Saya ialah....

Tuesday, June 21, 2011

Saya ialah sedang menonton sedikit episod we got married ''adam couple''. Dan entah kenapa hati saya ialah berbunga-bunga setiap kali tengok ne binatang. SILAKAN ANDA KETAWA DENGAN KUAT.
OK CUKUP!! macam budak 15 tahun aku rasa kalau cakap aku tengok korea..padahal memang dari dulu aku fan drama korea..full house drama fav aku sampai sekarang. aku boleh ulang tayang kalah astro ulang rancangan dia..mungkin sebab kpop2 ni makanan budak2 umur 12 ke 20 tahun. yang gambar comel riben atas kepala. pipi kembung. mata besar. aku jadi...alamak..saya ialah sudah tua T__________T..plus..kecomelan saya ialah 15% dari paras laut. Kesimpulannya ialah sangat tidak comel. Kerana memegang prinsip less is more. Saya membuat keputusan untuk tidak terlalu mencuba. Lainlah vujie..hari2 menghadap budak2. sedikit sebanyak terserap juga kecomelan. sila ke blog vujie untuk make-up2 ala doll2. sini tarak..make-up aku hari2 ialah eye-liner + bedak johnson2 + nivea lipbalm(ini pun sebelum ani tapau balik uitm). Tapi serius! setiap kali aku tengok WGM macam ada cupid2 berterbangan bermain panah2 di selang seli LOB2 besar dan di meriahkan lagi oleh bunga-bunga sakura jatuh di tiup angin sepoi2 bahasa bajau. Boleh tahan tinggi imajinasi aku. Aku salahkan pawas mengheret aku nonton bersama dia.

 Semenjak aku menetap kembali di rumah manis rumah ini. Rutin aku ialah berubah. Sekarang aku :
1. Bangun lebih awal. 
2. Iron baju malam before tidur
3. Keluar tunggu bus awal.
4. Rajin bawa bekal(ceh..itupun adik aku prepare pagi2..kalau aku buat sendiri? haram kompom makan biskut jala)
Tapi sini aku emo sikit dengan pacik bus yang aku ikut hari2..dia boleh setedi jalan dari papar jam6.45. Pastu bawak macam gonggok. kau tau gonggok? kelantugi tau? tahap durjana. Pastu mentang2 dia kerja DBKK xlalu tempat kerja aku. Dia parking jak dekat situ. yang aku pagi2 terpaksa lumba jalan kaki dengan unty eksisais tai chee sebab mesti punch card jam8. Kalau kau berada di sekitar jalan gaya antara jam 7.45 -
8 a.m. kau nampak perempuan berjalan laju penuh emosi. itu aku. kau tegur2 lah tanda peramah dan prihatin.

Itu ialah emosi pertama. Emosi kedua aku sejak kembali ke rumah ialah.
AKU RINDU FAWAZ. OKIE TIPU. AKU RINDU PC FAWAZ.
Sejak astro kami rosak. PC fawaz umpama harta paling berharga di rumah ini.
tapi pawas kerja part time petronas sebab cuti sem. jadi dia ulang-alik dari rumah member dia noim. dengan membawa pc nya sekali. Pc pawas umpama harta karun. peti yang mengandungi berratus-ratus rancangan bestt yang dia donlot seperti maharaja lawak, wgm, wgm, maharaja lawak, (benda penting mesti ulang 2x), games, lagu2 best, movie2, drama, opera van java, upen ka cupen toh. banyak lah. mau sebulan belum habis nonton semua. boleh buat tuju lagu kalau berminat. dari lagu melayu arab jawa dangdut rock korea cina. aku pun keliru. apa sebenarnya personaliti budak ni??? xkan semua dia minat??

Pesanan buat pawas..pulanglah di hari raya..bawalah kempiter mu bersama..begitulah harapan kami semua..xoxo..kakakmu, gadis runsing..
eh..boleh aku bagitau aku ialah tukar ringtone secret admirer by mocca di fon pinjam aku. comel tahap tinggi lagu tu sampai aku khayal2 dan lupa angkat fon..nitez
SAYA IALAH MAHU TIDUR!


1 suka conteng:

_Vu-JiE_ said...

bah nor, kalau suda ada cupid beterbangan main panah tu, naa ada tanda-tanda jodoh suda tu nda lama lagi. nda kesahla jodoh pilihan sendiri ka, pilihan keluarga ka, atau pilihan fesbuk ka HAHAHA.

uina jauh ba tu dari dbkk. napa ko nda minta berenti petagas ka tanjung aru ka, pastu ko minta nuaim singgah ko. baru kamu trus berenti sana opis. nda ko jalan jauh2.

Post a Comment