Menagih Syurga

Saturday, April 30, 2011

*Memvacum kapet blog..

Penat. Kehidupan kehidupan. Itulah yang selalu kita keluhkan. Penat menunggu kita mengejar. Penat mengejar kita menunggu. Walaubagaimana berat pun kehidupan. Itulah kehidupan. Bersyukur donk diberi peluang untuk hidup. Alhamdulillah. 

Terus terang aku cakap di sini. Mungkin aku antara hamba yang kurang bersyukur. Selalu mengeluh. Di sini kurang. Di sana belum cukup. Betulkan manusia itu tamak? Bila Tuhan berikan begini. Kita mau lebih. Patutlah kata orang kalau kita rasa kurang. Kita jangan lihat orang yang lebih dari kita. Kita cuba lihat orang yang kurang. Supaya kita tahu kita lebih bertuah dari sesetengah orang. Tapi jangan pula terlalu 'bersyukur' dan berserah sampai x mahu berusaha menjadi yang lebih baik.

Aku ingin kongsikan dua watak yang baru aku kenal tapi betul2 membuatkan aku rasa betullah..orang yang Allah sayang itu pasti ada ujiannya. Dan mereka tetap bersabar & bersyukur dengan ketentuan Nya.

Watak pertama. Abang Mat. Buta/bermasalah pada mata sebelah kanan. Berkerja di sebuah restoren. Paling tinggi mungkin dibayar beberapa ratus setiap bulan. Perantau. Kadang2 berduit kadang2 tidak. Pada waktu dia sampai ke rumah makcik aku, dia cuma ada RM10 dalam tangan. Pada sebelah malam dia mengajar Al-Quran kepada sesiapa yang mahu belajar. Dulu makcik aku sempat menghabiskan sehingga Juz11 bersamanya. Baru2 ni makcik aku diminta oleh pihak sekolah untuk mengajar Al-Quran untuk beberapa kelas. Makcik aku atas dasar cuba meyakinkan dan memperbaiki bacaannya. Dia menghubungi abang mat untuk mengajarnya sampai Khatam selama 4 hari. Abang mat tadi dengan senang hati tanpa tahu pun samada dia di bayar atau tidak datang ke rumah makcik aku dan mengajar makcik aku dari selepas subuh
sehingga habis isya'. Bayangkan? tanpa mengharap sedikit bayaran pun. Dia mohon cuti semata-mata menolong makcik aku yang sudah separuh jalan mengaji dengan dia. Cukup 4 hari makcik aku khatam. Berapa ramai antara kita yang sudi mengajar tanpa bayaran? setiap baris setiap perkataan setiap maksud setiap ayat di ajar satu persatu. Terus terang. Aku tidak. Aku di bayar 25ringgit satu sesi mengajar akaun.  
4bab. Sedangakn abang mat. 19Juz. Dengan harapan agar murid2 makcik aku nanti mendapat bacaan yang betul. Dia mungkin bukanlah cikgu berpelajaran tinggi. Tidak di bayar gaji 4 angka untuk setiap kelas. Tiada sijil bersusun di dindidng rumah. Tiada gambar berjubah. Tiada kot mahal. Tidak berkerja di dalam office berhawa dingin. Tapi aku rasa. Kerusinya lebih tinggi dari kerusi yang di rebutkan dalam pilihanraya Sarawak tempoh hari. Akaunnya lebih berisi dari akaun kita yang mendapat ribuan setiap bulan. Dia ada sesuatu yang tidak semua orang ada. Dia ikhlas. Bayarannya lebih mahal di sisi Allah.

Watak kedua. Uztazah Rahmah. Kawan seorang makcik aku. Perantau. Menjual barangan runcit di siang hari. Pada sebelah malam seoarng guru mengaji. seperti abang mat. Menghidap kanser hidung. Dia tidak pernah berkahwin. Tiada anak. Tapi dia menanggung anak-anak buahnya yang kebanyakkannya belajar di sekolah tahfiz. Baik orangnya. Pada waktu dia sakit. Anak-anak yang diajarnya masih datang untuk mengaji. Dalam tiada daya. Dia masih mengajar. Besar sekali dugaannya.

Bila aku lihat dua watak tadi. Bila aku mula mengeluh tentang kehidupan. Aku mula merasakan. Ya. Apa sangatlah apa yang aku hadapi sekarang berbanding mereka. Sedangkan mereka orang yang dekat dengan Allah. Begitu besar lagi dugaan yang menimpa. Tidak pernah aku dengar sebarang keluhan. Tidak pernah bercakap tentang kekurangan. Entah dari mana datangnya sabar yang begitu sekali. 

Sekarang aku lebih faham. Benarlah kiranya, untuk menagih/mengharap Syurga Allah itu bukan mudah. Sedangkan mereka bukan orang 'biasa2' walau pada mata kasarnya kita lihat tidaklah segah ahli politik atau artis2 yang kita puja. Tapi mereka di uji jauh lebih hebat dari kita. Kenapa aku katakan bukan orang biasa2? kerana aku pernah baca satu Hadith "Orang yang terbaik di antara kalian ialah orang yang mengajar dan belajar Al-Quran'' Wallahualam. Betulkan kalau aku salah.

          

0 suka conteng:

Post a Comment