Bebelan Kebosanan

Thursday, July 1, 2010

Jam menunjukkan 2.59am. Aku belum bisa tidur. Aku pun kurang pasti samada ini tanda2 atau dalam bahasa lebih tepatnya simptom2 insomnia. Nanti aku tanya Prof Madya Google Bin Lebai Serba tahu. Waktu2 begini aku habiskan dengan menyemak di blog2 orang lain. Bukan manusia kalau tidak menyibuk hal manusia lain. Ini di panggil ambil berat. Aktivity begini menjadi kegemaran masa lapang atau bahasa inggerisnya Hobby untuk sekalian ramainya umat manusia. Kalau tidak masakan rancangan Melodi masih mengunguli rating TV3 hingga ke hari ini. Dan blog2 hiburan murai.com, beutipool nara, sensasi WTF segala mendapat view paling ramai. SIBUK DAN KEPOCHI itu memang sifat manusia amnya. Aku tidak terkecuali. Konon2nya aku turut mgetahui isu semasa agar aku kelihatan in dan tidak ketinggalan dalam bergossip kosong bersama rakan2.

Dalam aku menyemak dan menyibuk2 kan diri dengan kehidupan manusia lain yang sebahagian besarnya aku tidak kenal apalagi tiada kaitan sepupu sepantat dengan aku membuatkan aku terfikir dengan kehidupan aku sendiri. Kita abaikan bab ini bimbang semakin tidak terkawal emosi aku disebabkan ketidakstabilan hormon ketika ini. Aku salahkan diri sendiri yang tidak tahu menjadikan cuti sebagai hari2 yang patut aku raikan. Cuti aku akan digunakan dan diraikan dengan meriah jika berada di tanahairku. Di situ ada famili dan teman2. Aku orangnya muflis harta dan ringgit. Cuma teman2 dan famili yang aku punya. Tapi cukup menggembirakan. Noktah.

Anyway, sepanjang percutian aku yang penuh kebosanan ni. Aku seakan akan addict dengan satu blog ni sila lihat ini. Sharing is caring kan rakan2. Tulisan mamat ni menuntut waktuku yang bukan sedikit. Ada sedikit ganja mungkin dalam ramuan penulisannya. haha. Serius. Selamat membaca. Sila berikan pendapat anda. Kenapa aku boleh addict.

Sekian

187.52 patah perkataan

2 suka conteng:

Unknown said...

nor polos lagi nama! hahaahhahaha

tulisan buruk said...

hahahaha..jeles ka anda??haha

Post a Comment