CURHAT

Saturday, January 15, 2011

Semalam aku tulis sebab kenapa aku perlu balik KK bukan?
Okay
Aku malas mau merepek. Kiranya mau buat banyak sebab. Sebab memang banyak sebab pun. Sebab-sebab yang bodoh. Hahaha. Maksudnya di sini. Sebab-sebab yang kurang penting.

Cuma ada satu sebab penting.
MAMA
.
.
.
Seingat aku, akulah anak yang paling jarang berada di rumah. Lepas bapa aku meninggal. Aku tinggal dengan uncle aku. Kerana masalah kewangan. So, seawal umur 12tahun aku memang xtinggal di rumah. Lepas tu aku masuk pula sekolah yang memang kena tinggal hostel. Lepas tu aku masuk pula Uni. Hostel lagi. Belajar di Johor. Rumah sewa. Tiba-tiba aku cakap aku mau kerja di KL ni. Mama aku macam kurang setuju sikit.

Aku cuba pertimbangkan. Antara kehendak aku dan kehendak dia. Ambil masa. Memang aku sengaja x balik lepas ja exam hari tu. Pertama sekali, kerana tiket super duper mahal! RM800. WTF? Kedua, aku merasakan peluang kerja di sini lebih banyak. Lebih menjamin sumber kewangan. Ketiga, aku memang janji dengan Sil mau celebrate new year dekat sini. Alang-alang aku tunggu jala dia kan? x rugi pun kan. Aku juga yang happy. Hehe

Dilema nya di sini.
Aku kurang pasti sama ada mama memang suruh aku balik sebab x mau aku jauh ATAU aku sebagai bendahari dan pemegang akaun2 dia di suruh balik untuk menguruskan kewangan dan masalah2 rumah. Serius. Kadang2 aku mau lari. Umur aku jejak 13tahun. Ini semacam kerja tetap aku. Sejauh Johor masih juga aku yang di suruh. Maaf kalau aku cakap. Kadang2 aku mau lari. Adik-adik aku sudah besar. Masing2 sudah pandai. Tapi kenapa masih aku? Adik-adik aku pun kalau ada problem mesti rujuk aku. Tiada seorang pun akan terus merujuk sumber(makcik aku). Pastu mesti aku juga yang akan nego bla bla bla dengan makcik aku. Bukan mau mengungkit tapi apa kurangkah lagi tanggungjawab aku selama ini? Sampai aku korban kan kepentingan aku untuk keluarga. Bukan mengeluh tapi....tahlah..tetap tiada siapa juga yang faham. Cukuplah. Tiada niat aku mau mengungkit atau mau cakap akulah yang baik. Cuma yang aku tau. Memang aku ikhlas buat semua ni. Sebab aku sayang. Famili kot. Memanglah sayang.

Keliru.
Aku cuba lebih rational. Aku nampak kerisauan mama. Anak perempuan mestilah kalau boleh dia mahu dekat dengannya. Lainlah lelaki. Lebih2 lagi dia mungkin sunyi. Semua adik-adik aku akan sambung study dalam masa terdekat. Tahun ini. Ani, Daiy. Fikri di sek asrama. Fawaz di UM. Mungkin dia mengharapkan aku dekat. Bila fikir yang ini. Aku tau dia sunyi. Apalah sangat mengejar kehendak aku kan? Selama 13tahun dia ketepikan kehendak dia untuk kami. Ini penyebab aku x pun menghantar resume aku di sini. Aku masih dua hati. Aku cuma hantar satu ke XX. Itupun aku baru dapat khabar InsyAllah ada jawatan kosong dan kemungkinan besar aku akan di panggil. Interview la. Belum dapat pun. Ceh. Haha. Tapi macam ada harapan di situ. Tapi x la berharap sangat. InsyAllah kalau rezeki. Nah. Buat aku tambah keliru. Mestilah jawatan itu di sini bukan? Tapi xpalah. Belakang cerita. Yang penting aku balik dulu. 

Sebenarnya..kalau curhat ni memang x kan habis. Kalau suruh taip sampai besok pun aku boleh taip.

Tapi di sini. Aku cuba ikhlaskan dan niatkan bahawa aku buat ni untuk mama. Dan percaya rezeki Allah tu tetap Allah yang berhak bagi dan berada di mana-mana kan? Semoga Allah membuka pintu untuk aku. Semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik. Tah apa2 lah aku ni. Baru sebulan menganggur pun emo. HAHAHA. Sebab boring mungkin.

Okay. Aku harus memikirkan apa aktiviti aku untuk membunuh kebosanan nanti. Apa kata aku ikut kelas membuat kek? HAHAHAHA. dibenarkan ketawa. Menjahit memang x lah. Duit mana pula aku mau songlap buat beli mesin. Library mungkin bagus. Tapi library Papar ni buku dia agak outdated sikit. T_T. Eh..mama exbf aku kerja dekat DBP. Kalaulah aku tanpa segan silu pergi sana untuk dapatkan buku2 best. Hehe. Nasiblah kami putus pun 'tenang2'. So masih boleh berkawan. Akan dipertimbangkan!

Seterusnya, Soal hati. HAHAHA. Ini tiada kaitan dengan exbf. Cerita lama sudah tutup buku. Soal hati memang susah sikit kan? Bila otak dan hati tidak duduk sebelah sebelah. Jadi susah mau faham. Otak kata jangan. Hati kata lain pula. Otak dan hati ni memang selalu bercanggah. Tidak memahami antara satu sama lain. Tapi otak xlah jahat sangat. Otak selalu realistik tapi bukan kejam. Otak selalu cakap. Xpalah hati. Sabar. Cuba terima. Lama-lama okeylah tu. Mari kita buat bentuk dialog..

Otak : Sudahlah tu hati. jangan ingat lagi. ada yang lebih penting
Hati : tapiii..susahlah otak..susah
Otak : Jangan begitu hati. Memanglah susah. slow2..
Hati : macam mn?? kalau boleh lupa sekarang juga..
Otak : ish..kadang2 lambat..sabarlah..ingat Tuhan *pakai kopiah
Hati : T______T
Otak : Janganlah sedih2 hati...Doa banyak2 minta di tunjukkan jalan. Mungkin ini salah satu petunjuk bahawa: mungkin bukan dia orangnya. kalaupun dia.. mungkin belum tepat masanya..
Hati : ya..mungkin dan mungkin..thax otak..love u..Kawan?
Otak : okeyy..love u too.. kawan.

dan berkawanlah mereka sampai bila2. sweet. shit =P

Ceh. Bukan besar mana pun masalah hati aku ni...tapi sedikit sebanyak mengganggu jugalah. Xpala. Sebenarnya aku lebih apa org panggil? lega. yeah! haha. Lega lepas aku minta maaf. Maaf. Susah kan satu perkataan ni. sebab kita ada ego dan jadi susah mau sebut. Maaf yang kau terpijak kaki org tu ya la. xsengaja. Dalam certain2 hal macam agak susah. tapi kadang2 perlu *bagi akulah merendahkan sedikit ego untuk ini. untuk aku berasa lega. baru rasa ringan sikit beban rasa 'bersalah'. biarlah aku nampak kalah. atau biarlah aku mengalah. dari aku terus rasa bersalah. ala bukan rugi apa2 pun kan kalau minta maaf. kan? kesian kan hati? xsanggup aku biar 'dia' lama2 gundah*ceh ayat pakai gundah segala. So, Sekarang..aku cuba melepaskan rasa-rasa yang masih berbekas tu. =)  Aku doakan dia bahagia. InsyAllah. Ikhlas.

Ahha..ini betul2 di taip ikut suka medula oblongata aku dan dari sudut hati aku yang terdalam. Kalau medula kau kurang setuju terpulanglah.


0 suka conteng:

Post a Comment