Selalu ada

Wednesday, December 15, 2010

Aku selalu ada something untuk ditulis. menulis disini bukan hobi. tapi lebih kepada terapi. bila ada sesuatu yang aku fikir lalu ingin diluahkan tapi tidak tahu bagaimana. maksudnya try lah untuk berbual dengan sesiapa pun. masih tersekat. tapi ada sesuatu untuk ditulis disini pun masih belum mampu. tersekat................

Tiba-tiba aku teringat satu dialog dalam 'Perempuan berkalong sorban'.
Nisa : Aku ngak boleh mas hidup tanpa mas (ni untuk husband dia)
Husband(sepanjang cerita tu aku xdapat tangkap nama lelaki ni)
Husband : Kamu boleh nisa..
Nisa : ngak mas!!
Husband : Rumah ngak di bina dalam sehari. kamu pasti boleh Nisa!

mengingatkan aku pada dialog bapa and mama aku. waktu bapa aku sakit.
Mama : Aku xtau macam mana kalau apa2 jadi dengan kau love
Bapa : kalau apa? kalau aku mati? kau tau. pernah aku tengok syiling. aku nampak langit.
Mama : kau mesti sihat macam dulu balik
Bapa : kalau aku mati. kamu kaya.haha (something about insurans). tapi kau mesti sihat. kau mesti hidup sama macam sewaktu aku hidup.

perempuan yang kematian suami jarang kita dengar berkahwin lagi. bagi mama aku, dia takut suaminya nanti tidak dapat menerima kami. 7 orang yang nakal!? siapa sanggup. haha

tapi. lelaki yang kematian isteri biasanya akan berkahwin semula. xsalah. semua orang layak berteman. serius. sunyi bukanlah pilihan yang paling baik. lelaki mungkin sangat benci kesunyian. lagipun selama ini makan pakai ada yang menjaga.

Bila mama memilih untuk tidak berkahwin lagi. aku tau dia sunyi. anak2? sekarangpun jarang semua berada di rumah. ya. aku sendiri pun jauh. kalau dia mahu berkahwin lagi. aku tiada halangan untuk itu. dia berhak bahagia.

Ada betulnya kata nun. masalah lelaki biasanya pada jarak. berjauhan bukanlah pilihan mereka. pada perempuan. jarak bukan masalah besar. tapi bukanlah semua. ini cuma kebanyakan lelaki dan perempuan sifatnya begitu.

Mahu saja aku bertanya pada mama aku. tidakkah rindu? tidakkah pudar rasa itu setelah sekian lama tidak bertemu? tapi aku tidak berani. mahu aku bertanya tentang jarak dan waktu. tapi............

Apa yang lebih jauh jarak dan waktunya bagi mereka? sedangkan mereka terpisah bukan pada jasad. mereka berbeza kehidupan. apa yang lebih jauh jaraknya antara yang masih hidup dan yang telah mati?
tapi mama masih menghidupi cintanya yang walau jasadnya telah mati.

*Love, panggilan buat bapa aku. (i wish someone will call me love someday! hahahaha)
Honey hubby?
Abg Syg?
Darling?
Baby?
 My mum still win! hahaha.
Azim panggil silfie cinta. sweet. haha. nitez

0 suka conteng:

Post a Comment