Tolong Ingatkan Aku.

Thursday, January 13, 2011

Tolong ingatkan aku tarikh flight aku balik
Tolong ingatkan aku untuk packing
Tolong ingatkan aku bahawa hidup bakal lebih boring kerana akan terputuslah hubungan akrab dengan internet
Tolong ingatkan aku hidup bertambah boring atas ketiadaan ani dan fikri di rumah lalu terkuburlah niat aku menonton Harry Potter secara marathon sampai Harry Potter yang latest ni.
Tolong ingatkan aku untuk meletakkan kasut di tempat yang paling jelas sekali dalam bagasi untuk ingatkan aku bahawa aku perlu jogging sepanjang aku berada di rumah atau melaksanakan tugasan pembersih rumah dengan dedikasi sekali demi menghilangkan double chin!
Tolong ingatkan aku untuk melawat-lawat dapur. HAHAHA. Ni kalau x tah sampai bila aku x kawen2 ni sebab x pandai masak!
Tolong ingatkan aku untuk lebih bersabar dalam menangani keluh kesah mama aku sepanjang berada di rumah terutama dalam urusan ekonomi yang memang MERUNCING selalu. T__T tolong!
Tolong ingatkan aku untuk membuang resume aku kemana-mana yang patut!
Tolong ingatkan aku bahawa RM aku semakin berkurang lalu aku perlu carik kerja. HAHAHA. k x lucu.

Tolong ingatkan aku pada apa-apa yang kau rasa aku lupa.
Tolong ingatkan aku bahawa aku ini Hamba Allah. kadang-kadang aku lupa apa yang aku ada ini pinjaman, kadang2 aku lupa untuk bersyukur, kadang2 aku lupa untuk meminta, kadang2 aku lupa untuk mengingatiNYA, kadang2 aku lupa aku bersifat sementara, kadang2 aku lupa....
Tolong ingatkan aku aku masih ada mama, keluarga, kawan2..kadang2 aku lupa untuk menghargai apa yang aku ada..merungut untuk apa yang aku tiada..

Tolong ingatkan aku pada apa yang aku lupa..

Eh, kenapa orang emo lagu 'Tolong ingatkan aku' menang AJL? Bagus apa 'Tolong ingatkan aku'. Tolonglah ingatkan aku.

0 suka conteng:

Post a Comment