tadi aku di kejutkan dengan kek lilin dua batang waktu aku 'pretending busy playing freeding frenzy'. kacaulah. sikit punya busy aku makan2 ikan kecil. Thax a lot for Ainneh senior exec company aku kasi saprais party. Thax for the cake, pink card yg kiut & kasut Voir yang xmuat. HAHAHAHA. Besok aku tukarlah. Aku add sikit ringgit buat beli beg la pulak. Kasut ada tiga pasang aku x pakai pun. I'am falling in love working in this company. TQ sooo much. Besok aku ada dinner plak. eksiden plak dengan makan2 sempena birthday aku dengan sohabat2 kesayangan Silfie & Faizah. Tapi aku mesti pilih yang member2. Sudah tiga kali kot birthday gua x sambut dengan member. Atau lebih tepat X SAMBUT LANGSUNG PUN. 

I'am really happy. Banyak benda yang menggembirakan di sini. This is the place that I belong. My family is here. My friends is here. 

25 cuma angka. Apa yang membezakan kematangan kita sebenarnya ialah pengalaman.
Untuk angka 25 dalam hidup aku. Aku mahu berterima kasih. Alhamdulillah dan Terima Kasih Allah atas peluang menikmati kehidupan di bumi MU ini. Menghirup oksigen setiap hari. Terima kasih atas kurniaan rezeki, kesihatan, keluarga dan kawan2. Terima kasih atas KEHIDUPAN ini. Terima kasih atas pengalaman, kesakitan, kekalahan, kejatuhan, kesilapan, pengajaran atas kesombongan, di situ aku belajar jadi manusia yang lebih matang. Yang tahu menghargai, yang tahu rendah diri, yang tahu memberi. Yang paling penting yang masih waras dan masih punya hati. Bukan bermaksud akulah yang baik. Tapi aku rasa zaman kecintaan harta sekarang ramai yang lupa fungsi sebenar hati.

Untuk angka 25 aku belum mencapai satu tahap yang harus aku banggakan. Aku baru mau start life. Baru start kerja. Baru start saving. Aku harap before aku ada komitmen bulanan yang besar contohnya installment kereta dan macam2. Ini waktu yang baik untuk aku save duit. By 30 InsyAllah kalau di panjangkan usia. Aku & Glah mesti start renovate rumah kami tinggalan ayahda(macam lagu liza abdullah pulak kan?). So aku mesti ada target. *sambil lukis2 atas kertas majong pastu lekat dekat dinding bilik.

Bila kita sampai satu stage dalam hidup kita mestilah rewards diri sendiri. Selain plan bercuti aku tuk reward diri aku tunggang tebalik belajar dulu. aku fikir2 barang haram jadah apa yang aku mau beli untuk menghargai diri sendiri. Beb..kau tunggu orang lain hargai kerja keras kau memang bersarang labah-labah kau tunggu. So mari menghargai diri. yeah.

Ingat mau belikan diri sendiri Lomo kamera. Tapi kalau baru save RM300 sebulan tiba2 beli Lomo kamera pun harga RM300. Memang akulah manusia bangang. Akan aku usahakan jugak nanti dengan nasihat pakar barang2 elektronik begini iaitu adik aku Fawaz. Kalau berbaloi kata dia so aku belilah. Kalau tidak...yaa..tidaklah. So aku decide mau reward diri aku dengan buku. Sejak2 menjadi tua ni. Tiap2 malam aku bertrip sophisticated dengan membaca sebelum tidur. Sekarang aku tengah sibuk2 berlakon sibuk menghabiskan 'where rainbows end' by Cecilia Ahern. 

Oklah, sebelum saya akhiri ceramah saya pada hari ini. Ingin saya mengucapkan selamat hari jadi juga buat kawan saya yang lahir pada tarikh 6 April jaman jepun berasal dari planet marikh. Selamat hari jadi. Semoga beliau terhindar dari gejala penyakit seperti sifilis dan kurap kucing.





A gift from God

Saturday, April 9, 2011

''Yut..kalau kau belum puas hati dengan gaji yang kau dapat dari sana..kau mesti ambil/belajar semua benda yang kau boleh dapat dari sana..xsemestinya duit.x rugi juga tu.. experiences worth hundred times than money..kau boleh guna sampai bila2''(Silviana Hutagalung) such a good advice from such a good friend. 

I'am turning 25 next week..WTF!! 25...
I'm not going to list down my wishessss...
To be honest..i have no wishessss for this year..
However..imma gonna list my appreciation and thankful list..
I have a great family..my mum, all my bros n sistas..yang kadang2 kasi naik darah tinggi aku dengan text2 membina seperti "kak..pinjam ba duit''..pastu x bayar2..omg..sekarang aku tau kenapa aku selalu dalam kategori miskin tegar T____T

I have such a wonderful friendssssss everrr and their family..

kau ada bapak bestfriend kau msg happy birthday n belanja makan n belanja beli baju?? ada?? Thats abah..bapak n mama Faraliza..

Kau ada mum bestfriend kau hantar kuih pagi2 pg opis takut kau x sarapan??? ada?? that ujie punya mum..pastu adik dia siap cakap 'kak bagus kau aku ja bwak kau plg balik kerja ba..satu jln jg'..bukan xmau noim..terlampau bnyk sdh tu..segan maknyah..

Kau ada parents bestfriend kau kasi kau tinggal rumah durang for free pastu hari2 kasi masak kau..kasi masak lagi suru bawak pi opis??? ada?? pastu adek bestfriend kau bawak kau jalan2 KL beli2 barang hari raya..pg2 orang kawen...tinggal2 rmh dia sebab kau mati bosan di rumah belum kerja..blablabla..billion2 kalau aku mau list.. thats Nurfaizah,Ainon,N Abbdullah  family. The best ever

Kau ada bestfriend kasi tinggal free time praktikal...kalau kau pokai kau buli minta job kira sapi..kena bayar RM200 1 hari..kena bawak jalan..blalalalablala..banyak gila babi kalau aku mau list..thats Silviana, Sellina and Boy Hutagalung family.

Kau ada bestfriend yang kasi tinggal ko for free selama kau praktikal..hantar ambil kerja pastu xpayah bayar..pastu selalu kasi nasihat kau benda yang kau x perasan..thats kak pida and family..

Kau ada family yang akan tunggu kau kalau kau pergi Johor? Aku ada..Azizah & Teem family..jamal pun boleh..haha
Negeri 9? Fara & chippo family
KL? unty akulah & Ecah Family
Melaka? Mira & yus family

Kau ada member2 yang kalau kau ada problem kau buli hangout jumpa durang ketawa sampai mati sampai kau lupa kau ada problem?? ada?? aneng, ggiey, mar, fara, sita, ujie,ajie, faiza, sil, nun, baby..member2 adik kau pun kau on ja...miza,peah,fazilah, pikar, apis, noim..member bestfriend kau? fuck..ramai plak..penatlah aku taip..

HELLO!! BE JELESSS OKEYYY??? KAU ADA NI MANUSIA2 begini di sekeliling kau?? ada?? hahaha..neeehhh tiada kan?? 

I must thaxxxx Allah for giving me such a wonderful gift in my life..I Love you Allah..thank you so muchhhhh!!! 

'Tuhan tu terlampau baik dengan kita..kita jak selalu x perasaan'

Mencari sayang di dalam benci

Tuesday, April 5, 2011

Kadang-kadang kita perlu rasa sakit
Itu membuktikan kita masih punya hati
Hati kita masih berfungsi
Berfungsi sebagaimana Allah anugerahkan..

Hati organ manusia yang sangat misteri bukan?
Bukti kebesaran Allah
Dari dasarnya kelihatan sama
Tapi tidak semua orang punya rasa yang sama...

Hati digambarkan indah dalam lukisan
Hakikatnya..cuma seketul darah

Sakit juga membuatkan kita rindu pada Pencipta
Rindu untuk bercerita
Rindu untuk meluah rasa
Mungkin juga di anugerahkan kita rasa sakit kerana Dia juga rindu kepada kita??
Rindu kerena sekian lama kita tidak meminta
Tidak bercerita

Aku berusaha mencari kasih sayang Allah dalam rasa benci atas kesakitan ini..
Allah always know the best
Kita mungkin merancang setapak perjalanan hidup kita
Sedangkan Allah telah merancang keseluruhan hidup kita..kan?


Itu bukan aku

Monday, March 28, 2011

Perkenalan alam maya ni sebenarnya banyak merubah kita menjadi orang lain. Bila orang tanya 

Siapa ntah : cantik ba kau ni
Aku : Kau salah orang..itu bukan aku..itu gambar..gambar boleh menipu..kenapa orang percaya dengan gambar??

Kita berusaha menjadi yang terbaik di mata orang. Di dalam gambar. Gambar boleh di edit. Kau pernah nampak aku di luar? sebenarnya aku x cantik pun. Kalau gambar tu aku pandai edit. aku tulis di sebelah 'ilusi semata-mata'..ok start sekarang. Kau boleh remove aku dan menyesal awal2. sebab sesal kemudian tidak berguna. HAHAHA

Untuk memenangi hati orang yang kita suka/admire/ada hati kita sanggup jadi seseorang yang bukan diri kita kan? Kalau orang yang kita admire tu minat benda contohnya muziklah. tiba-tiba kita minat muzik yang sama. berusaha mencari tahu. google. yahoo. youtube. semua medium kita guna untuk mencari maklumat. asal ada bahan untuk bercerita. mencari bahan untuk bercerita tidak salah. kata pun minat kan. mesti ada usaha. tapi trying too hard pun x guna juga. sebab hakikatnya itu bukan benda yang kita minat. Hasilnya..akhirnya orang akan tahu juga.

Baru-baru ni makcik aku sjez sorang lelaki ni. yang pernah tanya aku dari dia. kami pernah jumpa sekali. tapi aku x intention pun untuk add2 FB atau apa2. Hai2 n bye. Jumpa pun pasal apply GSTT sma2. Makcik aku cakap lebih kurang ''aku mau suruh dia add kau..tapi gambar2 kau dulu ok?'' aku pun jawab oklah. maksud? makcik aku jawab ''Dia kan uztaz2..sooo faham2lah''.

Di sini..memang aku agak segan juga coz GSTT yang aku apply tu untuk uztazah2. so kalauu dia nampak gambar2 lama aku. segan gua beb..adakah apply jadi uztazah tiba2 nampak muka aku jalan2 melaka pakai short..hahaha..tapi itukan dulu2. Tapi aku nekad tuk tidak membuang gambar2 lama atau sebagainya. itu masih aku. kalau dia ikhlas untuk berkawan. Aku masih orang yang sama. 100% orang yang sama. Yang berubah cuma penampilan. Cara berpakaian. Dia terimalah aku seadanya. Aku tidak mampu berubah untuk orang lain. Aku cuma mau berubah benda yang patut aku ubah untuk diri aku dan Allah. Selain daripada itu. Aku tidak mahu. Jelas?

Kenapa kita harus berubah kepada seseorang yang bukan diri kita? selama mana ia mampu bertahan?? Berubah kerana Allah itu perlu. Terus terang aku cakap aku sendiri pun dalam rangka promosi diri..ehhh..rangka 'mujahadah'. Bukan senang mahu berubah. Kadang-kadang aku kalah. Namanya juga aku manusia. Tapi untuk orang lain hanya demi meng'impress'kan dia. lebih baik tidak. terimalah aku begini. kalau ada yang salah tunjukkanlah aku jalannya. Berubah untuk kebaikkan tu xpalah. Tapi setakat untuk memenuhi kriteria orang lain..aku rasa xperlu..

kalau dia seorang uztaz..aku xperlu jadi uztazah2 untuk berkenalan dengan dia
kalau dia seorang kaki bola..aku xperlu hafal nama setiap pemain n minat khairul fahmi untuk kagumkan dia
aku xkan hafal jenama2 barang branded untuk berkawan dengan orang kaya
aku xkan mengkaji tentang penyakit sifilis untuk berkenalan dengn doktor
kenapa kita selalu cuma kagumkan orang dengan benda yang sama? kononnya kita cari persamaan supaya kita boleh berkawan. apa salahnya dengan perbezaan? bukankah perbezaan boleh membuatkan kita berkongsi. Cthnya movie..aku suka movie ni..kau suka movie lain..kan boleh tukar2 tu? ok kau tgk ni..aku tgk ni..ok?? best?? kan ada bahan cerita tu? so kenapa mesti sama? so kenapa mesti pretend yang kita minat benda yang sama?

penutup(macam karangan la pulak kan? hahaha). Sama ada aku yang dulu atau aku yang yang sekarang. Yang berubah cuma luaran. aku masih orang yang sama. Aku xkisah orang tahu atau tidak. Yang penting Allah, kawan2, family aku masih kenal aku..

Bila kita terlalu berusaha menjadi selain watak kita sendiri. Tanyalah dalam hati ''selama mana kita mampu menipu?''

lelaki tu x add aku pun..hahahaha..memang ada gf lah kot..ade mak kisah nyah? hehehe..lagipun. kalau demi sesi suai kenal aku di minta berubah jadi orang yang bukan aku. lebih baik xpayah. senang cakap..aku bukan pelakon yang baik..aku cuma mampu bawa watak aku sendiri sahaja. lagi satu. aku bukan manusia hebat yang tiada dosa. itu bukan aku. aku cuma watak biasa. manusia yang tidak lepas berbuat salah. kalau suci dari dosa. maaf. itu bukan aku.

''its better to be hated for what you are than to be loved for what your not"
— Marilyn Monroe

kenapa?

Thursday, March 24, 2011

Kali ini bukan untuk bacaan umum..maaf atas pengguna bahasa yang tidak teratur.

Ada satu perasaan berat untuk aku luah. aku perlu medium ini.

1. Abah

abah. atau bapa kepada kawan aku fara, menghidap kanser paru-paru stage 4. aku sangat rapat dengan abah. tapi sejak aku balik sabah aku x masa pergi jumpa abah. minggu lalu fara ada cakap abah sakit. aku tau abah memang ada sakit buah pinggang. aku cakap dengan fara aku x transport mau pegi lawat. 

tadi fara suruh kol. aku kol sekejap. fara bagitau abah selalu xdapat tidur. sesak nafas. dr cakap abah kena kanser. n final stage. aku tergamam...........sorry abah..aku mesti datang minggu ni...

2. Jodoh

aku ada seorang makcik yang kerja part time sebagai mutawwif. 2 minggu lepas dia pergi membawa jemaah umrah. macam biasa aku aka msg dia suruh doakan aku. biasanya doa result exam yg bagus. tapi aku sudah habis study. so aku minta doakan kesihatan. rezeki yang baik. 

ada satu malam aku terbangun sekitar jam2. aku teringat seseorang. ada satu rasa yang tersangat-sangat berat . amat-amat berat aku rasa. aku xtau apa. satu perasaan yang...........sumaph aku xtau apa tapi rasa berat betul.....aku takut dengan rasa ini..sangat takut...aku bukan benci dengan perasaan cinta..bukan..tapi aku takut....aku x pandai handle benda ni...kalau aku sakit...MENGAMBIL MASA BERTAHUN TAHUN untuk sembuh....

Tolonglah Ya Allaaaaaaahhhhhhhhhh...jauhkanlah rasa ini kalau dia bukan untuk aku...buangkanlah perasaan ini kalau perlu..bukan niat aku untuk membenci..aku mau kembali perasaan aku yang dulu..ini malam kedua aku begini..besok aku mesti kerja...bukan rasa ini yang aku perlu....

jam4 pagi..aku msg makcik aku yang di Mekah...
''Tolong doakan jodoh yang terbaik untuk aku'' lebih kurang *apa yang terbaik Allah bagi untuk aku..Aku redha...mesti makcik aku cakap..kenapa sewel sudah budak ni??

AKU PERLU MENANGIS SEKARANG

TOLANGLAH CARIKAN AKU MESIN CUCI OTAK DAN CUCI HATIIIII...TOLONGLAHHHH..AKU PERLUUU...


Bulu hidung

Thursday, March 17, 2011

Kenapa post aku sejak akhir-akhir ni macam orang mati laki....

Rasanya aku pernah post pasal pengangguran berjaya aku..
biar aku cerita plak hidup aku sebagai karier women yang 'best amat' ini..
aku berkerja dengan kampeni penghantaran pasti sampai esuk sebagai kuli..
tukang kira duit..kulilah tu..xkan bos plak??
aku bukan despatch..bukan..kalau despatch pakai bahasa macam ni...

hari-hari gua kira duit kampeni..bayar hutang kutip hutang..
duit kampeni semakin bertambah dan duit gua makin bertambah kurang..

Jam lonceng.loceng ka lonceng?
semula
Jam loceng gua start menangis jam5 pagi
lepas gua snooze 45kali gua berjaya bangun jam5.45pm
gua siap2 mandi terus gua update status 'hadir' sama ketua bumi.
gua memang xpernah on time update status ni..
adek gua 'uztaz coklat' pernah tegur gua.
'kalau dekat sabah ni lu kena update status jam5.30' 
Ketua bumi online awal sikit dari tempat lu skolah dulu!! +_+

Gua keluar rumah jam7. gua rembat kueh 2keping + milo 3 in 1 terus gua sarung selipar getah.
Dengan penuh yakin gua melangkah menuju opis gua.
Dalam perjalanan ke bustop gua rembat mee seringgit buat makan lunch.

Pagi tadi gua tunggu bus macam haram jadah bus x layan pun gua.
Dorang layan budak2 skolah yang sibuk2 juga merempat sekitar kk seawal jam7.
Gua sarankan kerajaan jangan bagi cuti sama budak2 ni.
Menghabis duit mama bapak! Kalau gua lebih apdal kiranya jam2 gua sehari2 di buat berhibernasi.

20minit kemudian gua nampak bus kosong. gua tendang macik sebelah masuk longkang. gua duduk depan pasang seatbelt. 

gua fikir2 gua xkan sempat sampai opis on time.
gua nekad ambil taxi.
Ni gua saran jabatan keretapi negeri sabah kalau boleh buat landasan sampai opis gua. ada happy sikit hati gua pergi kerja.

kesimpulannya! gua cuma mau cerita abang taxi tadi menghantui gua sepanjang hari ini. 

gua nasihatkan pada pemandu taxi. kalau ada masa terluang tu tolonglah tolong gunting bulu hidung. sampai sekarang gua terbayang bulu hidung abang taxi tu menari-nari di luar lubang hidung. 

gua sampai opis gua hulur 10ringgit dengan harapan tinggi supaya abang taxi tadi beli gunting bulu hidung.

selamat malam.  


Asing..

Sunday, March 13, 2011


Kita..merupakan dua jasad asing
Bertemu di tempat yang asing
.
.
.
.
Sekarang..
Kita mula berbahasa asing
Tidak mampu aku terjemahkan lagi
Perasaan asing ini (aku perlu kamus baru barangkali)

Hari sudah petang..
Kau sudah melangkah pergi
Eh..aku juga harus pulang
Kenapa aku masih terus di sini??
Ini bukan tempat aku
Aku terasa asing di sini
Biarlah aku pergi
Dan
Cuba belajar memahami perasaan asing ini..



Orang Kecil




Ruang sunyi tanpa tamu..

Wednesday, March 9, 2011

11.13a.m
Hitung kira darab bahagi tambah tolak..lama jugak rupanya aku x blogging ni. 
*fuh fuh..lap2 habuk kasi bersih sikit ini kediaman tanpa tamu.
  
Maaflah ruang sunyi tanpa tamu. Aku melawat cuma kadang-kadang buat pengubat rindu. Maaf kerana tidak dapat sering bertemu. Masa aku di curi 96.76%(ini kau boleh kira pakai formula siti sipir) oleh ruang realiti yang sebenarnya menetapkan sekalian makhluk hidup untuk berterbangan di bumi Tuhan mencari rezeki. Aku tidak terkecuali. 

Apa khabarmu ruang sunyi tanpa tamu? seperti biasa aku bertandang untuk bersembang. Mari kita bercerita tentang kehidupan...seperti yang kau tahu. Menjelang 25tahun kehidupan..25? wtf? 25?? serius wtf?!..eh eh..maaf ruang sunyi atas ketelanjuran kata-kata kasar tadi. Rasanya baru semalam berumur 15 tahun lompat pagar sekolah, escape prep malam, kena rotan uztaz time ketawa2 baca majalah ujang. Kini sudah berumur 25. eh. pembetulan 24.88 tahun. Round up. 25 juga kan? wtf!?

Ruang sunyi...aku baru ingin menetapkan kehidupan di satu garis yang lebih lurus..lebih baik, lebih teratur dan selesa. selesa x selesa sangatlah. Masa seolah-olah terlalu cepat. atau akukah yang bergerak lambat. sedangkan keretapi sabah pun sudah mulai bergerak pantas. Bukan mahu mengeluh itu tidak cukup ini kurang.   tapi aku seolah tidak sabar mahu kehidupan ini jadi lebih baik. Kalau kau faham ruang sunyi..

ehh..di mana ntah sudah aku membebel ni.  

Yang pasti ruang sunyi. semakin aku fikirkan. seolah-olah semakin panjang keluhan aku. sedangkan diberikan   kehidupan itu sudah sepatutnya aku syukuri. ntahlah..macam gundah x bersebab pun ada juga. Walhal aku ni bukan pencinta wang pun. pencinta wanita lagilah bukan. 

Benarlah kata Umar bin Al-khatab 'tidak akan kau berasa gundah jika kau tahu apa yang kau cari'

Terima kasih atas sedikit waktumu ruang sunyi. Semoga bertemu lagi. jangan kau risau. Aku akan terus mencari...

Yang benar..Tamu dalam kesempatan waktu.. 

Escape..

Sunday, March 6, 2011

Carikan aku suatu tempat yang selamat dan selesa. Kadang-kadang aku juga mahu lari dari keadaan......Kalaulah hidup ni kita boleh 'escape'...kalaulah..

^__^

Saturday, February 19, 2011

Balada Si Ibu-ibu

Monday, January 24, 2011

Macam haram jadah aku boleh tulis blog 3 entries dalam satu masa.
Eh..suka hati budi akulah mau empat lima sembilan juta kali. Ada aku kisah orang/alien/makhluk halus dan kurang halus(paijah) baca apa ngak??
Kalau aku lagi berada di rumah aku, rmh nenek aku, rumah paijah dan rumah sil. Aku jadi bisa ngomong2 bahasa indonesia gitu loch. Hari2 aku nampak sang ibu-ibu menonton SINETRON MELULU.
Aku gemar bahan bacaan dari indonesia.
Filem. 
Music.
TAPI SINETRON AKU MACAM XDAPAT TERIMA!! TIDAAAKKKK!! TERLALU BANYAK MONOLOG!! BAIK AMBIL PELAKON DAN BERLAKON SENDIRI2 SEBAB LEBIH KURANG 70% ADALAH MONOLOG DENGAN DIRI SENDIRI. APAKAH INI?

TENANG......

Sewaktu aku sampai di rumah silviana. Mamanya bertanya silvi
Unty : kakak silfie mau jus ka? mama buatkan...mama ada beli jus maker baru..
Sil : Kalau ada avocado mau
Unty : Tiada..tapi honeydew ada
Sil : ba
Sambil berbisik dengan aku..kasi iya jak nanti x berenti dia tanya mau jus apa...

Ibu-ibu biasanya begitu..sama seperti mama. Ketika baru membeli oven..Dia boleh bakar kek setiap hari. Try buat pizza dan macam2 lagi dan kami dipaksa menjamah kek yang kadang2 kurang jadi. 

Ketika membeli pengukus baru. Semua lauk pauk adalah WAJIB DI KUKUS!!! dari ikan ayam daging kek segala jadah adalah dalam bentuk makanan KUKUS!

Ketika membeli CD Mawi. Ahhaa. Mama memutar CD tersebut sebanyak 276kali putaran jam! sampai kami bersengkongkol adik beradik menyorok cd mama..

Tapi aku lihat mama sedikit kurus. Aku faham mungkin dia pun bosan makan sendiri. aah. Selera mati makan sendiri2 sebenarnya. Sejak aku pulang mama macam seorang yang gembira dan menghafal nama aku ke mana - mana. Sekalipun ke dapur dia akan memanggil2 menyuruh aku mengambil bawang. dan rajin membawa aku berjalan keluyuran di sekitar Papar dan menyinggah demi menikmati kentaki. T___T 
AKU SEPERTI MAHU MENUKAR NAMA!

Sejak aku di rumah. Mama aku semacam ada kebiasaan baru mengetuk pintu bilik aku 98 kali sehari demi memberitahu aku harga ayam naik, gula habis, siput babi hilang arah. Dan untuk memberitahu aku betapa gemuk aku sekarang. Depresi ini turut dirasai sil. Aku faham dia tensen di bising2 kerana masalah kehamilan. eh maksud aku berat badan. tapi dia sebenarnya xla kisah sangat. dia agak selesa dengan badan sendiri so apa mau kisah. tapi aku. agak kisah juga. tah lah. padahal makan jak tengah malam. 

bersambung.....