Nyanyian Irama Merdu Dari Si Buta Buat Si Pekak

Friday, August 6, 2010

Dari Jalan Masjid India..

Dalam hiruk pikuk kesibukan warga kota,
Dia berlagu irama merdu,
Dia berdendang di tengah ramai,
Dia raikan keindahan dunia gelapnya,
Dia lemparkan senyum buat semua,
Dalam lagunya, dia lihat cahaya,
Dalam melodi, dia nampak warna,
Dalam liriknya, dia bayangkan indahnya dunia,
Dia bukanlah siapa siapa,
Cuma watak si buta yang mampu melihat keindahan dengan hatinya,
Dia zahirkan dalam lagunya.

Dari LRT Bandar Tasik Selatan..

Dalam keriuhan manusia pulang ke sarang,
Dia sunyi di suatu ruang,
Berteman barang jajaan,
Sedikit karipap, kropok lekor serta minuman,
Dia melihat orang lalu lalang,
Dia lemparkan senyum buat semua,
Dia diherdik oleh manusia bersuara lantang,
Dia masih senyum,
Di maki hamun oleh manusia yang petah berkata kata,
Dia kekal senyum,
Mungkin tersenyum mengenangkan kesilapannya,
Mungkin baginya setiap kata itu definisinya indah,
Dia bukanlah siapa siapa,
Cuma watak si pekak yang menyusun kata manis dalam senyumannya,
Si bisu petah berbahasa mesra dalam sunyinya.

Sedangkan kita?
Watak hampir sempurna yang buta matahati,
Yang pekak peribadi,
Yang cacat serba serbi,
Yang sering lupa,
Bahawa tiada yang lebih sempurna kecuali DIA yang di atas sana. =)


** Kindness is the language which the deaf can hear and the blind can see ~ Mark Twain

4 suka conteng:

Unknown said...

aku rasa kaya da org buta tu joj. lama sdh dia dgn bini nya nyanyi

tulisan buruk said...

hahahahaahaha..ko ingat ka joj??kaya pa..yg tgk xjuga byk yg bagi..xtaula pla kan..

Unknown said...

ui drg buat show sbb drg suka. bole2 la nur. bnyk jg drg dpt tu, alhamdulillah dpt sara anak2..eseh, mcm aku taw2 kunu..drg phibur jalanan nur, bkn nya artis yg mengejar wang ringgit

tulisan buruk said...

hshahaha..tau2 ja ko dpt sara anak2..haha..busking ka org pggil??ska aku tgk tu..lagu yg jarang ba kta dgr durg main..

Post a Comment