Diam dan baca!

Saturday, January 8, 2011

Aku mahu menulis tapi aku kurang perkataan pada malam ini.
Sepertimana aku mahu bercerita tapi aku hilang kata-kata pada malam ini.
Lebih kurang 60% telah aku gunakan dengan bersembang sama kawan baik aku di 'sembang mukabuku'.
30% bersembang di rumah. Aku simpan 10% untuk masa depan. Menabung itu amalan mulia kawan-kawan.

Dua hari ni aku sibuk baca Tuesdays With Morrie by Mitch Albom. Pertengahan tahun aku pernah cuba baca buku ni dekat e-book. tapi aku pening. Baca dekat e-book ni buat kau rasa buku ni macam tebal kamus. Padahal hek-eleh nipis ja. Helaian demi helaian tiba-tiba kau sampai di tengah. Kau selak punya selak lagi. Ehh. Habis. Dengan deraian airmata terharu T____T. HAHAHA. Bukanlah terharu sebab berjaya habiskan buku ni. Terharu sebab memang cerita dia mengharukanlah. Walaupun bukan cerita cinta jiwang-jiwang awek mati tercekik pisang di majlis perkahwinan. Tapi cerita ni kasi aku T______T.

 Aku kasik 12/10. 2 markah bonus sebab kasi nangis aku lalu aku merasakan. Eh aku masih punya hati. Lega di situ.

Simple book, simple words, simple story about life. Contents dia pun serius simple. Pasal family, regrets, emotion, money, marriage, forgiveness, love etc. Yang kau boleh relate dengan diri kau.

Okey, cukuplah ni. Sekarang kau pergi kedai buku kau beli and baca sendiri! haha. Baiklah, sekarang aku mau baca balik. Hahaha. Eh hari tu aku pergi kinokuniya aku nampak buku ni sudah ada versi Bahasa Melayu.

0 suka conteng:

Post a Comment