Chelsea VS Arsenal- Diulas Oleh Perempuan kaki Bangku ~_~"

Tuesday, December 28, 2010

Seperti yang diketahui, semalam adik aku memaksa relakan aku temankan dia menonton Chelsea VS Arsenal di kedai mamak. Almaklumlah, rumah makcik x Astro.

Sedang aku kosentrasi penuh menonton Rain Main(Tom Cruise+Dustin Hoffman..suggested!serius..)..Tiba2 Fawaz cakap "Nor!! pukul4 sudah! mamak!". Aku balas "malas!! aku malas cuci bedak sejuk!". Fawaz cakap "Cepat kau!! ni Big ni..dua2 kuat..team aku ba ni..marilah''

*Lelaki kalau pasal bola semua pun BIG! Terus aku ingat dua ekor adik aku di rumah Fikri&Daiy yang menjadi pencetus utama kemerosotan ekonomi rumah kami pada bulan ini kerana menyokong kuat niat mama aku untuk membeli TV LCD. Pastilah untuk bola!

Berbekal bedak sejuk yang masih bersisa di tepi2 bibir dan mata dan kening aku gagahi juga menapak ke kedai mamak. Baju mesti mau biru kata pawas. Seluar track biru dan sedikit luntur dan koyak di kangkangan. Hotkan menonton bola? Kena2 lagi ramai jejaka T____T. Jatuh reputasi aku sebanyak 80%. Sudahlah reputasi aku memang 50% sahaja yang tinggal.

Selesai mengoder roti canai dan milo ais. Aku pun menonton dengan mata berat sebelah. Mengantuk. Aku nampaklah juga benda bulat kuning tu bergolek-golek dari satu kaki ke kaki yang lain. Separuh masa pertama tamat dengan 0-0.

Separuh masa kedua.
Permainan bermula dengan bosan. HAHAHA. Sekali lagi aku terjuling-juling mencari-cari bola yang bergolek-golek. Gollllllllll!!!! Huh?? Lost aku T____T. Rupanya satu mata sudah Arsenal. HAHAHA

*Kelihatan Fawaz meneguk keras milo suamnya dengan sedikit keluhan-keluhan seraya mengangkat tangan "Aneeyy!! Pepsi!!". Penuh emosi memesan Pepsi. HAHA

Bola bergolek-golek lagi di padang hijau(ni babi pun boleh mengulas kalau begini, setakat balik2 cakap bola bergolek-golek ja).
GOLLLLL!! mata kedua Arsenal.
*Sekali lagi Fawaz meneguk Pepsi sambil membebel-bebel.
*Aku pulak ralat melihat Lampard yang di fokus di kaca TV. Ehh..hensem..HAHAHA

Gollllll!! Mata ketiga buat Arsenal..
*Kelihatan Fawaz menghabiskan Pepsinya tanpa mengoffer aku..huhu..seraya berkata..''shitlah! mengantuk sudah aku''. HAhaha. Mengantuk ka KACIWA??

Goollllll!! Kali ni Chelsea pulak. Didier Drogba.
Ceh setakat Didier Drogba tu aku kenallah. HAHAHA. Ada lebih kurang 18 kembar dia di sekitar Cheras ni. Belum lagi aku mention Jay-z, Will Smith dan Beyonce. Happening Cheras ni kau xpayah susah2 pergi Afrika Selatanlah.

Keputusannya. Chelsea tewas 3-0 dengan Arsenal. Kekalahan Chelsea tidak dapat diterima oleh peminat tegarnya. HAHAHA. Lalu ada ura2 menyatakan Arsenal menggunakan bomoh siam dan melantik beberapa ekor toyol bermain dalam team mereka. Watepakk punya Arsenal!!

Hasilnya. Aku tidur pukul 6am dan bangun pukul 2pm.

Owh ya....lelaki dan bola sepak memang tidak dapat dipisahkan. Bak kata pepatah umpama anjing dengan bayang2. +_+

Try tanya Bf masing2
Q : Bola sepak atau GF?
A : Bola sepak

Q : TV HD atau GF?
A : TV HD sebab boleh tengok bola dengan gumbira(masih berkaitan bola)

Q : TV HD atau Bola sepak?
A : BOTH

Q : Sex atau bola sepak?
A : Sex while watching?!

WTF!! Then have sex with the TV lah!!

Actually, anda mungkin di senarai yang ke 34 kerana ada banyak lagi senarai lain bagi lelaki seperti, 1.Kereta, 2.Jersi kesayangan 3.Gitar 4.Drum..5,6,7,8,...Tv HD, Bola, Team Fav, Poster Angelina Jolie DLL.

Sekian dulu dari saya, ulasan di bawakan dari perempuan kaki bangku T_____T

Sekurang-kurangnya aku kenallah sudah beberapa nama player 1.Drogba, 2.Lampard(bunyi macam ikan lampam kan? well, kol me when you free Lampard =P) 3. Fabregas(ini sorang bila dia jatuh ja adik aku cakap lakonan..pelakon rupanya ^_^")

2 suka conteng:

_Vu-JiE_ said...

i can see that u have potential in blogging. Keep blogging!


HAHAHAHA makin berjaya tau ko nor dalam membina entry ni sampai aku bagi komen ala-ala pro ni inglis2 lagi HAHAHAHAHA.

tulisan buruk said...

hahaha...macam tukang komen AF sdh ni..bosan ba maka rajinlah becakap2 sendiri sini...FB pun bosan sdh..tlglah x aktiviti lain kah lagi ah??

Post a Comment