Happy Birthday TO ME!!

Friday, April 15, 2011




Happy Birthday Nur Faizura...Gambar di atas di snap time birthday aku ke 21..
Pastu birthday aku yang seterusnya waktu aku duduk nun Segamat Johor. Xpernah aku celebrate2 tiup2 lilin potong kek segala. Kompiden2 semua birthday aku jatuh pada study week dan zaman kemelesetan ekonomi setiap manusia yang bergelar pelajar. So paling best pun member2 bayarkan time makan malam. Paling wangi time aku part6. Setiap manusia dalam rumah sewa aku pulang ke rumah masing2 manakala aku stedi2 nyanyi lagu birthday tiup kompor (dapur gas). WTF?

Harijadi ke 25 ni sikit aku x expect apa2. Gua dah tua dah beb. Gua dah stop tiup lilin segala seawal umur 22tahun. Gua dah imune dah member lupa birthday gua, Gua x kecil hati. Lahir2 aku ke dunia ni pun bukan bawak efek besar mana dengan semua orang. Rasullullah satu2 nya manusia yang mana kelahirannya musti semua manusia yang beragama Islam menurut kad pengenalan masing2 wajib meraikan hari tersebut. Manusia hebat. Aku? manusia biasa. Banyak dosa. 

Tapi tadi aku di kejutkan dengan kek lilin dua batang waktu aku 'pretending busy playing freeding frenzy'. kacaulah. sikit punya busy aku makan2 ikan kecil. Thax a lot for Ainneh senior exec company aku kasi saprais party. Thax for the cake, pink card yg kiut & kasut Voir yang xmuat. HAHAHAHA. Besok aku tukarlah. Aku add sikit ringgit buat beli beg la pulak. Kasut ada tiga pasang aku x pakai pun. I'am falling in love working in this company. TQ sooo much. Besok aku ada dinner plak. eksiden plak dengan makan2 sempena birthday aku dengan sohabat2 kesayangan Silfie & Faizah. Tapi aku mesti pilih yang member2. Sudah tiga kali kot birthday gua x sambut dengan member. Atau lebih tepat X SAMBUT LANGSUNG PUN. 

I'am really happy. Banyak benda yang menggembirakan di sini. This is the place that I belong. My family is here. My friends is here. 

25 cuma angka. Apa yang membezakan kematangan kita sebenarnya ialah pengalaman.
Untuk angka 25 dalam hidup aku. Aku mahu berterima kasih. Alhamdulillah dan Terima Kasih Allah atas peluang menikmati kehidupan di bumi MU ini. Menghirup oksigen setiap hari. Terima kasih atas kurniaan rezeki, kesihatan, keluarga dan kawan2. Terima kasih atas KEHIDUPAN ini. Terima kasih atas pengalaman, kesakitan, kekalahan, kejatuhan, kesilapan, pengajaran atas kesombongan, di situ aku belajar jadi manusia yang lebih matang. Yang tahu menghargai, yang tahu rendah diri, yang tahu memberi. Yang paling penting yang masih waras dan masih punya hati. Bukan bermaksud akulah yang baik. Tapi aku rasa zaman kecintaan harta sekarang ramai yang lupa fungsi sebenar hati.

Untuk angka 25 aku belum mencapai satu tahap yang harus aku banggakan. Aku baru mau start life. Baru start kerja. Baru start saving. Aku harap before aku ada komitmen bulanan yang besar contohnya installment kereta dan macam2. Ini waktu yang baik untuk aku save duit. By 30 InsyAllah kalau di panjangkan usia. Aku & Glah mesti start renovate rumah kami tinggalan ayahda(macam lagu liza abdullah pulak kan?). So aku mesti ada target. *sambil lukis2 atas kertas majong pastu lekat dekat dinding bilik.

Bila kita sampai satu stage dalam hidup kita mestilah rewards diri sendiri. Selain plan bercuti aku tuk reward diri aku tunggang tebalik belajar dulu. aku fikir2 barang haram jadah apa yang aku mau beli untuk menghargai diri sendiri. Beb..kau tunggu orang lain hargai kerja keras kau memang bersarang labah-labah kau tunggu. So mari menghargai diri. yeah.

Ingat mau belikan diri sendiri Lomo kamera. Tapi kalau baru save RM300 sebulan tiba2 beli Lomo kamera pun harga RM300. Memang akulah manusia bangang. Akan aku usahakan jugak nanti dengan nasihat pakar barang2 elektronik begini iaitu adik aku Fawaz. Kalau berbaloi kata dia so aku belilah. Kalau tidak...yaa..tidaklah. So aku decide mau reward diri aku dengan buku. Sejak2 menjadi tua ni. Tiap2 malam aku bertrip sophisticated dengan membaca sebelum tidur. Sekarang aku tengah sibuk2 berlakon sibuk menghabiskan 'where rainbows end' by Cecilia Ahern. 

Oklah, sebelum saya akhiri ceramah saya pada hari ini. Ingin saya mengucapkan selamat hari jadi juga buat kawan saya yang lahir pada tarikh 6 April jaman jepun berasal dari planet marikh. Selamat hari jadi. Semoga beliau terhindar dari gejala penyakit seperti sifilis dan kurap kucing.





0 suka conteng:

Post a Comment