Selamat berehat~

Thursday, December 9, 2010

Menulis di sini kadang2 lebih menyenangkan dari update status di FB. walaupun aku tau tiada yang akan baca apa yang aku tulis. cuma dengan menulis kau boleh meringankan satu beban. lebih kurang begitulah.

beberapa malam lalu aku mimpi. kami menjemput bapa seolah2 baru balik haji. taulah musim2 haji. terbawa dalam mimpi. haha. bapa seperti biasa. bersih dan wangi sekali. dan tersenyum.


Tidak ramai yang tahu. lebih tepat. TIADA yang tahu hari ini, tarikh ini, pada 13 tahun yang lalu adalah tarikh yang paling berat bagi aku. Petang itu aku diminta bersiap untuk melawat bapa aku yang berada di hospital. sudah tiga minggu barangkali kami tidak bertemu. hospital rumah keduanya sepanjang tahun itu. melawat dia di hospital bukanlah sesuatu yang baru. tapi kali ini dia berada agak lama di sana. buat pertama kali, cuti sekolah ini kami habiskan tanpa dia. tiada lagi sesi bermain basikal jatuh-bangun-jatuh balik, tiada sesi mandi pantai, tiada sesi bermain kereta2 masuk token di centre point. hahaha. ceh, kalau dia tahu sampai sekarang aku xpandai memandu. cuti sekolah itu sunyi. tinggal di kampung memang perkara biasa bagi kami. tapi dia akan balik dalam masa seminggu untuk bergumbira bersama. hehe. kami habiskan masa menjaga ani&fikri setiap hari. buat milo&susu malam2. daus, aku & glah ganti2 bangun untuk tengok fikri. baby kan selalu nangis malam2 minta susu. daiy&fawwaz di rumah nenek satu lagi. mama di hospital.



Beberapa hari lepas aku diberitahu bapa mahu pulang, kononnya dia sudah sihat. Ingatkan pada hari ini aku datang untuk membawa dia pulang. teruja. plus2 rindu. dengan memakai kurung kuning kegemarannya. ingin aku bercerita bahawa baju raya yang kami tempah sudah siap. cuma dia belum menempah bajunya. aku ingat lagi katanya xpayah, takut xsempat. ya, betul katanya. dia pergi tepat sehari bermula Ramadhan. sampai hari ini ramadhan pertama masih hari sedih buat mama. eh, tapi dia masih masak untuk berbuka dengan banyak sekali. hehe.


Tiba di katil mu. aku nampak kau merenung aku. aku lihat kau. kurus. bersih sekali wajahmu. owhh..jarang sekali kau mencukur kumis. hahaha. mama cakap kau minta kukumu dan kumismu di buang. ya. kau nampak bersih sekali. tapi aku lihat. pandanganmu kosong. seolah-olah kau tidak mengenal aku. dapat aku rasakan apa sebenarnya yang akan berlaku. dapat aku rasakan itulah kali terakhir aku lihat kau yang masih bernyawa. biarpun hakikatnya kau telah kaku. aku simpan semua cerita ku. aku duduk di sebelahmu hanya untuk mencium pipimu. kau wangi sekali. seribu bauan yang datang dari wad itu tapi kau wangi seperti selalu. tidak sepatah pun aku berkata. aku cuma ke situ untuk mencium wajahmu sampai habis waktu melawat. aku rasa tanganmu di kepalaku. tapi kau kekal kaku.


Bisu. sepanjang perjalanan pulang aku bisu. melihat bulan di tempat duduk belakang. abang rosli ingat aku tidur. aku menangis sepanjang perjalanan. lebih awal. aku dapat menjangkakan waktunya sudah tidak lama lagi. aku harus kuat menerima ini.


12/12/1997.


Aku mimpi bapa datang. meninggalkan pesan buat aku. ringkas. 'jaga diri, jaga mama, jaga adik2, bapa harus pergi jauh, kali ini kau x boleh ikut'. selalu2nya aku akan ikut. anak emas. hahaha. tapi kali ini benar2 jauh. ya. bapa pergi dalam keadaan bersih dan wangi.


Aku di bangunkan dari mimpi pada jam1.30 lebih kurang. pakcik cakap aku perlu kemas rumah. bapa akan pulang. aku tau. inilah harinya. aku siap. g-lah tidak. dia masih berharap satu keajaiban. ya. g-lah berumur 9tahun. pasti masih percaya magik. haha. tapi ini suratan sayang....takdir...kita harus terima.


kau pergi dalam keadaan wangi dan hensem sekali. eh, kau lebih hensem dari ketika hidupmu. percayalah. jangan kau risau. kami baik2 saja. eh, gf kau rindu kau. pernah dia kol aku untuk bercerita yang dia rindu teramat dengan kau pa. o ya..dia masih single. jangan kau risau. katanya dia mau bertemu kau di sana nanti. kalau kau tau, dia teramat rindu kau. katanya, ketika makan. dia nampak kau makan di sebelahnya. ketika masak, dia merasa kau memeluknya dari belakang. gf kau masih cantik seperti dulu. =P


ya. kami semua rindu. beberapa hari lagi ulang tahun pemergian mu. maaf tidak sempat aku mendoakan semoga panjang umur murah rezeki buatmu dulu. tidak pernah kami hadiahkan kek buatmu. cuma yang mampu, kami doakan kau aman di sana. hadiah kami cuma yassin dan Al-fatihah. selamat berehat pa. semoga berjumpa kita di sana nanti.


Al-Fatihah.
In memory of Alidin haji Johari.

0 suka conteng:

Post a Comment