Review My 2010!

Wednesday, January 5, 2011

Kata Ahmad Idham
'Jangan Pandang Belakang'

Tapi aku bukan nak pandang lama-lama pastu membebel-bebel apa yang terjadi. I still continue with my life dan menyenaraikan beberapa benda penting yang terjadi dengan aku sepanjang 2010. Lebih tepat, aku just toleh2 kejap ke 2010. Aku ingat lagi new year 2010 aku sudah berada di tanah melayu sebab class aku start 2010! Disebabkan umur aku sudah 24 tahun. cehh. Excitement semakin menurun sama seperti menurunnya excitement sex wanita menjelang monopous.

Ok. Talking about sex. Tiba2. HAHAHA. Lebih elok kita abaikan isu sex tadi. Memang ramai kawan2 rapat aku sudah berstatus married tapi aku masih di bawah kawalan mama so sex still not allowed. Untuk lebih jelas lagi. Status aku sepanjang 2010 = SINGLE -_-''

Namun begitu ada lebih kurang 10 ke 20 invitation perkahwinan dan pertunangan aku terima. Congratulation!!!

Ada lebih kurang 20 ke 30 Panggilan kecewa putus cinta aku terima. Congg...eh..welcome to the club HAHA. Its a part of life.Jangan putus asa. Cari lagi. (nasihat buat diri sendiri.hahaha!). Teringat aku pertemuan dengan Ecah 31. Dec 2010. Kami bercerita cinta. Wathe? Bercerita dengan adik aku Fawwaz yang datang kejap dekat rumah makcik aku ni pun bercerita cinta. Wathe? Tolong jangan panggil aku untuk bercerita cinta lagi. AKU perempuan jomblo berumur 24 tahun dan berpengalaman cuma sekali bercinta dengan BF orang? I'am not proud of my achievement. T_______T HAHAHA. aku sangat terguris kalau bercerita cinta. Wathe?

Anyway, buat yang putus cinta. Bak kata uztaz adik bestfren aku Silvi, Sellina, 'Hati ini Tuhan yang punya..kadang2 kita xmampu buat apa2' Cehh. Main bak kata uztaz2 agar nampak mantop sedikit. Bak kata unty sellina pula. Its just a part of life. Apa yang terjadi dengan kau cuma sedikit berbanding orang lain. Cuba bandingkan dengan yang kematian suami. Yang baru mau kahwin tiba-tiba putus. Blabla. Yerp. 100% benar. Ceh amek kata-kata orang tua pula.

Apa lagi yang ada dalam 2010?
Aku telah tamat belajar. Tapi masih menganggur. Huhu. sepanjang 2010. Aku menghabiskan hanya dalam 10 hari di tanahair tercinta. Itupun cuma ketika hari raya Aidilkfitri. Aku anak dagang T_____T Rasanya aku harus pulang demi berkhidmat untuk keluarga dan ibunda tercinta. Dalam institusi kekeluargaan, aku menyandang jawatan anak kedua dan sulung perempuan. Sebagai anak.
Aku berstatus TETAP DAN BERPENCEN T___T

Birthday? worst. Hahaha. X kisah. I'am 24 dude. Bukan 14 yang perlu ada kek2 segala bagai. Plus single? What do you expect? present? Neehh

Apa lagi? Alhamdulillah semua yang di rancang berjalan dengan baik. Cuma. Adalah sedikit kisah2 airmata...

1) Waktu adik aku Ani Terpaksa dibedah kerana apendiks(macam ni kah eja panyakit tu?). Aku sudah berada di sini. I'am scared. Rupanya aku ada perasaan begini. Takut kehilangan. Apendiks ja kot tapi entahlah. Aku nangis sepanjang malam sampai aku boleh dengar suara dia after operation baru aku. Fuh. Hahahaha.

2) Hari raya yang agak ermmm sedih buat kami. Waktu kami semua balik and celebrate raya sama-sama. Makcik aku pula sakit. Sekali lagi, bila berkaitan keluarga. I'am Fragile. Tapi, sepanjang makcik aku yang satu ni sakit. Banyak benda yang aku belajar. Love, Life, relationship di antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah. Yang paling penting di sini. Hati-hatilah menjaga hati masing2. Dengki dendam dan sebagainya adalah penyakit yang bahaya buat hati. Ini DR Rozmie pun serender. Kepada yang x kenal Dr Rozmie. Google sekarang.

 ''I give myself a good cry if I need it. But then I concentrate on all the good things still in my life'' (Morrie, in Tuesdays with Morrie)

Banyak benda yang baik berlaku sepanjang 2010. Owh ya..Never forget to mention Mr Blind. Haha. Lelaki wangi yang aku kenal dari Muka buku. Perkenalan 3bulan di alam maya umpama berada di taman bunga. HAHAHAHAHA. (Karam singh walia,2010). 2 words to describe him and this memory.
Sweet & short. Tq for the wonderful chapter in my 2010 Mr Blind.

Aku. Walaupun berstatus single. But, im in love. With Allah and my wonderful friends and family.

0 suka conteng:

Post a Comment