Balada Si Ibu-ibu

Monday, January 24, 2011

Macam haram jadah aku boleh tulis blog 3 entries dalam satu masa.
Eh..suka hati budi akulah mau empat lima sembilan juta kali. Ada aku kisah orang/alien/makhluk halus dan kurang halus(paijah) baca apa ngak??
Kalau aku lagi berada di rumah aku, rmh nenek aku, rumah paijah dan rumah sil. Aku jadi bisa ngomong2 bahasa indonesia gitu loch. Hari2 aku nampak sang ibu-ibu menonton SINETRON MELULU.
Aku gemar bahan bacaan dari indonesia.
Filem. 
Music.
TAPI SINETRON AKU MACAM XDAPAT TERIMA!! TIDAAAKKKK!! TERLALU BANYAK MONOLOG!! BAIK AMBIL PELAKON DAN BERLAKON SENDIRI2 SEBAB LEBIH KURANG 70% ADALAH MONOLOG DENGAN DIRI SENDIRI. APAKAH INI?

TENANG......

Sewaktu aku sampai di rumah silviana. Mamanya bertanya silvi
Unty : kakak silfie mau jus ka? mama buatkan...mama ada beli jus maker baru..
Sil : Kalau ada avocado mau
Unty : Tiada..tapi honeydew ada
Sil : ba
Sambil berbisik dengan aku..kasi iya jak nanti x berenti dia tanya mau jus apa...

Ibu-ibu biasanya begitu..sama seperti mama. Ketika baru membeli oven..Dia boleh bakar kek setiap hari. Try buat pizza dan macam2 lagi dan kami dipaksa menjamah kek yang kadang2 kurang jadi. 

Ketika membeli pengukus baru. Semua lauk pauk adalah WAJIB DI KUKUS!!! dari ikan ayam daging kek segala jadah adalah dalam bentuk makanan KUKUS!

Ketika membeli CD Mawi. Ahhaa. Mama memutar CD tersebut sebanyak 276kali putaran jam! sampai kami bersengkongkol adik beradik menyorok cd mama..

Tapi aku lihat mama sedikit kurus. Aku faham mungkin dia pun bosan makan sendiri. aah. Selera mati makan sendiri2 sebenarnya. Sejak aku pulang mama macam seorang yang gembira dan menghafal nama aku ke mana - mana. Sekalipun ke dapur dia akan memanggil2 menyuruh aku mengambil bawang. dan rajin membawa aku berjalan keluyuran di sekitar Papar dan menyinggah demi menikmati kentaki. T___T 
AKU SEPERTI MAHU MENUKAR NAMA!

Sejak aku di rumah. Mama aku semacam ada kebiasaan baru mengetuk pintu bilik aku 98 kali sehari demi memberitahu aku harga ayam naik, gula habis, siput babi hilang arah. Dan untuk memberitahu aku betapa gemuk aku sekarang. Depresi ini turut dirasai sil. Aku faham dia tensen di bising2 kerana masalah kehamilan. eh maksud aku berat badan. tapi dia sebenarnya xla kisah sangat. dia agak selesa dengan badan sendiri so apa mau kisah. tapi aku. agak kisah juga. tah lah. padahal makan jak tengah malam. 

bersambung.....




Ketemu nih!!!

AKU TELAH SUCCESS MENJUMPAI NOVEL YANG AKU CARI-CARI
'MARMUT MERAH JAMBU'
nyata agak okie2 la.
Romantik mungkin untuk yang bercinta..
Aku ni semacam pelik..susah sekali menjiwai kalau time mood bercinta terkubur dan tiada dan..dan..jadi buku cinta macam fuck aku baca dengan bosan.
Silviana macam penuh usaha memulakan pembacaan novelnya yang di beli time di KL hari tu
'Lagenda Budak Setan'
Chowww

Seminggu Berada Di Bawah Bayu

Sudah seminggu aku selamat sampai di rumah sendiri dan rumah kawan2 dan tidak lupa juga rumah tumpangan.
Home is where the heart is.

Asal tahu saja aku ni orang yang kurang gemar perubahan.
Sampai di rumah aku lihat bilik aku telah di porak-perandakan dan perabot2 telah di alih2 dengan sesuka hati. Kurang gembira aku melihat semua perabot di letak di suatu tempat dan tempat lain kosong. Lagi pulak keberadaan karpet yang kurang menyenangkan kerana aku Wajib membersih karpet bilik aku setiap hari. Dan baru aku dapati kondisi vakum agak parah. Aku jadi x selesa memakai karpet dan segera menggulungnya lalu di letak di hujung bilik. 

Isnin - Jumaat
Kehidupan pembersih bermula. Aku bangun awal untuk menyapu, mengemop, membasuh toilet, mencuci taik ayam!! Om penjaga kandang kambing kazen aku memelihara ayam dan di biar berkeliaran di sekitar rumah kami. Aku jadi emosi berat melihat ayam-ayam gembira-gembiri menjadikan dapur dan halaman kami sebagai TANDAS AWAM! aku usulkan agar om tadi menyimpan ayamnya di kandang. sebelum aku mengamuk dan meracuni ayamnya dengan memberi minum jus orang kampung hingga benar2 mereka tau rasanya cirit-birit!! 

Hari-hari aku penuhi dengan emosi. HAHAHA
Aku jadi orang yang pemarah entah kenapa-napa. Aku tahu ini tidak sepatutnya berlarutan. Aku usahakan mencari doa-doa penghilang marah. Aku x mahu keriput sebelum waktunya. Aku sibuk-sibukkan diri menghantar resume secara online ke jobstreet dan mengisi borang2 segala. Aku habiskan waktu membaca buku dan aku terjumpa buku 'who move my cheese?' yang berkaitan tentang perubahan haruslah diterima dan  'sesuaikan diri' adalah lebih baik dari terus marah-marah. FINE. Aku jadi kurang marah. Masa di rumah aku habiskan juga dengan menonton TV LCD baru mama. Ahhh..ini agak annoying..setiap kali aku mau on tv. mama aku cakap 'nor ujan..kasi mati tv'. aku mau on tv..mama 'nor temparik..nor gelap..nor nor'
aku..'mak xpayah la beli tv mak'
mama 'mahal ba pulak tu norr'
JADI KALAU SETIAP KALI ON MENJADI DOSA BESAR!! LEBIH BAIK X TV!!

Jumaat - Ahad
Mari menghabiskan duit kawan baik..
Actually aku malas mau jalan. Lebih senang aku stress2 jobless di rumah. HAHAHAHA
Namun silviana tidak dapat menghadirkan diri ke kundasang lalu atas dasar kawan baik dan dari bodoh2 meo kan lebih baik aku jalan. FREE woo..kenapa menolak?? Lalu bertolak ke Ranau untuk menghadiri majlis kawen dan sekalian jalan-jalan. YEAAHHH. SUCCESS.
 Balik dari kundasang terus ke rumah silviana buat mengupdate resume dan sama2 mencari kerja.yeah. Success mneman sil ke tabib cina buat penyembuhan kaki yang bengkak akibat gaya jalan yang tidak stabil. Ini orang dari dulu jalan kelam-kabut. Di mana-mana pun dia jatuh.

Bosanlah aku cerita dengan wall putih bongok ni! hakikatnya aku harus pulang segera sebab semakin lama aku berada di rumah sil ni semakin membabi aku. Exbok rumahnya penuh dengan makanan2 dan aku bandingkan dengan exbok rumah aku yang ada air sejuk dan ais sahaja. dan lampu. dan lada.

Aku rindu ani. Di rumah aku jadi x selera makan(penipu! oi kau kenapa menipu!!) ini sebab aku x kawan makan. Ceh. Sekian. 

192737646478380218392 patah perkataan. Cuba kau kira kalau kurang percaya!


Kecelaruan...

Sunday, January 16, 2011

Lagi 4 jam sebelum penerbangan aku(skema)
Packing (/)
Mandi(x) waahaha
Sibuk-sibuk aku mau balik ni. Aku cek & kemas benda-benda lagha dalam handbag. 
Benda-benda lagha yang aku jumpa cumalah purse+bedak badan Johnson yang kecik tu Rm2.90+ eyeliner Avon yang cair kalau pakai sampai petang. 

Watepak?? Ni handbag perempuan atau penkid?? Mana pergi makeup?? mana? mana?
Jumpa jugalah blusher..dan minyak kapak..malu aku kalau di tag..BENDA HARAM JADAH YANG TERDAPAT DALAM HANDBAG ANDA??
  So, sampai di Mydin. Aku pun belilah..
1. Compact powder Johnson&Johnson
2. Eyeliner 1 dozen Rm2.90
3. Lip balm
Patutlah selama ni aku x pernah pun post harta apa aku beli dekat sini. Ketahuilah...purchasing power aku adalah dalam kadar terendah ketika ini. HAhAha. pelik juga. dulu aku pakai juga makeup2 ni. Eye shadow? tah tahun bila last aku pakai. Praktikal pun aku x pakai kot. Mascara?? Jangan tanyalah....

WAJARLAH AKU SINGLE...xkisahlah....Aku pun kempius..apa sebenarnya jantina aku ni..T____T

 TAPI AKU MASIH CINTA SAMA JOHNNY DEPP!!!


CURHAT

Saturday, January 15, 2011

Semalam aku tulis sebab kenapa aku perlu balik KK bukan?
Okay
Aku malas mau merepek. Kiranya mau buat banyak sebab. Sebab memang banyak sebab pun. Sebab-sebab yang bodoh. Hahaha. Maksudnya di sini. Sebab-sebab yang kurang penting.

Cuma ada satu sebab penting.
MAMA
.
.
.
Seingat aku, akulah anak yang paling jarang berada di rumah. Lepas bapa aku meninggal. Aku tinggal dengan uncle aku. Kerana masalah kewangan. So, seawal umur 12tahun aku memang xtinggal di rumah. Lepas tu aku masuk pula sekolah yang memang kena tinggal hostel. Lepas tu aku masuk pula Uni. Hostel lagi. Belajar di Johor. Rumah sewa. Tiba-tiba aku cakap aku mau kerja di KL ni. Mama aku macam kurang setuju sikit.

Aku cuba pertimbangkan. Antara kehendak aku dan kehendak dia. Ambil masa. Memang aku sengaja x balik lepas ja exam hari tu. Pertama sekali, kerana tiket super duper mahal! RM800. WTF? Kedua, aku merasakan peluang kerja di sini lebih banyak. Lebih menjamin sumber kewangan. Ketiga, aku memang janji dengan Sil mau celebrate new year dekat sini. Alang-alang aku tunggu jala dia kan? x rugi pun kan. Aku juga yang happy. Hehe

Dilema nya di sini.
Aku kurang pasti sama ada mama memang suruh aku balik sebab x mau aku jauh ATAU aku sebagai bendahari dan pemegang akaun2 dia di suruh balik untuk menguruskan kewangan dan masalah2 rumah. Serius. Kadang2 aku mau lari. Umur aku jejak 13tahun. Ini semacam kerja tetap aku. Sejauh Johor masih juga aku yang di suruh. Maaf kalau aku cakap. Kadang2 aku mau lari. Adik-adik aku sudah besar. Masing2 sudah pandai. Tapi kenapa masih aku? Adik-adik aku pun kalau ada problem mesti rujuk aku. Tiada seorang pun akan terus merujuk sumber(makcik aku). Pastu mesti aku juga yang akan nego bla bla bla dengan makcik aku. Bukan mau mengungkit tapi apa kurangkah lagi tanggungjawab aku selama ini? Sampai aku korban kan kepentingan aku untuk keluarga. Bukan mengeluh tapi....tahlah..tetap tiada siapa juga yang faham. Cukuplah. Tiada niat aku mau mengungkit atau mau cakap akulah yang baik. Cuma yang aku tau. Memang aku ikhlas buat semua ni. Sebab aku sayang. Famili kot. Memanglah sayang.

Keliru.
Aku cuba lebih rational. Aku nampak kerisauan mama. Anak perempuan mestilah kalau boleh dia mahu dekat dengannya. Lainlah lelaki. Lebih2 lagi dia mungkin sunyi. Semua adik-adik aku akan sambung study dalam masa terdekat. Tahun ini. Ani, Daiy. Fikri di sek asrama. Fawaz di UM. Mungkin dia mengharapkan aku dekat. Bila fikir yang ini. Aku tau dia sunyi. Apalah sangat mengejar kehendak aku kan? Selama 13tahun dia ketepikan kehendak dia untuk kami. Ini penyebab aku x pun menghantar resume aku di sini. Aku masih dua hati. Aku cuma hantar satu ke XX. Itupun aku baru dapat khabar InsyAllah ada jawatan kosong dan kemungkinan besar aku akan di panggil. Interview la. Belum dapat pun. Ceh. Haha. Tapi macam ada harapan di situ. Tapi x la berharap sangat. InsyAllah kalau rezeki. Nah. Buat aku tambah keliru. Mestilah jawatan itu di sini bukan? Tapi xpalah. Belakang cerita. Yang penting aku balik dulu. 

Sebenarnya..kalau curhat ni memang x kan habis. Kalau suruh taip sampai besok pun aku boleh taip.

Tapi di sini. Aku cuba ikhlaskan dan niatkan bahawa aku buat ni untuk mama. Dan percaya rezeki Allah tu tetap Allah yang berhak bagi dan berada di mana-mana kan? Semoga Allah membuka pintu untuk aku. Semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik. Tah apa2 lah aku ni. Baru sebulan menganggur pun emo. HAHAHA. Sebab boring mungkin.

Okay. Aku harus memikirkan apa aktiviti aku untuk membunuh kebosanan nanti. Apa kata aku ikut kelas membuat kek? HAHAHAHA. dibenarkan ketawa. Menjahit memang x lah. Duit mana pula aku mau songlap buat beli mesin. Library mungkin bagus. Tapi library Papar ni buku dia agak outdated sikit. T_T. Eh..mama exbf aku kerja dekat DBP. Kalaulah aku tanpa segan silu pergi sana untuk dapatkan buku2 best. Hehe. Nasiblah kami putus pun 'tenang2'. So masih boleh berkawan. Akan dipertimbangkan!

Seterusnya, Soal hati. HAHAHA. Ini tiada kaitan dengan exbf. Cerita lama sudah tutup buku. Soal hati memang susah sikit kan? Bila otak dan hati tidak duduk sebelah sebelah. Jadi susah mau faham. Otak kata jangan. Hati kata lain pula. Otak dan hati ni memang selalu bercanggah. Tidak memahami antara satu sama lain. Tapi otak xlah jahat sangat. Otak selalu realistik tapi bukan kejam. Otak selalu cakap. Xpalah hati. Sabar. Cuba terima. Lama-lama okeylah tu. Mari kita buat bentuk dialog..

Otak : Sudahlah tu hati. jangan ingat lagi. ada yang lebih penting
Hati : tapiii..susahlah otak..susah
Otak : Jangan begitu hati. Memanglah susah. slow2..
Hati : macam mn?? kalau boleh lupa sekarang juga..
Otak : ish..kadang2 lambat..sabarlah..ingat Tuhan *pakai kopiah
Hati : T______T
Otak : Janganlah sedih2 hati...Doa banyak2 minta di tunjukkan jalan. Mungkin ini salah satu petunjuk bahawa: mungkin bukan dia orangnya. kalaupun dia.. mungkin belum tepat masanya..
Hati : ya..mungkin dan mungkin..thax otak..love u..Kawan?
Otak : okeyy..love u too.. kawan.

dan berkawanlah mereka sampai bila2. sweet. shit =P

Ceh. Bukan besar mana pun masalah hati aku ni...tapi sedikit sebanyak mengganggu jugalah. Xpala. Sebenarnya aku lebih apa org panggil? lega. yeah! haha. Lega lepas aku minta maaf. Maaf. Susah kan satu perkataan ni. sebab kita ada ego dan jadi susah mau sebut. Maaf yang kau terpijak kaki org tu ya la. xsengaja. Dalam certain2 hal macam agak susah. tapi kadang2 perlu *bagi akulah merendahkan sedikit ego untuk ini. untuk aku berasa lega. baru rasa ringan sikit beban rasa 'bersalah'. biarlah aku nampak kalah. atau biarlah aku mengalah. dari aku terus rasa bersalah. ala bukan rugi apa2 pun kan kalau minta maaf. kan? kesian kan hati? xsanggup aku biar 'dia' lama2 gundah*ceh ayat pakai gundah segala. So, Sekarang..aku cuba melepaskan rasa-rasa yang masih berbekas tu. =)  Aku doakan dia bahagia. InsyAllah. Ikhlas.

Ahha..ini betul2 di taip ikut suka medula oblongata aku dan dari sudut hati aku yang terdalam. Kalau medula kau kurang setuju terpulanglah.


Tolong Ingatkan Aku.

Thursday, January 13, 2011

Tolong ingatkan aku tarikh flight aku balik
Tolong ingatkan aku untuk packing
Tolong ingatkan aku bahawa hidup bakal lebih boring kerana akan terputuslah hubungan akrab dengan internet
Tolong ingatkan aku hidup bertambah boring atas ketiadaan ani dan fikri di rumah lalu terkuburlah niat aku menonton Harry Potter secara marathon sampai Harry Potter yang latest ni.
Tolong ingatkan aku untuk meletakkan kasut di tempat yang paling jelas sekali dalam bagasi untuk ingatkan aku bahawa aku perlu jogging sepanjang aku berada di rumah atau melaksanakan tugasan pembersih rumah dengan dedikasi sekali demi menghilangkan double chin!
Tolong ingatkan aku untuk melawat-lawat dapur. HAHAHA. Ni kalau x tah sampai bila aku x kawen2 ni sebab x pandai masak!
Tolong ingatkan aku untuk lebih bersabar dalam menangani keluh kesah mama aku sepanjang berada di rumah terutama dalam urusan ekonomi yang memang MERUNCING selalu. T__T tolong!
Tolong ingatkan aku untuk membuang resume aku kemana-mana yang patut!
Tolong ingatkan aku bahawa RM aku semakin berkurang lalu aku perlu carik kerja. HAHAHA. k x lucu.

Tolong ingatkan aku pada apa-apa yang kau rasa aku lupa.
Tolong ingatkan aku bahawa aku ini Hamba Allah. kadang-kadang aku lupa apa yang aku ada ini pinjaman, kadang2 aku lupa untuk bersyukur, kadang2 aku lupa untuk meminta, kadang2 aku lupa untuk mengingatiNYA, kadang2 aku lupa aku bersifat sementara, kadang2 aku lupa....
Tolong ingatkan aku aku masih ada mama, keluarga, kawan2..kadang2 aku lupa untuk menghargai apa yang aku ada..merungut untuk apa yang aku tiada..

Tolong ingatkan aku pada apa yang aku lupa..

Eh, kenapa orang emo lagu 'Tolong ingatkan aku' menang AJL? Bagus apa 'Tolong ingatkan aku'. Tolonglah ingatkan aku.

Diam dan baca!

Saturday, January 8, 2011

Aku mahu menulis tapi aku kurang perkataan pada malam ini.
Sepertimana aku mahu bercerita tapi aku hilang kata-kata pada malam ini.
Lebih kurang 60% telah aku gunakan dengan bersembang sama kawan baik aku di 'sembang mukabuku'.
30% bersembang di rumah. Aku simpan 10% untuk masa depan. Menabung itu amalan mulia kawan-kawan.

Dua hari ni aku sibuk baca Tuesdays With Morrie by Mitch Albom. Pertengahan tahun aku pernah cuba baca buku ni dekat e-book. tapi aku pening. Baca dekat e-book ni buat kau rasa buku ni macam tebal kamus. Padahal hek-eleh nipis ja. Helaian demi helaian tiba-tiba kau sampai di tengah. Kau selak punya selak lagi. Ehh. Habis. Dengan deraian airmata terharu T____T. HAHAHA. Bukanlah terharu sebab berjaya habiskan buku ni. Terharu sebab memang cerita dia mengharukanlah. Walaupun bukan cerita cinta jiwang-jiwang awek mati tercekik pisang di majlis perkahwinan. Tapi cerita ni kasi aku T______T.

 Aku kasik 12/10. 2 markah bonus sebab kasi nangis aku lalu aku merasakan. Eh aku masih punya hati. Lega di situ.

Simple book, simple words, simple story about life. Contents dia pun serius simple. Pasal family, regrets, emotion, money, marriage, forgiveness, love etc. Yang kau boleh relate dengan diri kau.

Okey, cukuplah ni. Sekarang kau pergi kedai buku kau beli and baca sendiri! haha. Baiklah, sekarang aku mau baca balik. Hahaha. Eh hari tu aku pergi kinokuniya aku nampak buku ni sudah ada versi Bahasa Melayu.

Review My 2010!

Wednesday, January 5, 2011

Kata Ahmad Idham
'Jangan Pandang Belakang'

Tapi aku bukan nak pandang lama-lama pastu membebel-bebel apa yang terjadi. I still continue with my life dan menyenaraikan beberapa benda penting yang terjadi dengan aku sepanjang 2010. Lebih tepat, aku just toleh2 kejap ke 2010. Aku ingat lagi new year 2010 aku sudah berada di tanah melayu sebab class aku start 2010! Disebabkan umur aku sudah 24 tahun. cehh. Excitement semakin menurun sama seperti menurunnya excitement sex wanita menjelang monopous.

Ok. Talking about sex. Tiba2. HAHAHA. Lebih elok kita abaikan isu sex tadi. Memang ramai kawan2 rapat aku sudah berstatus married tapi aku masih di bawah kawalan mama so sex still not allowed. Untuk lebih jelas lagi. Status aku sepanjang 2010 = SINGLE -_-''

Namun begitu ada lebih kurang 10 ke 20 invitation perkahwinan dan pertunangan aku terima. Congratulation!!!

Ada lebih kurang 20 ke 30 Panggilan kecewa putus cinta aku terima. Congg...eh..welcome to the club HAHA. Its a part of life.Jangan putus asa. Cari lagi. (nasihat buat diri sendiri.hahaha!). Teringat aku pertemuan dengan Ecah 31. Dec 2010. Kami bercerita cinta. Wathe? Bercerita dengan adik aku Fawwaz yang datang kejap dekat rumah makcik aku ni pun bercerita cinta. Wathe? Tolong jangan panggil aku untuk bercerita cinta lagi. AKU perempuan jomblo berumur 24 tahun dan berpengalaman cuma sekali bercinta dengan BF orang? I'am not proud of my achievement. T_______T HAHAHA. aku sangat terguris kalau bercerita cinta. Wathe?

Anyway, buat yang putus cinta. Bak kata uztaz adik bestfren aku Silvi, Sellina, 'Hati ini Tuhan yang punya..kadang2 kita xmampu buat apa2' Cehh. Main bak kata uztaz2 agar nampak mantop sedikit. Bak kata unty sellina pula. Its just a part of life. Apa yang terjadi dengan kau cuma sedikit berbanding orang lain. Cuba bandingkan dengan yang kematian suami. Yang baru mau kahwin tiba-tiba putus. Blabla. Yerp. 100% benar. Ceh amek kata-kata orang tua pula.

Apa lagi yang ada dalam 2010?
Aku telah tamat belajar. Tapi masih menganggur. Huhu. sepanjang 2010. Aku menghabiskan hanya dalam 10 hari di tanahair tercinta. Itupun cuma ketika hari raya Aidilkfitri. Aku anak dagang T_____T Rasanya aku harus pulang demi berkhidmat untuk keluarga dan ibunda tercinta. Dalam institusi kekeluargaan, aku menyandang jawatan anak kedua dan sulung perempuan. Sebagai anak.
Aku berstatus TETAP DAN BERPENCEN T___T

Birthday? worst. Hahaha. X kisah. I'am 24 dude. Bukan 14 yang perlu ada kek2 segala bagai. Plus single? What do you expect? present? Neehh

Apa lagi? Alhamdulillah semua yang di rancang berjalan dengan baik. Cuma. Adalah sedikit kisah2 airmata...

1) Waktu adik aku Ani Terpaksa dibedah kerana apendiks(macam ni kah eja panyakit tu?). Aku sudah berada di sini. I'am scared. Rupanya aku ada perasaan begini. Takut kehilangan. Apendiks ja kot tapi entahlah. Aku nangis sepanjang malam sampai aku boleh dengar suara dia after operation baru aku. Fuh. Hahahaha.

2) Hari raya yang agak ermmm sedih buat kami. Waktu kami semua balik and celebrate raya sama-sama. Makcik aku pula sakit. Sekali lagi, bila berkaitan keluarga. I'am Fragile. Tapi, sepanjang makcik aku yang satu ni sakit. Banyak benda yang aku belajar. Love, Life, relationship di antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah. Yang paling penting di sini. Hati-hatilah menjaga hati masing2. Dengki dendam dan sebagainya adalah penyakit yang bahaya buat hati. Ini DR Rozmie pun serender. Kepada yang x kenal Dr Rozmie. Google sekarang.

 ''I give myself a good cry if I need it. But then I concentrate on all the good things still in my life'' (Morrie, in Tuesdays with Morrie)

Banyak benda yang baik berlaku sepanjang 2010. Owh ya..Never forget to mention Mr Blind. Haha. Lelaki wangi yang aku kenal dari Muka buku. Perkenalan 3bulan di alam maya umpama berada di taman bunga. HAHAHAHAHA. (Karam singh walia,2010). 2 words to describe him and this memory.
Sweet & short. Tq for the wonderful chapter in my 2010 Mr Blind.

Aku. Walaupun berstatus single. But, im in love. With Allah and my wonderful friends and family.

Melaka-Kuala Lumpur-Sunway Piramid..

Tuesday, January 4, 2011


Uncle Biola yang kasih hadiah kami lagu Happy Birthday. Entah siapa birthday. Ni dekat dalam A Farmosa.


Silfie : Aku mau juga yuttt..aku saturang ja ba..
Aku : Bah cepat fie..tapi jangan ramai2..terbalik ni nanti kretapi..


Dalam A Farmosa. Nun yang retarded.


Ini aku mau masuk tapi kena bayar fee lagi. Time ni aku ingat mau budget beli lukisan. SEKALI ADA BELI LUKISAN!!????



A Farmosa & Istana Melaka & empat ekor orang utan ;P


Sil : Siapa di dalam?
Baby : Kak efi jangan macam jakun bah..


Nice one. Pro x Pro x? *balik2 tanya


Istana Melaka



Mari bergambar di petak-petak.Tiba2 ada pakcik ikut di belakang.



Cepat sikit nanti pakcik beca ni charge 


Fuck Ainon..kalau aku gambar ja mesti semat..HAHAHA.
Padahal Ainon memang pandai pose.


Bye2 Melaka...see you again with my bf..aduii..romantik banget tempatnya..

3 Jan 2011
SUNWAY
Me, Ainon, Silfie, Baby, Boy, Ira & Faizal.


Scream Park yang x dapat masuk sebab kebasahan


Baru Sampai


Muka Happy Ainon yang escape kerja


Pantai palsu T___T


Trep pelancongggg...


Fine.Sebab di bayarkan. Aku penuh usaha main semua barang. Biar mau pengsan aku main benda haram yang pusing2, naik 360 pastu stop time kepala di bawah pastu nampak ainun tergantung di sebelah ketawa2. Yang semua orang detect muka aku ja macam udang kena bakar ketakutan. First time T_____T.
Dalam hati aku *babi siapa punya idealah cipta ni games. KASI TURUN SAYA SEKARANG!!!!
Silfie x naik pun tapi aku wajib naik sebab sayanglah dia bayarkan aku full package. 





Kurik idung kuda
Kuda : Thax jooo..dari semalam aku tahan gatal ni..Resdung ba..


Balik


Thats boy adik sil & faizal kawan baby.

Boy text kami ''I had fun today! A round of applause to you guys for the fantastic day we had! Should do it again soon in the near future. Wonderfull sisters you guys are; Kak Silvi, Kak Baby, Kak Era, Kak Nur and Kak Nun! Not to forget Abang Faizal also. Cheers'' 

How cute si boy..HAHA
I had a lots of fun also..Wish that Faiza Glah Anie Anne is here too!!
Its just more than friendship. We are family. Love you guys!

Awesome Beginning Of 2011!! Welcome 2011..

New Year? Setiap hari adalah hari baru. New year aku biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewa. Hanya meninjau bungapi dari kedai mamak Alif Maju. Haha. Biasanya aku akan sambut dengan bestbuddy aku Faiza. Tapi kali ni aku jauh so kami sambut dengan chat di fb chat. HAHAHA.

Alhamdulillah.
This should be the word.
Alhamdulillah untuk apa yang telah berlaku tahun lalu dan Alhamdulillah untuk masa dan hayat yang diberikan Allah hingga tahun ini.

AZAM?
Kata Jamal. Berazam adalah realistik untuk orang lain tapi tidak untuk aku. Hahaha. Terus terang aku cakap TIADA AZAM. Adalah sesuatu hendak dicapai pada tahun ini tapi entahlah itu termasuk dalam definisi azam atau tidak. Abaikan.

1 Jan 2011 aku mulakan dengan cuti-cuti Melaka. Memandangkan kehadiran Silviana ke sini bukanlah selalu so aku pun ''Melaka jom!!''. Dia cakap ''Sunway pliisss''. Dalam hati aku cakap 'budget dude budget' huhu T_________T

Anyway..kata orang biarkan imej kaku berbicara. Ntah orang mana tah berkata sedemikian sedangkan gambar mana boleh bercakap woiii!!


Pro x? Pro x? 


Baru sampai terus pose depan Mall. Dataran Pahlawan.


Nun&Nor bersemangat memakai topi pelancong. Nun agak addicted dengan topi tersebut. HAHAHA


See? semua gambar nun memakai topi. Ni dekat wonderland Melaka. Padahal nanti mau pergi Sunway. Tah apa jadah pergi wonderland ni. 


Night at Pasar Malam Melaka. Macam adik beradik kata Nun.But not really. Silfie 120x lebih cantik op cos.


Annoying Nun and glowing Silfie and fucking lemas face of mine.


Cool uncle main dam aji dekat luar mall. Serius kool. HAHA


Awal pagi sebelum berambus balik KL.


WANTED. If you see this girl. Tangkap dia.Pencurik celana dalam MNG


WTF. What the face?  SALOMA


Berusaha menjadi kalangan patung.


Beca.


TUNGGUUUUUUUU. Aku pun mau naiklah...


UMNO/ Ainon terus mara untuk rakyat Malaysia.


Tolonglah bagi aku bawak pulang meriam nih! Aku mau main time raya nanti. Tolonglah!


Pelancong dari Zimbabwe


Berusaha mencurik meriam Portugis!


Perhhhhh..Serius cantik dia lukis dan berharga RM10 sahaja satu.


Okie..aku kira siapa2 yang aku mau bagi ni barang
1. Faizah!!
2. AKU. HAHAHA
3. Fawwaz
4. Yon

RM40.00. Okay. Menuju ke ATM..

15minit kemudian aku datang balik after paggil Sil & adek dia abang tu xsdh. Dia pergi makan pastu aku tunggu2 dia x juga sampailah Sil bawa gerak balik T__________________________________T
SERIUS AKU KECIWA GILA BABI!!!!!!! T______________________T

Nasib aku ada ambil gambar ni..


Melaka adalah salah satu tempat yang agak romantik bagi aku. Nun also love Melaka. But, Sil & Baby love to shop than melawat2 tempat begini. Rasanyalah. So mereka harus ke Singapore. Banyak tempat yang kami xpergi macam rivercruise, Kalau aku ada BF and pergi Melaka aku akan pusing rivercruise 4x. HAHAHA. Romantik okey! Jonker Walk. Chinese pasar malam. Time aku google aku nampak suasana yang menarik amat. Kenapa ayat aku macam pembaca berita ni. Berita ini di sampaikan oleh Mariamah Tijo.

To be continue...kerana kekecewaan penaip yang tidak berjaya mendapatkan lukisan2 di atas T______________T