Mencari seorang amah? Sila telipaun saya..

Tuesday, November 23, 2010

Percaya atau tidak(ayat aku ni lama2 macam misteri nusantara pula rasanya). Ulang. Percaya atau tidak, sejak aku deaktif fb. ceehh..mcm sebulan sudah deaktif padahal satu hari baru. Ulang. Percaya atau tidak, sejak aku deaktif fb. Tidur aku semakin teratur. Jam12 adalah masa tidur yang ideal bagi penganggur berjaya macam aku. Paling lambat adalah jam2 pagi. Masa masa lapang terbuang di depan tv dengan menonton dvd blue..eh eh...maksud aku dvd MOVIE! nasib pak cik aku ni ada collection cerita2 best..Hello..Al Pacino punya muvie okey..tapi mostly cerita2 lama lah..First time aku nonton pretty women. okeylah..Xla mantap betul cerita tu. Bolehlah layan sambil makan2 kerepek dan minum teh orang kampung.

Cerita pasal teh orang kampung ni. Teh ni untuk pelawas ka apa aku pun kurang pasti. Pokoknya kalau kau minum kau akan cek-in jamban dalam 4 ke 5 kali sehari. Ni kawan aku lah sajez. Aku pun terai lah. Tapi macam kurang berkesan ja..Aku minum 1 mug tapi cek-in jamban paling2 pun 3x. Tah apalah aku makan sampai x boleh di cerna oleh teh yang hebat ini. Ka formula pembancuhan aku yang salah? Dalam instruction tulis 2kali sehari selepas makan tengahari dan malam. 1 sudu teh untuk 1mug. direndam dalam 10minit dan tapis.

Formula pembancuhan aku lebih kurang begini. 1sudu teh direndam dalam air panas. Masukkan sedikit gula. Tambahkan sedikit kopi untuk menghilangkan rasa rumput teh tersebut. Tapis dan minum. Kalau aku bancuh mengikut formula original. Aku merasakan seolah olah seekor kambing yang meminum jus rumput. Aku ubah sedikit mengikut selera kemanusiaan aku. Dan sekurang kurangnya boleh di minum tanpa rasa nerves. Ya, aku nerves kalau makan atau minum makanan haiwan. Adakah formula aku telah merosakkan efek teh tersebut?

Cerita pasal rutin aku pula. Hari2 yang seronok ini aku habiskan dengan bertugas sebagai amah. Aku amah yang dedikasi dan efektif. Hari2 aku bangun sekitar jam8 ke jam9 pagi untuk mengemas rumah. Cuci pingan periuk belanga. Cuci kain. Menyapu. Mop lantai. Jemur kain. Lipat baju. Masak nasik. Jaaaaapppppppp.. Rasanya teh telah menjalankan tugasnya..sambung

jam11.00 pagi

jam11.10pagi

Ok. Sambung. Minggu ni makcik aku akan bertugas pagi. So masak nasik adalah tidak perlu. Aku bab2 masak ni fail. Masak air, telur sardin tu bolehlah juga. Lagipun sudah penat aku kemas2 dapur mop lantai segala kenapa perlu aku kotorkan kembali dengan memasak. HAHHAHA. Aku boleh makan roti sampai makcik aku balik untuk masak. Kalau dia suruh aku masak dia mesti inpom awal2. Kalau tidak dia akan nampak dapur dia tersusun rapi. Bukan apa, kalau aku masak aku takut makcik aku terkejut lalu pengsan ka..sedangkan perempuan mengandung tidak boleh menerima berita2 yang mengejutkan contohnya aku memasak. Kalau di rumah aku sendiri. Aku bertugas sebagai bendahari. Mamaku adalah menteri kewangan yang tidak berkelayakan sama sekali. Metematiknya rosak teruk. Setiap bulan dia merasakan wangnya hilang. Padahal hilang di kedai serbaneka. Adik aku jilah seorang chef yang hebat! aku akui itu. Raya hari tu dia boleh bantai masak 4 ke 5 hidangan seorang diri. Sebijik bawang pun aku xsentuh. Mama aku pun hanya meninjau sekejap2. Sudah gaya manejer fast food. Setiap kali aku cakap aku masak. Adik aku Ani akan soal dengan penuh ragu2 dan muka 150% tidak percaya.."uii jangan buhung ba nor..bukan kau yang masak ni.." kalau daiy..ayatnya lebih kurang begini " eh makan2..nor ni masak..amik ba ati nor kalau dia masak.." T____T

Beberapa hari duduk di rumah makcik aku ni. Aku merasakan bukan makanan di rumahnya sahaja yang semakin berkurang. Sabun cuci piring, sabun cuci kain, pewangi lantai juga berkurang dengan hebatnya. Aku sedikit sebanyak rasa bertnggungjawab atas kekurangan yang terjadi. Sebagai amah yang wangi dan comel..maksud aku di sini..dedikasi dan efisen, efesien..ntah macam mana ejanya yang penting kita sama2 faham. Aku akan membersihkan rumah setiap hari. Lagipun aku memang tiada kerja. Lalu aku buatlah semua ni.

Oklah..cukuplah ni..sekarang aku mau mop lantai. Selepas ini bolehlah aku menghantar resume ke pejabat Najib Tun Razak mungkin. Jawatan pembersih pejabat. Atau dengan tulisan2 aku yang skema ni aku patut hantar resume aku ke bilik berita? atau warkah keadilan mungkin? Aku rasa aku boleh menulis tentang kegiatan sodomi dengan baik jika diberi peluang dan sedikit pengalaman sembelit juga mungkin boleh membantu..HAHAHA..fine xlucu..bye..

2 suka conteng:

Unknown said...

hahahahahahahahhahaha..patut blog ko ni jadi santapan ba..siuk jg jo..btl ko pndai mnulis

tulisan buruk said...

eh..thax dude..lobyu..bhambur ba ni aku menulis..mcm bcakap ja..

Post a Comment