Emilie Simon - Flowers

Wednesday, December 22, 2010


Sebenarnya.....


1. Aku bosan

2. Aku berusaha menukar templates blog aku. Gagal. 

3. Blog aku messy. Banyak kesalahan ejaan. Macam2 lagilah kesalahan. Rasa2 kalau di tanda oleh cikgu BM aku dulu. Confident GAGAL aku. HAHAHA!

4. Aku malas edit. Biarlah. Bukan ada orang baca pun. hehe. Kalau kau! ya kau! kalau kau baca itu tandanya kau bukan orang. Kan aku cakap tiada ORANG baca. Kau ALIEN!!

5. Aku rindu kawan aku bercerita sebulan yang lalu. HAHAHA! herankan..kawan aku yang bertahun2 pun aku x rindu. Yang sebulan tu juga yang di ingat. Bila aku ingat dia..aku dengar ni lagu......



Pastu aku akan nyanyi kuat2 part
You are so sweet and Im so alone
Ooo darling please tell me you are the one
I'll buy you flowers
.
.
.
.
Never last forever
Never last forever my love....

Sebenarnya part itu jala yang aku hafal pun. Hehe..


6. Ntahlah. Ini satu rasa yang tersekat..untuk ditulis pun payah....untuk dicerita pun susah..TELAN jala paling senang...Macam ubat..sakit so perlu makan ubat. Tapi makan ubat bukan senang. Sebab pahit. Tapi wajib makan! So, telan jala. eeh..macam bodoh pula perumpaan aku tu. ABAIKAN. HAHA

10. Kau ada rasa macam baca blog Tun Mahathir? sikit punya semangat aku tulis point2 sahaja. 

*Sila cari nombor berapa yang hilang. HAHA

Since this song given by blind man, so, how are you blind man? Pernah aku cerita aku ada seorang pakcik yang buta? Abang arwah bapa aku. Kami tinggal dengan dia lepas bapa aku meninggal. Buta. Tapi dia boleh mengaji Quran(hafal la mungkin), dia boleh main muzik, dia boleh menyanyi. Dialah yang ajar aku zikir. Sebab time aku 8 tahun dia bagi aku tasbih kaler kuning. Tasbih untuk budak2. Cute. When a blind man cries..aku pernah nampak dia nangis. Sewaktu arwah nenek aku meninggal. When a blind man cries, you cannot see his tears. Dia cakap dia sangat susah menangis sebab airmata yang bertakung susah mau keluar. Mungkin sebab mata dia tertutupkan. So, airmata xdapat keluar.. Itulah kali pertama dan terakhir aku nampak dia nangis. Tapi aku belajar ini dari dia 'Di setiap kekurangan itu selalunya kita akan belajar untuk bersyukur'. Walaupun dia buta, dia bersyukur dan menerima. Dan ini mengurangkan dosa mata katanya. Ya, jelas sekali dia xkan menonton porno kan? haha. Dia belajar mengaji, sampai haus tape dia ulang2. sedang yang celik pun ada yang x pandai kan? itu x kisah. tapi yang tidak mahu belajar? terpulanglah. Dia belajar main muzik. Tapi ini kelebihan orang buta. Deria dengar mereka lebih peka. Katanya, kadang2 kelebihan itu selalu buat kita tamak dan sombong. ya time budak2 manala faham kan. Sekarang baru faham. Yang namanya manusia tu memang tidak pernah cukup. Sampai lupa yang kita bukan pemilik kekal sesuatu itu. Dipinjamkan cuma. Sedangkan jasad ini pun bukan milik kita. Bukan menunding kepada sesiapa. Ini lebih untuk diri sendiri. Perempuan biasanya banyak rungutan. Aku sendiri pun sama. Ini xcantik, itu kurang. Tapi lelaki pun apa kurangnya. Melihat pada luaran juga. Kalau boleh mahu perempuan pilihannya serba serbi nampak cantik sempurna. Baru boleh dibawa kesana sini dengan bangga. Jadi bagaimana perempuan tidak jadi 'terlalu berusaha'? Kesimpulannya. Samalah. Lalu bagaimana definisi cantik buat si buta?....He past away six months after arwah bapa. Satu lagi kehilangan buat kami.

Ntah apa2lah aku mengarut ni sudah. Sometimes... I miss having conversation with you Mr Blind. Tapi xpalah, aku bersyukur dipinjamkan kau untuk sebulan. Sekurang-kurangnya kau ingatkan aku apa yang pernah aku lupa. 'Fabi Ayyi Ala Rabbikuma Tukaziban'. Stop crying. There is always a light. Insya-Allah =) 

2 suka conteng:

_Vu-JiE_ said...

nombor 4 : baiklah. aku alien. HAHAHA.

tulisan buruk said...

hahahaha..kau memang alien!! ramai kwn2 aku ni alien..jgn kau rsau ada kwn ko..alien jg..haha..

Post a Comment