Berwajah Baru dan Sangat Selari Dengan Angan2 Romantis Aku -.-''

Friday, December 24, 2010

Bertemankan oren sejuk dan BEDAK SEJUK aku menaip. 1.53am. Waktu tidur yang tidak teratur ini membuatkan aku terpaksa menepek bedak sejuk setiap malam disebabkan pertumbuhan jerawat yang merunsingkan. Pertumbuhan jerawat aku sama meningkatnya dengan kadar ekonomi dan dinar emas semasa. Bezanya, kadar ekonomi dan dinar emas membahagiakan ramai pihak. Tapi pertumbuhan jerawat aku membimbangkan diri aku sendiri.


Berbalik isu wajah tadi. Jangan terburu-buru. Aku bukanlah artis porno yang obses dengan pembedahan plastik dan pembesaran buah dada. Ini berkaitan perubahan wajah blog. See? nampak tidak blog telah menukar baju? Tidak semena-mena aku berasa comel sekali walau hakikatnya aku tidaklah secomel mana. HAHA. Terima kasih tidak terhingga aku ucapkan buat sahabat vujie yang berbesar hati dan berbaik budi menukarkannya ke wajah yang lebih comel dan teratur. Terimakasihpawarut. Anda menang motor. Dengan ini aku usahakan menjadi WaNita CiewmiELL YAnG MenuLis sEbEgiNi RuPa..eWW KiYutT NyA KAn? eh. Mesti ada perkataan english sikit2. Aku try. SeMalaM My FwEnZZ CelEb My BiRthDaY @ ResTorEn YanG GeMpawK Wow. I So TerKeZuT VAvi LiKE WaHH LurVE U oLLss sEmUa. Rasanya aku perlu tukar nama. MIzZKoLMeWheNYoUFrEeCOzISaYunKKaMoLuRvEYiuIamSOoFuCkinGCUtE. Penat aku taip penuh usaha. Menjadi comel agak susah rupanya. Give up T___________T


Mari cerita rutin aku pula selaku penganggur berjaya. Kadang-kadang atas rasa bosan dan hidup umpama tiada arah tujuan dan layang-layang putus tali pusat. Aku berangan2 untuk berkahwin dan menguruskan rumah tangga di kala ini. Nampak x aku bosan tahap dinosor? dianosor? dienosor? *memang aku selalu gagal bab2 ejaan. Itu pasal aku xpernah ikut spelling bee. Jadi tukang sebut perkataan pernah. Sewaktu minggu Bahasa di sekolah aku dulu. Patutlah time tu macam ramai orang terkeluar awal gara-gara tidak dapat mengeja dengan betul. Aku rasa sangat bersalah kerana tidak menyebut dengan baik. Contohnya, condominium. Aku sebut kon-dom-minium. Aku keraskan part KON-DOM-minium. Nah. Hasilnya mereka eja dengan double M. Zaza selaku assistant aku senyum2 sindir. Lalu aku sebut FUCK. Ramai pula angkat tangan mau jawab. Ini konpiden semua orang betul!

Eeh. Ulang cerita angan2. Angan2 terus berlangsung dengan menyediakan sarapan untuk suami. Memasak untuk suami. ceeeh. Berhari minggu bersama suami sambil menonton cd dan berkebun. HAHA. Tiba2 angan2 BERKECAI ketika makcik menghempas pintu gara-gara merajuk dengan suami. Sekarang aku menonoton realiti yang berbeza. Angan2 aku kuburkan dengan kadar segera!


Besok aku angan2 melanconglah pula. Hei, this new year i'll go to Melaka and Sunway. Aku suka jalan2. Tapi bukanlah jalan-jalan di mall. Itu bolehlah juga. Ekceli, aku suka melawat2 tempat yang ada budaya dan makanan unik yang jarang2 aku nampak di tempat aku. aku ingat lagi cuti seminggu aku di Pontian Johor bersama Azie. Satu perkampungan Jawa yang masih mengekalkan adat2 Jawa mereka. Tapi aku cuma tau. 'kabare' dan 'wes mangan' HAHA. Menghadiri majlis perkahwinan dan melihat tarian Kuda Kepang&Mak Yong. Hello, ini Kuda Kepang&Mak Yong original okeh. yang ada main rasuk2. peh. seram mak nyah. Aku paling semangat tapi duduk paling jauh sanbil baca Ayat Kursi. HAHAHA. Nasib time tu tempat penari di pagar. So penari xlah terbang jauh2 sangat. kalau tidak, kompom aku yang terbang balik rumah dulu. HAHA. Aku pergi kenduri 'nasik ambeng'. Dan merasa mkanan2 local di tepi2 jalan. Nun adalah orang yang sangat kurang kadar kemaluan dalam dirinya kalau bab2 begini. Sepanjang jalan bazar Jalan Masjid India tu. Kami laburkan duit lebih kepada makanan daripada barang2 lain. HEHE. Jadi kalau aku mau ke Indonesia. Aku akan ajak Nun, Paija, Ujie, Aisha dan mastermind siapa lagi kalau bukan Silfie and Baby sebagai warga Indonesia. Ini sebab mereka2 ini semua kaki lahap. HAHAHA. Tidak lupa juga makcik aku Midah&Sidah dan dua ekor adik aku Glah&Ani. Patutlah usaha diet aku selalu gagal. Di kelilingi manusia2 karnivor rupanya. Aku salahkan mereka atas penambahan berat aku T______T. Ok. Sekarang aku boleh tidur. ZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzz

2 suka conteng:

Unknown said...

hahahahhaahaha..menyalahkan org ats berat bdn mu. maka ko jg tabarus. btw, N kurus da! fuck dia. krg 5kg. sial

tulisan buruk said...

ah??siukkkkkk...biadap pnya N! amcm dia buat? haha

Post a Comment