LIFE

Wednesday, June 15, 2011

 Labuan. 3 May - 5 May 2011.
Lebih kurang 7 tahun lalu, aku menjejakkan kaki ke Labuan untuk memenuhi masa cuti. Ok tipu.
Lebih tepat lagi. Aku pergi membawa hati. Dan badan sekali. hehe.
Siapa suruh bangang pergi bercinta ngan bf orang! Kalau ingat2 balik. Bangang jugak aku ni. Belajar tinggi2.
 Biasalah. Cinta punya pasal. Sakit ialah satu risiko yang kita sendiri tau. Dan sanggup hadapi. So kalau sakit tu..pandai2lah ubat sendiri..

Aku datang kembali ke Labuan ni bukannya untuk membuang memori. Datang untuk bercuti. Memandangkan lepas ni memang x cuti dalam jangka masa yang lama. sebenarnya aku penat. penat dengan kehidupan. Seharian berkerja seperti robot. 8jam. keluar selepas subuh. balik menjelang maghrib. Mengharap gaji hujung bulan. lalu digunakan untuk membeli harta benda. kehidupan ni mungkin terlalu laju sampai kita seolah-olah terkejar-terkejar. terkejar2 mencari duit. terkejar2 mengumpul harta. macam2 lagi benda yang kita kejarkan. kita mengejar 'benda' rupanya. benda yang tidak berlari. benda mati. kita yang hidup ini seolah-olah takut tertinggal. bila aku maksudkan kita. aku tegaskan DIRI AKU SENDIRI juga berada di laluan yang sama. Balapan. setelah penat mengejar. aku rasa aku perlukan 'sweet escape'. keluar sebentar dari dunia yang aku kejar. Menghargai keindahan bumi Tuhan. Itu saja yang aku cari di Labuan ini. Bukan perempuan atau club yang di cari2 ramai orang. kita di balapan yang berbeza untuk itu. Cuma untuk mengisi kekosongan jiwa.
 begitulah lebih kurang.




Laut ni macam pentas kehidupan kan? kita seolah-olah berlayar diatasnya. Luas. Dalam. Indah. Kadang2 tenang. Kadang2 berombak. Kadang2 ribut..Di sini kita lihat terbitnya matahari. di sini juga kita lihat ia tenggelam. Macam hidup. Ada naik turunnya. ada pasang surutnya. dan..kita xkan pernah tau di mana dan bagaimana ia berakhir. Semoga kita menyediakan layar yang terbaik dan mendarat dengan selamat.

Semoga kita membuat keputusan yang terbaik dalam menetapkan dan merancang pelayaran kita.
"Selamat bertunang ainon.. =)" tiba2..

2 suka conteng:

_Vu-JiE_ said...

Aku pun perlu percutian ni. Stress. Tapi tiada duit apa pun nda bulih jalan pffftt FML. Hujung bulan ja habis terus gaji bayar hutang pelbagai.

Tulisan Buruk said...

gila owh..aku rasa semua orang perluuu..mari kta pg mana2 ba..tp kau msti pg dgn badut kan?? f u jie..hahahahahaha

Post a Comment