Wanita..akal senipis rambutnya~

Monday, November 22, 2010

Aku simpan benda ni sejak aku tingkatan 5 lagi. Aku pun kurang pasti sama ada ni sajak atau cuma tulisan biasa. Makcik aku yang bagi. Tapi satu tulisan yang aku kira agak baik jugalah. Aku ingatkan hilang sudah tulisan ni. Tapi still ada lagi dalam file aku. k la..aku share sini. Atleast kalau hilang aku boleh cari di sini. Owh ya..aku sepatutnya creditkan penulis tulisan ni tapi aku sendiri pun xtau siapa yang tulis..so, harus aku minta maaf awal2 sebab ni bukan tulisan aku dan aku xmau dituduh plagiat tulisan orang..Maaf ya ibu2..saya cuman berkongsi..

Wanita, akal senipis rambutnya..

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka , fikiran dan perasaan lelaki resah.
Masih mncari walau ada segalanya.
Apa yang tiada di dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi andai lelaki itu tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah mereka dengan jalan yang ditunjukkan Allah S.W.T.
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa olehNYA.
Didiklah mereka dengan panduan dariNYA.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta.
Kerana nantinya mereka akan semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan.
Kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka dengan ALLAH, zat yang kekal.
Kerana di situ punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya
Tebalkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah dengan iman
Perasaan selembut sutera
Hiasilah dengan akhlak
Suburkanlah ia, kerana dari situlah nanti mereka akan lihat nilai dan keadilan Rabb.
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.
Ia bukan diskriminasi Allah
Sebaliknya di situlah kasih sayang Allah
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur dan tidak menghiburkan

Tanpa ilmu iman dan akhlak mereka tidak akan lurus
Bahkan semakin bengkok
Itulah hakikat wanita tidak kenal Rabbnya
Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki menjadi huru hara
Lelaki pula janganlah mengharap ketaatan semata mata
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi
Pimpinlah diri kepadaNYA
Jinakkanlah diri kepada ALLAH
Nescaya jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.
Janganlah mengharap isteri smulia Fatimah Az-Zahra
Andai diri tidak sehebat Saidina Ali Karamallahu Wajhah.

Baru aku perasan..entry2 aku semua bersikap tenang..jauh sekali dari diri aku yang sebenar..kadang2 mau muntah sendiri aku baca blog aku..tah apa2 lah..nasib ini bukan blog kemersial yang jual2 barang..lantas tiadalah pembaca yang boleh muntah sama2 aku..hahaha..dan tiada sebarang perkataan berbaur lucah dan maki hamun..woww..aku orang yang suci di laman blog..Tahniah buat diri sendiri!!Anda menang moto!!Terimakasihpawaruutt!! nite nite..

5 suka conteng:

Unknown said...

GLA LA WEII...ada ka org muntah2 joo..?? miss u dude

tulisan buruk said...

hahahahaaha..kin gali jugalah..aku sndri gali klu baca balik..biarlah..bkn ada org baca selain kau..klu ko muntah bgus jg..kurus jg kau..hahaha..tiba2 adir ba kau manakala sy bru habis menaip..ui timing ni post ba xtau mcm mn mau set..adakah jam 6.46am..maka bru jak ni ku taip..miss2 kol ba..plukikk!

Unknown said...

nda aku taw jo..aku mmg bka blog pagi, sblm tdo..addict dgn joke dr Alex Noriega..blog ko ja out time nya, ntah napa..aku pnya elok ja..eseh,,elokkk...

mls aku kol ko jo,.pening aku nnt..haahhaha

tulisan buruk said...

hahaha..elok ka kau? nun ada kol aku tnya..ok jg kau nur? ktawanya aku..tiba2 pndai kol..knpa pla kau pening ba?? xaku crita pasal itu lagi ba..lek kau..

tulisan buruk said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment